Header Ads

DIFFENZ JUNIOR TINGKATKAN SISTEM IMUN KANAK-KANAK

Diffenz junior tingkatkan sistem imun kanak-kanak. Sejak diumumkan kebenaran rentas negeri bermula Oktober lepas, ramai yang ambil peluang untuk pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga pergi bercuti. Banyak hotel-hotel dan homestay di seluruh Malaysia terutamanya di tempat-tempat tumpuan pelancongan penuh ditempah. Walau pun kes harian Covid-19 masih lagi tinggi namun rakyat Malaysia masih ambil peluang ini untuk bercuti kerana hampir setahun terkurung tidak dapat bercuti.

Suka Zira ingatkan, walau pun sceronok kita bercuti namun jangan sesekali lupa dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan KKM dengan sentiasa menjaga kebersihan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak.



Bagi yang ada anak kecil Zira amat sarankan anda tidak keluar rumah melainkan jika ada urusan yang penting sahaja. Zira pun ada anak kecil dan memang bimbang dengan keselamatan anak sebab kita tidak tahu siapa yang membawa virus di luar sana. Bagi yang dewasa dan remaja ramai, yang dah lengkap 2 dos vaksin berbanding golongan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Mereka ni masih belum boleh ambil vaksin. Jadi mereka ni sangat mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan virus berbahaya.

Jadi, ibu bapa sangatlah perlu memainkan peranan untuk pastikan anak-anak ini mendapat perlindungan yang sewajarnya. Kalau anak sakit, ibu bapa juga yang susah kan? 

Anak-anak kecil ni kalau jatuh sakit memang kita susah hati. Mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa. Kalau sampai masuk hospital tu lagi susah kita dibuatnya. Semua kerja tak menjadi nanti memikirkan anak-anak. Kalau anak demam pun kita dah susah hati ini kan lagi kalau terkena virus Covid-19 yang boleh membawa maut.


Sebagai umat Islam yang beriman, kita pun tahu setiap penyakit itu ada penawarnya. Kuman dan virus itu juga makhluk Allah. Selain daripada berserah kepada Allah memberikan kesembuhan kita juga perlu berusaha mencari penawar.


QS. Yunus Ayat 57

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ
57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

Dalam Al-Quran juga ada menyebut setiap penyakit itu ada penawarnya dengan izin Allah S.W.T. Jadi kita sebagai hambanya perlulah berusaha mencari penawarnya dan bertawakal kepada Allah agar diberikan kesembuhan.


"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya  Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)” 


Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat.  


Jadi bagaimana kita sebagai ibu bapa nak pastikan keselamatan anak-anak supaya mereka sentiasa sihat, membesar dengan baik dan terlindung daripada jangkitan kuman dan virus?


Ha… Ni Zira nak memperkenalkan Diffenz Junior yang dihasilkan khas untuk tingkatkan sistem imun kanak-kanak terutamanya yang berumur 2 tahun dan ke atas. Diffenz Junior ni adalah vitamin atau makanan tambahan untuk kanak-kanak ini supaya mereka terlindung dari jangkitan kuman. Ia dihasilkan oleh doktor perubatan bagi memberikan perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak.


 https://www.youtube.com/watch?v=hwsQ-Bg3hO8

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid 


Khasiat Cendawan Susu Harimau



Apakah cendawan susu harimau? Bayangkan betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau? Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet. 


Khasiat Kolostrum




Siapa sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi. 


Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. 


Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat demi kesihatan dan tumbesaran anak yang tercinta. Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kolostrum kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum dari susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.




Kedua-dua bahan diatas ni adalah di antara bahan utama Diffenz Junior yang membantu tingkatkan imun dan antibodi kanak-kanak, membantu menguatkan paru-paru dan membantu tumbesaran anak-anak. Selain itu, terdapat  bahan-bahan lain yang ada di dalam Diffenz Junior seperti Multivitamin dan Mineral, Buah Camu-Camu Vitamin C dan Vitamin D. Semua bahan-bahan di dalam satu tablet ini dapat menyokong tumbesaran dan sistem imun anak-anak.




Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan kesihatan dan keselamatan anak-anak, wajib untuk dapatkan makanan tambahan dan berikan mereka perlindungan yang terbaik. Lagi-lagi untuk kanak-kanak yang dah bersekolah atau yang dihantar ke pusat asuhan. Mereka ni sangat mudah terdedah dengan Covid-19 diluar sana sebab mereka bercampur dengan kanak-kanak lain yang kita sendiri tidak tahu sama ada mereka ini pembawa atau pun tidak.




Jadi ambil langkah yang sewajarnya agar mereka ini terlindung dari jangkitan kuman dan virus berbahaya ini. Kita ikhtiar untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak ini.

Anda boleh dapatkan Diffenz Junior di laman web dan media sosial dibawah.


Website: https://diffenzjunior.com 
FB PAGE: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.