Header Ads

Tempat Menarik Di Bandar Miri, Sarawak

Tempat Menarik Di Bandar Miri, Sarawak. Baru-baru ini saya berkesempatan ikut suami outstation ke Sarawak. Bumi kenyalang, yang mempunyai pelbagai etnik, agama dan budaya. banyak pantai yang boleh kita lihat ia sangat cantik dan bersih. Angin pantai yang sejuk di waktu petang sangat menenangkan. 

Penerbangan dari KLIA 1 ke lapangan terbang Miri, Sarawak memakan masa 2 jam 30 minit menaiki Airasia. Sangat mencabar apabila bawa dua orang budak menaiki kapal terbang, usia anak setahun tiga bulan dan tiga bulan yang masih tak tahu apa-apa. Mengenangkan diri teringin jejak negeri Sarawak tetap cabar diri untuk ke sana mengukuti suami outstation.

Banyak tempat menarik di Sarawak ia lebih kepada alam semula jadi dan pantai. Jika datang ke Sarawak jangan lepaskan peluang meneroka alam semula jadi gua, tasik, pantai dan gunung. banyak tempat yang saya tak boleh lawat atas sebab masa dan bawa budak. Bagi yang memang merancang untuk melancong di Sarawak bersama rakan bolehlah pergi macam-macam tempat.

Tak banyak tempat yang saya dapat pergi di sebabkan masa, di Sarawak waktu sangat cepat, pukul 6.30 pagi dah terang sedangkan di Selangor masih gelap lagi. Suami pergi kerja pukul 9.00 pagi nak berjalan tengok tempat menarik agak sukar kena tunggu dia balik dahulu. Bawa dua orang budak seorang diri sangat sukar, kenderaan pun tak ada jadi hanya tunggu di Imperial hotel. 


Hotel ini agak luas, sangat selesa kebiasaannya ada bilik sahaja tetapi di Imperial hotel terdapat ruang tamu dan dapur seperti homestay, jadi anak saya boleh belajar berjalan di ruang tamu.  Kebiasaannya budak seusia anak saya, Hanania sudah pandai berjalan tetapi dia baru pandai berjalan. Walaupun baru pandai tetapi saya sangat gembira, suka tengok budak baru belajar berjalan.

Berbalik kepada tempat menarik di Sarawak, banyak tempat yang tutup awal kerana pukul 6.37 malam sudah azan maghrib jadi tak banyak boleh lawat, saya akan kongsikan tempat yang sempat lawat dan sesuai bawa bayi serta kanak-kanak. Walaupun Sarawak adalah kawasan yang lebih kepada alam semula jadi tetapi hutan dan gunung tak sesuai bawa bayi dan kanak-kanak. 

Miri Crocodile Farm & Mini Zoo

Miri Crocodile Farm & Mini Zoo sempat juga sampai ke sini, walaupun nama mini tapi kawasannya luas penat juga jalan kaki. Buaya pula bukan 10 ke 20 ekor tapi lebih dari ke anak buaya sampai ke mak, nenek buaya rasanya ada, memang besar. rasa gerun nak tengok pun ada sebab terbayang buaya tu berada di kaki. 

Siapa pencinta haiwan, boleh datang dan tengok buaya secara dekat nak bagi makan atau bergambar dengan buaya pun boleh. Bagi mereka yang nak merasai pengalaman beri buaya makan bayarannya adalah RM10.00 untuk setengah ekor ayam. Ini buayanya agak besar nak tarik talinya tun kena kuat, kalau nak bergambar dengan buaya pun boleh bukan bergambar dengan buaya mainan tetapi buaya sebenar yang berumur 6 tahun.

Selain itu, ada juga binatang lain yang terdapat di sini seperti ayam, itik, beruang madu, monyet, python, landak, kuda dan banyak lagi. Nak tengok haiwan lain pun terdapat kandang buaya kiri dan kanan, rasa macam di kelilingin buaya. 


Sangkar buaya, di sini tempat pengunjung di benarkan beri buaya makan. zira tengok sikit-sikit rasa gerun bila mata buaya tatap tidak berkelip. Buaya yang sedia untuk makan ayam, penjaga di sana beri buaya makan sehari dua kali pagi dan petang.


Jika teringin pegang buaya, mereka benarkan pegang buaya berumur 6 tahun. Bila di lihat agak besar juga, tak perlu risau mulut buaya di ikat tapi saya tetap takut nak pegang sebab kukunya agak tajam. 

Anda juga dapat lihat buaya berumur 6 bulan dan baru lahir, terdapat bekas kaca seperti akuarium ikan terdapat anak buaya di dalamnya, mula-mula tak perasan apabila penjaga zoo mengatakan ada anak buaya baru kami perasan sebab tiada pergerakan semasa kami lalu. Bagi mereka yang tak perasan mungkin mereka akan berfikir seperti kami bekas kaca tersebut untuk hiasan. 


Sekali pandang mungkin anda akan ingat ia anak kambing atau rusa, sebenarnya binatang yang sedang tunjuk bawah itu adalah anak kuda yang baru lahir dalam seminggu. Warna coklat seakan-akan anak kambing ini boleh menyamar jadi binatang lain, cuma bunyi anak kuda tak boleh di sembunyikan. Erkkkk... lebih kurang begitulah, jika nak dengar sendiri boleh datang ke Sarawak atau tempat yang mempunyai kuda. 


Bila lihat lembu berbadan sado ini terbayang cerita karton, lembu mengejar warna merah, dengan tanduknya besar dan tajam membuatkan ramai takut mendekatinya. pandangan lembu ini tidak berkelip. Mak kata pakcik ada bela lembu seperti ini di kambung jika di jual ia berharga RM5000.00 mestilah mahal lembu besar tentulah isinya banyak.  

Miri Petroleum Museum

Tak sempat nak lawat museum dah tutup, hari pun dah gelap. Dapat bergambar di luar museum sahaja. Suasana di kawasan museum tidak sunyi sebab ada beberapa orang di sana, walaupun nak ke sana agak tinggi seperti mendaki tapi bila menaiki kereta tidak penat, Anda boleh nampak permandangan Miri, Sarawak dari atas persisiran pantai dan bandar Miri. Nampak tenang apabila lihat waktu senja, matahari semakin hilang. 


Kalau nak masuk museum kena datang awal supaya dapat lihat sendiri suasana di situ. Ini adalah permandangan waktu senja di kawasan petroleum museum, lokasinya di Bukit Tenaga.  


ini adalah gambar petroleum museum sumber google, nak ambil gambar tapi hari dah gelap jadi kurang jelas gambarnya. Bagus kalau bawa budak lawat museum, mereka boleh tahu sejarah tentang petroleum tetapi kalau bawak budak seusia anak saya satu tahun mereka tidak ingat. 

Waktu operasi 

Selasa – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Jumaat Tutup Sementara Solat (11.45am – 2.15pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 4.00pm) | Isnin & Hari Pertama Cuti Umum Tutup

Pasar Malam Saberkas Miri

Di sini pasar makan seperti dewan terbuka, jadi tak perlu risau jika hujan. Anda boleh lihat setiap kedai yang menjual makanan, pakaian serta minuman tanpa perlu bawa payung. Makanan sama sahaja seperti pasar malam yang ada di tempat lain cuma ada beberapa makanan yang di semenanjung tidak ada seperti laksa Sarawak, mee kolok, dan ada beberapa kuih tradisi Sarawak.


Masuk je pasar dah nampak asap ikan bakar, ayam madu, keropok lekor, takoyaki, nasi goreng dan macam-macam lagi jualan yang ada. Perut pun tengah lapar, jadi beli sedikit untuk alas perut. Jalan sekejap, berhenti beli nasi campur satu bungkus. Lihat kiri dan kanan ada peneram berbentuk bunga belilah sedikit.

Teringin nak makan laksa sarawak, sedap rupanya ia menggunakan bihun rasa ikan tak seperti menggunakan ikan bilis, tak tahu mereka masak guna ikan apa tapi rasanya memang sedap kalau beli satu bungkus tak cukup. 

Tak cukup dengan itu, beli donat coklat, walaupun dekat semenanjung ada jual donat coklat bila perut lapar semua benda nak beli. Orang kata syurga makanan, selain itu ada juga yang menjual pakaian dan buah. Di sebabkan saya datang waktu khamis malam jadi tak ramai pengunjung yang datang, tak perlu bersesak-sesak nak beli makanan.


Pasar malam Saberkas buka pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu malam. saya amat beruntung dapat lihat suasana di pasar malam Miri Sarawak. Kalau nak beli kek lapis Sarawak pun ada macam-macam perasa ada harga budget kek lapir RM13.00 dan ada RM25.00 ia saiz biasa serta potongannya agak tebal sedikit.

Coco Cabana

Coco cabana ini terdapat patung kuda laut yang besar ia adalah rumah api yang terkenal terletak di Marina Bay. Ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong, Coco Cabana telah menjadi tempat utama untuk banyak acara di hujung minggu, masa saya datang tak ramai pengunjung sebab datang pada hari biasa, semua orang masih sibuk bekerja.

Bagi mereka yang ingin nelihat matahari terbenam sangat sesuai datang di sini, selain itu dapat merasa angin pantai yang sejuk. Saya tak berapa tahu aktiviti pada hujung minggu, mungkin ia lebih meriah kerana ramai pengunjung datang untuk luangkan masa bersama keluarga.



Jika di lihat, di sana ada beberapa gerai makan dan aktiviti yang menarik seperti menaiki basikal, belon angin dan scooter. Masa datang sini agak berangin sedikit sebab dekat pantai, yang nak beli produk pelancongan di sini, boleh ke Container City Miri. 


Coco Cabana di Marina Bay juga akan memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang datang ke sana. Jika nak datang ke MIRI,SArawak jangan lupa datang ke Coco Cabana. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.