Header Ads

Dulu Nakal Kini Usahawan Jutawan

Melakar kejayaan hasil penat lelah dalam dunia perniagaan merupakan salah satu kejayaan penuh manis untuk seorang usahawan. Hasil yang diperolehi dari segala usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah hadiah terbesar yang diberikan oleh Allah SWT. Setahap mana kejayaan itu, syukur pada Allah SWT tetap perlu diutamakan. 


“Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.” Ayat ini merupakan cebisan ayat kata dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. 


Inilah juga yang sedang dilalui oleh Asyraf, anak kenapa Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang telah berjaya mengacai kejayaan sebagai salah seorang usahawan jutawan bersama isterinya Tya Arifin meskipun usia pasangan ini masih muda. 




Dulu Nakal Kini Usahawan Jutawan

Dulu, Asyraf mengaku beliau seorang yang cukup nakal. Buat itu dan ini asyik menemui kegagalan tetapi beliau beruntung kerana punya ayah (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang sentiasa tidak lelah untuk memberi kata semangat. 


Antara perkara yang perlu ditekankan dalam sesebuah perniagaan adalah : 


#1 – Fokus sebelum pelbagaikan perniagaan

#2 – Kejayaan perlukan masa

#3 – Jangan putus asa

#4 – Jangan sekadar mengharap dibantu

#5 – Yakin dengan diri sendiri


Ramai daripada usahawan Malaysia ini yang hanya hangat - hangat tahi ayam. Ramai antara kita yang hanya tahu nak ambik jalan mudah dan singkat. Sebagai contoh, oleh kerana tak mahu betul-betul susah payah berusaha mengakibatkan ramai yang kena tipu dek Skim Cepat Kaya dan pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam masa cepat dan mudah. 



Dalam Bisnes Tak Ada Jalan Singkat Mudah Untuk Berjaya


Hakikatnya, dalam dunia bisnes ini tak ada jalan mudah dan tak ada jalan singkat yang boleh beri kekayaan dengan pantas dalam sekelip mata. Setiap perkara yang dilakukan perlukan pengorbanan, ketabahan, kesabaran dan yang paling penting sekali usaha tak henti-henti. 


Jangan sesekali berputus asa, berusahalah kerana suatu hari nanti apa yang kita usahakan itu pasti berbaloi dan kita pasti akan mendapat hasilnya.


Itulah juga yang dilakukan oleh Asyraf. Menyedari dirinya asyik gagal dan gagal sebelum ini telah membuatkan dirinya bertindak untuk mendapatkan mentor. Mentor yang beliau pilih untuk menjadi pembimbing untuk diri beliau adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman.






Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 



Buat Ayah Bangga Merupakan Big Why Utama Asyraf


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya lagi. 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


Asyraf melihat Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Allah SWT.



Datuk K Berterima Kasih Pada Dr Azizan Kerana Menjadi Mentor Kepada Asyraf


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 


Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.



Kisah kejayaan asyraf


Nak Berjaya Jangan Hanya Berpeluk Tubuh Macam Orang Berlagak Kaya 


Untuk berjaya perlu segera bertindak. Tindakan yang dilakukan itu haruslah diteruskan tanpa kenal erti putus asa. Andainya tindakan yang dibuat itu tidak menampakkan hasil, boleh rujuk kepada mentor untuk dapatkan bantuan dan khidmat nasihat yang sepatutnya. 


Dengan kehadiran mentor seperti Dr Azizan Osman sedikit sebanyak dapat membantu ramai usahawan untuk lebih mengenali selok belok dunia bisnes supaya masing-masing dapat mengorak langkah menjadi usahawan jutawan yang terbilang di Malaysia bersama RichWorks



No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.