Header Ads

Bisnes Memerlukan Kepakaran Untuk Survive

Bisnes yang maju memerlukan kepakaran yang sangat tinggi. Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, si pemilik perniagaan bukan sahaja perlu menimba ilmu malah perlu bertindak dengan sangat agresif. Dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia sangat tertekan dengan pandemik dan ditambah pula dengan kesan selepas banjir masing-masing masih dalam fasa pemulihan.


Maka semua orang perlu ingat yang keadaan bisnes sekarang sangat meruncing. Untuk mendapatkan kejayaan dalam bisnes, seseorang itu perlu bertindak agresif secara luar biasa dan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini, bukan berkaitan dengan masalah persaingan tetapi masalah pada keadaan semasa itu sendiri.



Antaranya, barang naik dengan mendadak. Keadaan ini menyebabkan peratus pembelian barang dan shopping yang sering dilakukan oleh pelanggan sudah makin menurun dan merudum. Maka untuk mendapatkan keuntungan yang banyak kepada peniaga, pemilik-pemilik perniagaan ini perlu segera bertindak agresif dan tidak lagi sambil lewa. 


Ini semua memerlukan tahap perhatian yang sangat tinggi supaya untung dan rugi boleh kembali selaras. Antara pihak yang boleh dijadikan mentor adalah RichWorks.


RichWorks dapat membantu memberi ilmu dan dalam masa yang sama dapat mengajar cara-cara bagaimana untuk meningkatkan kadar penjualan barang dan kadar untuk meningkatkan lagi tahap perniagaan dari masa ke semasa.

Mari baca sama-sama perkongsian pendapat dari Datuk Wira Dr Azizan Osman ini. 


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.



Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.



Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.