Header Ads

Hotel De Art USJ Bertemakan Taman Iaitu English Garden

Hotel De Art USJ Bertemakan Taman Iaitu English Garden, Sebelum PKPB di laksanakan seluruh Selangor, Putrajaya dan KL. Sempat lagi check in hotel di De Art dekat USJ. Hotel ini bertemakan English Garden mungkin ada yang tak tau ia terdapat 4 outlet dan zira pergi ialah cawangan ke empat selepas kejayaan tiga outlet yang lain di Shah Alam. Masa datang zira agak lewat sikit sebab benda tak jangka, sepatutnya datang dengan suami. 

Sabtu tu pula, suami balik lewat jadi minta izin nak pergi sorang sebab dah lama nak datang sini lagi pun zira peminat seni art, nampak tenang. Gerak dari rumah lepas magrib bila sampai tak sangka Hotel De Art bagi kejutan hiasan bilik ala-ala orang honeymoon. Nak pergi honeymood awal masa tu pun PKP nikah pun online, rasa debar pun takde nak nikah. exited sebenarnya nak datang tapi, mood sikit sedih, sebab datang sorang bukan dengan suami.

Bila tengok hiasannya memang suka sangat, siap ada nama lagi. Lepas tu terus hantar gambar dekat suami. Malam tu juga dia kata nak datang Hotel, allah... Tak sangka sebab dia konvoi naik motor, sepatutnya sampai petang tapi ada problem motor kawannya rosak. Zira pesan kalau penat terus balik, tapi dia nak datang hotel, mungkin tak pernah dapat surprised juga. Terima kasih dekat Hotel De Art Usj pukul 12 malam jugalah suami sampai.


Rasa sweet pula Hotel ni, buat angsa untuk orang honeymoon, siap ada rama-rama.

Selain itu Hotel De Art berada di seksyen 7 berkonsepkan wallpaper, seksyen 19 berkonsepkan lukisan 3D dan De art I-City berkonsepkan Fantasi Wonderland. Dekat Hotel Usj ni bertemakan Garden, siap ada buaian dekat dengan kaunter memang nampak macam dekat taman. Hiasan juga sangat kemas mengikut tema seperti berada di taman sebenar. Siap ada pokok yang penuh kehijauan.


Bila sampai nak rehat sambil tengok TV, pelik juga kenapa tak hidup. Dah la sorang-sorang, mula-mula ingat rosak. tak puas hati check sana sini, tekan remote pun tak hidup, rupanya tak pasang plug. Lepas pasang barulah hidup TVnya. 


Tandasnya tak di sediakan ubat dan berus gigi. Dah la lupa bawak, terpaksa kumur-kumur je la sebelum tidur. Tapi Shower gel dan Shampoo ada di sediakan. Tiba-tiba suami kata nak datang, laju je suruh dia belikan berus dengan ubat gigi. masa tu taktau dia sampai pukul berapa, nasibkan ada kedai KK yang buka 24 jam. Sebenarnya taktau pun ada kedai KK dekat area hotel sebab gerak pun lepas magrib, nak ronda-ronda area hotel tak berapa sebab gelap dan lagipun sorang. Rehat je la dekat hotel, hampir lena di buai mimpi, suami sampai pula. Segar terus, minta ubat dan berus gigi pergi bilik air baru selesa mulut.


Ini antara laluan nak ke bilik, cantik kan lukisannya


Ini adalah ruang bahagian dapur, kemaskan. Teringin nak ada dapur macam ni. Doakan ada rezeki buat rumah dan ada dapur macam ni juga.

Terdapat 27 bilik kesemuanya, dan kemudahan asas lengkap tapi anda perlu bawa sendiri berus dan ubat gigi sebab tak di sediakan, Hotel ini mengamalkan konsep kitar semula jadi tak ada barang yang menggunakan plastik, setiap bilik terdapat lukisan flora dan fauna. Bagi yang nak dapatkan bilik special kena call dulu Hotel atau buat deko macam Zira deko Honeymoon ada angsa. Antara bilik yang popular ialah Bed of Roses, The English Cottage dan The Secret Garden.


Ini adalah ruang dekat dengan pintu masuk, kalau nak tunggu kawan ke sementara nak sampai atau nak checkin boleh la tunggu dekat sini dulu. Sebelum tu pastikan Scan dulu Mysejahtera. 


Nak solat, surau juga di sediakan. Bagi yang tak perasan surau dekat mana, boleh tanya kaunter. Jangan terlanggar dinding ya.


Sempat naik buaian kejap, malu nak naik lama-lama dah la dekat dengan kaunter. nasib baik tak ada orang. Kalau ada orang mampu tengok je. Dah rasa macam cerita bawang merah bawang putih. haha. 


Ini kaunter, sebelum checkin kena daftar dulu dan scan. Kaunter pun dan macam taman, tenang je tengok. Suasana hijau keliling, siap ada pokok besar di hiasi dengan buaian, menarikkan.


Ini pintu masuk hotel, kalau nak datang boleh search hotel De Art USJ

Hotel ini juga berdekatan pusat beli belah Mini Place, boleh jalan kaki je tak jauh, lepas check out baru perasan rupanya dekat juga dengan LRT USJ bagi yang nak datang dengan kenderaan awam boleh naik LRT lebih mudah, kalau naik teksi mesti mahal, zira pernah nak naik teksi walaupun dekat sebab barang banyak masa tu baru habis practikal RM10 dia charge, terus tak jadi terpaksalah jalan kaki juga walaupun bahu dah sakit. Kalau naik takut nak beli makanan tak cukup duit, ATM pula jauh. 


Dekat juga dengan kedai haiwan, mana tau ada yang cari makanan kucing, boleh singgah. Ini dekat dengan belakang hotel. 


Mana tau ada anak bosan duduk hotel, pusat seni lukis ini juga berdekatan dengan kedai haiwan. Anak nak belajar lukis boleh datang sini. Kebetulan lalu, lepas makan dekat dengan restoran mamak ternampak kedai ni. Masa ni kedai makan tak banyak buka, mungkin sebab hari atau atau orang takut nak keluar sebab Covid. tapi tak perlu risau, kalau anda amalkan SOP inshaAllah semua selamat. 


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.