Header Ads

Shopping Rak Sempena Pindah Rumah

Shopping Rak Sempena Pindah Rumah, Dari bulan 5 shopping rak sebelum kahwin sebab rumah sewa kosong jadi zira order barang dekat shopee sikit-sikit di sebabkan masa terdekat ni takde buat majlis jadi zira guna duit tu beli barang rumah, sekarang baru complete dapat semua rak. Di sebabkan dapur tak besar jadi kena pilih rak yang sesuai untuk keluasan dapur. Dah boleh susun barang elok-elok supaya tak sepah.

Semua rak ni ada beli dekat shopee dan ada yang zira jual. Tapi barang pre order kena sabar, benda tak urgent okey la kan. Yang penting kemas. Baru selesa nak masak. Apa yang anda perlukan untuk rak tengok dulu keluasan dapur sesuai tak pilih rak yang besar, cabinet dapur, atau rak kecil, okey semua benda ni anda sendiri bayangkan kena tengok gambar dan review pembeli sebelum ini sama ada rak tersebut besar atau kecil. 


Rak pinggan, ini memang nak beli rak dekat sinki kalau boleh memang nak cari yang dua tingkat tapi tak ada pula tapak yang jenis rata. Tengok ada org beli design lain jadi pilih 1 tingkat. Kalau nak design lain ada yang dua tingkat, rasa-rasa pinggan banyak ke baik beli terus dua tingkat. Zira pilih tapak rata sebab takut licin dan terjatuh kalau tertolak tapi sebenarnya tak pun kalau beli yang ada kaki. Rak pinggan yang ada kaki lebih murah pada pandangan zira tapak rata lebih kukuh. 


Rak untuk gadget dapur, memang tengah kumpul gadget dapur sekarang tengah kumpul duit nak beli mixer beli rak dulu, senang nak letak nanti bila dah ada barang. Susun periuk dengan kuali dulu pun dah nampak kemas, zira suka tengok dapur kemas bila nak buat kerja rasa semangat sikit. 


Rak rempah, ini siap beli khas bekas dengan stiker supaya senang nak masak, tak adalah tersalah rempah bila masak. Susun cantik-cantik dekat rak. Ini memang ada warna putih je boleh beli dekat shopee, siapa nak beli boleh tengok review dulu tapi kena sabar lambat sikit sampai. 


Rak bawang atau barang kering, ini nak susun bawang sesuai sangat. Boleh juga susun sayur atau buah. Nampak kemas kalau nak alihkan pun senang sebab ada roda. Boleh alihkan kalau nak sapu bawah rak lagi pun ringan 


Rak botol, zira namakan sendiri rak ni sebab nampak kemas kalau nak letak botol kicap, dan sos. Kalau nak letak tin susu pun sesuai, keluasan dan besar rak tu pun okey. Pada pandangan zira rak ni boleh letal tempat sempat nak letak celah antara peti ais dan cabinet dapur pun boleh. 


Rak tandas, ada pelbagai jenis rak untuk tandas di sebabkan tandas pun tak ada sinki dan tak besar jadi pilih rak ni. Boleh letak barang dan peralatan mandi, bagi rumah mereka ada table top boleh pilih rak lain ada macam-macam rak yang sesuai. Nak pilih rak tengok dulu kesesuaian ruang dulu buat keputusan untuk beli. 


Rak sinki, rak ni bila pasang bergoyang sikit, bagi zira kurang kukuh tapi kalau setakat nak letak gadget dapur yang ringan tak ada masalah tapi kalau berat elakkan takut roboh pula rak tu. Kalau berat boleh cari rak lain, dan fikir dulu nak letak apa dekat rak tu sebelum beli. 




#rakdapur
#rak
#iuziradotcom

4 comments:

  1. Semua rak nie ada kegunaan masing².. mcm saya pun ada beli rak sinki tue, tapi saya letak mangkuk yang jenis plastik.. setakat nie masih kukuh lagi..😅

    ReplyDelete
  2. Acu nak beli gak benda ni.. Sbb nampak umah Michael Ang pakai.. Yang besar n besi tu.. Tapi tu la.. cam seram je nak letak pinggan atas tu.. Dah la pinggan acu berat2.. Smua kaca.. Paranoid takot jatuh.. Anjang pakai okay eh?

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka beli rak-rak comel gini. Suka rumah nampak kemas dan teratur. Tak suka serabut2. huhu.

    ReplyDelete
  4. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.