Harga Hartanah Memberi Kesan Selepas Covid-19
Harga Hartanah Memberi Kesan Selepas Covid-19. Harga semakin meningkat dan tidak turun sangat memberi kesan, selepas Covid-19 melanda harga barang binaan yang tinggi dan tenaga buruh yang kurang ini menyebabkan harga rumah tidak turun. Sektor hartanah juga tidak terlepas daripada sekatan pergerakan yang menyebabkan penyakit berjangkit.
Selain peningkatan sara hidup yang semakin meningkat pembeli terpaksa menangguhkan membeli rumah yang mereka idamkan selama ini. Macam Zira dah lama nak memiliki rumah sendiri di sebabkan ada masalah kewangan tak dapat beli rumah buat masa sekarang.
Jika kita ada rumah sendiri, sekurang-kurangnya ia akan jadi hak milik kita, tak adalah kita duduk menyewa dan bayar tiap bulan kepada penyewa ada juga tempat kita berteduh. Bagi mereka yang ingin berumah tangga berusahalah memiliki rumah sendiri demi keselesaan isteri dan keluarga.
Zaman sekarang ramai buat dua ke tiga kerja untuk tambah pendapatan serta meningkatkan ekonomi keluarga, supaya setiap hari ada perubahan dalam keluarga dan hidup lebih selesa. Jika harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pendamik Covid-19 inilah kesempatan kita untuk membeli rumah jika pemaju menjual rumah dengan lebih murah.
Ia memberi kesan kepada pembeli yang ingin membeli rumah, dapat berjimat dengan harga murah, ini cara kira untuk beli rumah . Kemelesetan ekonomi juga bergantung kepada bagaimana perkembangan Covid-19 ada cara atasinya supaya masalah harga barang tidak meningkat dua ke tiga kali ganda setelah ekonomi pulih.
KELEBIHAN MEMBUAT LEBIHAN BAYARAN
Bila buat perjanjian hartanah, kita kadang tak terfikir buat lebihan bayaran tetapi jika anda tahu kelebihannya pasti anda akan fikirkan semula dan membuat lebihan bayaran. Jika seseorang membeli rumah dalam tempoh 30 tahun untuk selesaikannya, masa untuk selesaikan hutang rumah agak lama kemungkinan waktu tersebut kita sudah pencen dan tidak bekerja jadi duit KWSP atau duit bersara terpaksa di gunakan untuk bayar hutang.
Lebihan bayaran dapat di pendekkan, dan berkurang sedikit dalam dua atau tiga tahun, sebenarnya ia sangat menguntungkan dan dapat mengurangkan beban kita sebagai pembeli. Bukan itu sahaja, sebenarnya lebihan bayaran dapat mengurangkan bayaran balik pinjaman yang tinggi setiap bulan, jadi kita tidak akan merasa terbeban dengan bayaran balik pinjaman.
Selain itu, jika kita dapat bonus dari syarikat yang kita bekerja dalam jumlah yang agak banyak, bonus tersebut boleh di gunakan untuk gadai janji dan membuat lebihan bayaran akan lebih berkesan. Kaedah ini Zira suka sebab dapat jimatkan masa untuk bayar hutang tapi kena ada duit lebih kalau nak buat lebihan bayaran.
STRATEGI UNTUK SELESAIKAN HUTANG DENGAN KAEDAH LEBIHAN BAYARAN
Mungkin masih ramai tak tahu, cara ini berkesan untuk selesaikan hutang dengan cepat. Strategi ini juga boleh di gunakan untuk selesaikan hutang lain seperti hutang kereta dan juga pelajaran. Ada dua strategi iaitu:-
- Buat lebihan bayaran secara bulanan. Contoh, sebulan sepatutnya RM850 tetapi nak habiskan cepat bayar pinjaman rumah, korang boleh buat bayaran RM1200 sebulan.
- Buat lebihan bayaran sekaligus. Contoh, downpayment hanya RM35,000 tetapi anda boleh buat lebihan RM55,000.
Post a Comment