Header Ads

Program Kawal Kencing Manis Secara Percuma Hanya di Atas Talian

Program Kawal Kencing Manis Secara Percuma Hanya di Atas Talian. Semua orang berisiko menghidap kencing manis jika tak di kawal lebih awal dan ini akan menyebabkan kita akan berasa susah di masa akan datang. Bukan hanya yang menghidap kencing manis perlu sertai program ini tapi semua orang perlu tahu cara kawal kencing manis, supaya kita boleh menjaga keluarga dengan baik dan boleh menasihati kenalan kita untuk kawal pemakanan mereka. jika mereka tidak mahu denar itu terpulang pada mereka, kita hanya mengingatinya sahaja.


Gaya hidup dan cara pemakana perlu di titik beratkan, agar kedua-duanya seimbang. Nak tau kita ada kencing manis ke tak, anda kena baca sampai habis sebab kadang kita tak sedar bila kita jadi penghidap kencing manis. 

  1. Sering alami kebas kaki dan tangan
  2. Penglihatan menjadi semakin kabur
  3. Tidak dapat tidur lena akibat kerap ke tandas
  4. Luka menjadi lambat sembuh.
Tentu ada sebahagian anda ada masalah ini kan? sebab sejak mengandung, Zira kerap ke tandas, lepas jumpa doktor, katanya orang mengandung memang akan ada kencing manis tetapi bila dan bersalin ia akan hilang bergantung cara pemakanan kita juga. Kalau tak jaga, lepas mengandung akan kekal ada kencing manis, jadi perlu kawal awal supaya bila bersalin ia hilang. Bila dengar je ada kencing manis, ZIra rasa macam tak dapat terima, sebab kita bukan selalu makan manis.

Rupanya ada banyak faktor, seseorang tu boleh hidap kencing manis. Satu persatu Zira kongsikan, Sebelum itu, nak bagitau program ini hanya 14 hari sahaja secara percuma dan anda boleh kawal kencing manis mengikut nasihat pakar. Bermula 1 February hingga 14 Februari 2021 di Platform Facebook Group Ekslusif. Pentingnya kita tahu tahan kandungan gula dalam badan kita untuk mengawal kencing manis. 


Mereka yang terlibat dengan program ini terdiri daripada doktor perubatan, dietitian, dan Nutritionist yang memberi sokongan serta memantau bagi pesakit kencing manis. Selama 14 hari juga, anda di beri jadual pemakanan yang terbukti berjaya menurunkan bacaan gula dalam darah. Kita boleh lihat gambar di atas tahap gula normal sehingga Diabetis, ini sangat membimbangkan kita bacaan gula naik. 

Aktiviti senaman juga boleh dilakukan tanpa perlu keluar rumah, yang boleh membantu mengekalkan metabolisma sekaligus mengawal serta menurunkan berat badan. Selain itu, mereka akan di ajar cara untuk kawal stress dengan teknik yang betul, melalui pengawalan nafas, zikir dan kawalan emosi. Ini penting kerana bila tak kawal emosi ada sesetengah orang akan sentiasa makan bila mereka stress tanpa fikir dan lupa yang mereka sedang hidap kencing manis.

Kaedah tidur lena tanpa rasa ada gangguan ingin ke tandas tiap malam, jujur Zira cakap sekarang kerang nak ke tandas kadang setiap 1 jam, nak tidur balik bukan mudah sebenarnya tapi kalau tak tidur esok nak kerja akan rasa ngantuk kadang dekat tracfic light pernah terlelap kejap sebab terlampau ngantuk, bahayakan tapi nak buat macam mana bukan sengaja jadi ini pentingnya anda sertai program kawal kencing manis semua ada kaitan dengan kehidupan kita.

Penganbilan nutrisi juga mempengaruhi kesihatan kita sebab ia dari sumber alam semula jadi yang perlu kita amalkan. Masa Zira dengar doktor bagitau penyakit kencing manis kena kurangkan manis maksudnya kena kurangkan karbohidrat macam nasi berkanji nak makan kena 1 mangguk kecil dan wajib makan sayur hijau supaya ia dapat serap makanan tersebut. Makan buah pun sama katanya wajib makan sayur, sebab buah manis jadi untuk ia serap rasa manis kena makan sayur.     


Gambar di atas anda boleh tandakan untuk memastikan anda tiada kencing manis. Bila perhatikan Zira tanda 1 je, kencing manis ketika hamil. Program ini mereka hadkan seramai 150 orang sahaja, jadi yang terawal sahaja dapat sertai program ini. Kalau lambat kena tunggu mereka open program seperti ini dan ada sedikit bayaran. Statistik rakyat Malaysia yang menghidap kencing manis adlah 3.9 juta, ramaikan dan separuh daripada mereka tidak tahu mereka ada kencing manis sehingga mereka melakukan pemeriksaan di klinik berhampiran.
  1.  Kategori A iaitu penghidap kencing manis (taknak hidap kencing manis)
  2. Kategori B iaitu berisiko penghidap kencing manis (Nak elak kencing derita kencing manis)
  3. Kategori C iaitu mempunyai kenalan menghidap kencing manis (Tak sanggup tengok mak/ayah kencing manis)
Setiap orang yang sakit ingin sembuh dan hidup normal seperti orang lain, yang dapat melakukan kerja harian tanpa perlu bergantung dengan ubat. Mereka ynag mempunyai berat badan yang berlebihan dan perut buncit. Ini kebiasaannya orang lelaki hadapi selepas khawin. Ada orang kata itu tanda bahagia tetapi sebenarnya itu adalah tanda-tanda perlu berjaga-jaga dalam setiap pemakanan yang di ambil. Kebiasaannya lelaki yang sudah khawin kurang menjaga penampilan dan cara pemakanan sebab sudah ada pasangan. 

Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kencing manisterutaman ibubapa kemungkinan anda juga berisiko mempunyai kencing manis jadi perlu buat pemeriksaan untuk memastikan samaada and ada kencing manis atau tidak. Sikap sesetengah orang yang tidak bersenam, suka makan makanan manis, mudah stress dan tidur yang kurang cukup adalah punca kencing manis sukar di kawal. 


Lebih 10,000 pesakit kencing manis terpaksa menjalani amputasi dan 40% boleh dielakkan jika mendapat rawatan awal. Ramaikan 100 orang rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat diabetis, Terutamanya zaman sekarang macam-macam jenis makanan orang reka untuk menarik perhatian pelanggan kebanyakkannya benda manis. 


Pre-Diabetes
  • Mempunyai tanda -tanda awal diabetes dan masih di peringkat awal.
  • Boleh cegah dan sembuh sepenuhnya
  • Jika tidak mengamalkan penjagaan gaya hidup sihat, berisiko mendapat diabetes dalam masa lima tahun.
Diabetes Jenis 1

Dikenali sebagai insulin-dependent mellitus atau diabetes awal remaja. Setiap remaja juga berisiko menghidap kencing manis, jika tidak di kawal ia juga boleh menyebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin, biasanya berkalu pasa kanak-kanak dan remaja. Awal remaja, pemakanan juga perlu di jaga dan setiap ibubapa perlu sediakan makanan yang cukup zat dan nutrisi agar kencing manis dapat dielakkan. Hampir 10% penghidap diabetes adalah dalam kategosi jenis 1.

Diabetes Jenis 2

Dikenali sebagai Non-insulin-Dependent diabetes Mallitus, 90-95% rakyat Malaysia menghidap diabetes jenis 2. Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin dan dikenali sebagai rintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.  


Kesan daripada kencing manis anda berisiko menghidap kerosakan buah pinggang, 64% pesakit dialisis adalah penghidap kencing manis. Selain itu juga, mereka berisiko buta akibat kencing manis, kajian mendapati 10% daripadanya akan mengalami masalah mata serius selepas 15 tahun dan 2% buta sepenuhnya. Kesan lain yang kita semua taknak hadapi seperti gambar di bawah, penjagaan pemakanan dan gaya hidup yang seimbang sangat penting bagi semua orang terutamanya pesakit kencing manis.


"Sekiranya anda terlepas mengikuti pregram ini, anda boleh sertai program akan datang yang akan di jalankan pada 1-14 Mac 2021. Anda perlu daftars segera supaya tak perlepas buat laki kedua. Jika anda terus daftar program ini. Ia adalah langkah bijak dan dapat elakkan kencing manis, boleh bagitau rakan-rakan atau ibubapa tentang program kawal kencing manis. 


Daftar Program Kawal Kencing Manis di laman web ini :

Facebook Page :

Instagram :

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.