Header Ads

EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP" ANJURAN RICHWORK BINA BISNES BERJAYA UNTUK BANTU USAHAWAN

Edisi Khas Nak Ubah'' anjuran Richworks yg akan berlangsung pada 26 - 28 MAC 2021 ini secara virtual. Untuk bantu usahawan program ini di adakan selama 3 hari bagi mereka yang terkesan dengan pendamik dan mereka yang telah di buang kerja sehingga hilang punca pendapatan. Mungkin masih ramai tidak tahu cara untuk atasi masalah ini jadi dengan edisi khas ini (NUH) akan kongsikan cara untuk bangkit semula dan cara untuk teruskan perjalanan hidup.

Peluang ini tidak selalu ada jadi anda boleh ambil peluang untuk sertai program ini. Sebelum ini Dr Azizan Osman dalam Richwork dah membantu lebih 400 ribu peserta walaupun dalam tempoh PKP di laksanakan. RichWorks tanpa henti membantu usahawan dan bakal usahawan untuk keluar dari kepompong ketakutan. 

EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP

Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup



SHAH ALAM - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini. Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini. 

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks. "Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa.

"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan," katanya kepada Kosmo! Utusan Malaysia di sini hari ini. RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.


Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi. "Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah.

APA KATA MEREKA, ILMU PERNIAGAAN BANTU LONJAKAN JUALAN. 

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya. Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI DI NAK UBAH HIDUP?

  1. Kenali potensi diri
  2. memahami konsep 5K
  3. Kuasai 7 aspek kejayaan hidup


"Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini," jelasnya. Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.

Anda boleh layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com bagi pendaftaran dan keterangan lanjut. Program ini adalah PERCUMA dan selama 3 HARI  bermula 26 mac hingga 28 Mac 2021. 

Dalan kehidupan perlukan pengorbanan untuk ubah hidup, jika kita tidak susah sekarang sudah pasti akan datang akan selamanya di tahap yang sama dan tiada peribahan. Apa yang kita perlu lakukan adalah usaha, doa, tawakal dan sedekah. Kejayaaan seseorang juga bergantung kepada usaha serta dorongan orang keliling yang membantu mereka. 


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.