Header Ads

Game Online Percuma di Solitaire.org

Game Online Percuma di Solitaire.org | Dulu mana ada duit nak main game online. Nak guna internet perlukan duit, bila ingat balik memang susah waktu dulu semua benda kita kena usaha sendiri. Solitaire ni pernah main masa dekat Cyber Cafe kolej, dulu dekat Pc memang ada jadi main game yang ada dekat situ, itu pun dah seronok dapat hilangkan bosan lepas buat assignment.

Sebelum dapat Ptptn, Zira buat assignment dekat Cyber Cafe kolej selalu pergi sana buat kerja lepas tu main game, Zira panggil namanya game kad walaupun simple game ni tapi seronok dapat main game digital masa kecik-kecik main kad betul-betul tapi sekarang susah nak jumpa kad.


Ini kad dan blackground yang biasa kita tengok dekat setiap Pc atau laptop. Dulu tak banyak pilihan cuma ini je yang ada dekat pc jadi main apa yang ada, nak download taktau. Waktu dulu kurang terdedah dengan gadget, nak buat kerja pun pergi Cyber cafe masih tak mampu tapi bila dah dapat pinjaman Ptptn benda yang Zira nak beli ialah laptop, boleh buat assignment dekat bilik.

Handphone waktu tu memang ada beli lepas SPM kerja part-time. Bila dah beli laptop tak adalah duduk cyber cafe lama-lama, tapi best sebenarnya bila buat kerja dekat sana tak mengantuk sebab semua orang buat kerja jadi kita pun ikut semangat nak siapkan kerja.

ANTARA FREE ONLINE SOLITAIRE GAME

Banyakkan game dekat Solitaire, Kesemua game ini kad digital. Sebenarnya dah lupa cara main game ni sebab dah lama tak main game solitaire sejak habis belajar. Bila nak start main blur kejap nak main macam mana. Nak nampak suasana lain sikit, Zira klik Cup of tea ada music macam tengah duduk dekat hotel sambil minum petang, ada gambar makanan rasa lapar pula tiba-tiba. 



Bila main game dengan music yang agak tenang, rasa nyaman je. Bagus website ni bukan setakat mengimbau kenangan tapi beri ketenangan semasa bermain nak main pun percuma tak perlu bayar, dan download. Kalau tak nak dengar music boleh offkan tapi music ni Zira suka sebab buatkan diri kita tenang dan selesa. Kalau nak dengar music lain kena main game lain, tapi main game kad. 



Bagus website ni ada di tunjuk cara main game Solitaire, bila dah lupa boleh tengok contoh yang mereka tunjuk. Lepas Zira tengok video ni laju je main. Seronok bila menang dengan pantas. Kali ni pilih Gold Coast Klondike ala-ala tepi pantai music pun macam tengah main air tepi pantai. 




Bila dah tau cara main dan dapat rentak untuk bermain, jangan di sangka mudah. Zira lupa ada masa untuk kita main jadi kalah sebab masa tamat dapat score 130 sikit lagi nak menang. Rugi betul kalah sebab masa tamat. Korang kalau tak puas hati boleh main lagi sekali sampai menang.

Solitaire game ni sangat popular dulu dan sekarang pun masih popular, game ini ada peminatnya tersendiri. Dulu Solitaire game ni biasa tapi sekarang ada banyak versi seperti:-

  1. Klondike
  2. Freecell
  3. Spider
  4. Pyramid
  5. Tripeaks
  6. Golf 


Game yang ini lebih mudah sebab ada satu bentuk dan satu warna sahaja tadi tak pening nak tengok warna dan bentuk apa. Dulu suka main game yang ni, cepat je menang tak perlu ambil masa yang lama. Bila dah menang rasa seronok dan akan main sekali lagi.


Selain Solitaire terdapat juga game lain seperti Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic puzzle dan World. Walaupun tajuk utamanya nampak sikit tapi ada banyak bahagian. Zira tak reti sangat main semua game tapi nak cuba setiap tajuk yang ada, apapun ada juga pengalaman main game online di website Solitaire. 

  1. Mahjong



Mahjong Solitaire Game Online, rupanya game ni pernah main. Suka tengok binatang-binatang ni comel je, cara nak menang pun mudah cuma samakan binatang tu tapi tak boleh langkah. Contohnya: satu harimau
 kat luar satu kat dalam jadi tak boleh samakan kena samakan bahagian luar sahaja atau bersebelahan. 


Tinggal 2 binatang je lepas tu menang, mudah je nak menang kalau nak yang susah sikit boleh pilih hard lagi banyak binatang comel-comel ada. Kalau tak boleh nak samakan binatang tersebut boleh ubah kedudukan untuk yang easy ada satu peluang sahaja tapi untuk hard tiga peluang boleh ubah kedudukan binatang tersebut.

    2. Hidden Object 




Masa kecik suka beli buku benda tersembunyi, bila dah jumpa bulatkan gambar tersebut. Kadang-kadang dekat surat khabar ada juga, terdapat dua gambar kena cari perbezaannya. Bila ingat zaman kanak-kanak yang paling seronok buat sama-sama dengan adik-beradik.

Sekarang dah ada gajet sendiri buatlah sorang-sorang secara online. Setiap permainan ada masa jadi kena cepat dan berhati-hati sebab kalau salah tekan akan tolak masa yang di beri. Bahayakan nak cepat tapi tak boleh salah. Mata yang agak mengantuk bila nak cari benda tersembunyi terus segar sebab taknak tolak masa dah la lebih kurang gambarnya. 

Berdasarkan pengalaman bila dah geram tak jumpa, guna je hint yang di beri tak adalah tercari-cari sampai nak tercium scren. Mula-mula ,eh senang pula cari objeknya tak tersorok pun, level seterusnya terus gaib semua objek yang ada dari pandangan mata.

    3- Match 3 Games



Dulu suka main game ni, cuma samakan warna je tapi kena ada strategi, nampak senang tapi bila kalau main klik je susah nak ke level seterusnya sebab ada warna yang tertinggal jadi terpaksa main lagi sekali. Bak kata perpatah, jangan di sangka air yang tenang tak ada buaya. 

    • Zuma Legend Match 3


Dulu masa baru memiliki laptop, Zira selalu main game zuma sebab memang dah ada dekat dalam laptop tak perlu guna internet kalau nak main game. Game ni pun popular, siapa yang main game online Solitaire ni akan menggamit memory zaman dulu, kenangan sungguh. Korang jangan lupa sebarkan website Solitaire.org nak main tak perlu download, terus je main dekat website dan yang best ia percuma. 

    4- Arcade Games Cookie Monster


Game ni suka main, dulu pinjam phone abah main game nak menang kena cepat kalau tak akan di makan monster dan cara nak menang kena habiskan makan titik-titik yang ada baru boleh menang. 


Sikit lagi kena makan dengan monter, ini kalau on terus kena makan dan game over. Kalau korang nak balas dendam tunggu monster tu jadi biskut kita makan balik dia tapi ia jadi biskut hanya beberapa saat sahaja, jadi kenalah cepat kalau nak balas dendam.

Kesemua game ni memang kegemaran, selalu main ketika bosan. Bila tak ada kawan ramai, untuk hilangkan bosan main game je la dulu Zira ni pendiam, jadi tak ramai kawan bila makin besar masing-masing sibuk dan buat hal sendiri. Main untuk seronok, jangan ada yang stress pula sebab kalah.

Main solitaire sekadar suka-suka untuk hilang stress, bosan dan dapat memberi keseronokan setelah penat bekerja lagi pun tak ada kena bayar apa-apa ianya percuma dan boleh main sampai puas. Bila main kesemua game ini, rasa sebak pun ada, cepat masa berlalu. Kita semakin dewasa dan tua kerana game yang ada sudah lama.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.