Header Ads

The Lanai Event Space Shah Alam

The Lanai Event Space Shah Alam , Tempat ini sesuai sangat untuk buat majlis hari jadi, tunang atau nikah. Sekiranya anda ingin buat majlis yang cantik dan selesa di sini sangat sesuai walaupun tempat nampak tak terlalu besar tapi sangat selesa yang bertemakan garden nampak keadaannya sangat tenang dengan hiasan menghijau serta bunga-bunga kecil.

Alhamdulillah, walaupun sibuk bekerja berpeluang juga hadir majlis pelancaran The Lanai Event Space, Shah Alam dapat juga merasai suasana di sana. hiasannya sangat kemas nampak seperti masuk di hotel 5 bintang, sangat selesa ekon pun sejuk berfungsi dengan baik. keluasannya mampu menampung seramai 400 orang.


THE LANAI EVENT SPACE SHAH ALAM

Ini sedikit penerangan tentang The Lanai Event Space, ia terletak di Shah Alam Seksyen 23 lebih kepada tema Garden atau Taman Botani dengan hiasan flora yang menghijau. Di  sini tempatnya lebih privacy sesuai untuk majlis kecil kerana keluasaannya mampu menampung 400 orang untuk buffet style dan 160 orang untuk banquet style.


Kemudahan yang di sediakan di The lanai Event Space juga lengkap antaranya surau, PA System, kerusi chivari, meja, pelapik meja dan juga mudah untuk mendapatkan parking. Jika anda ingin mencarinya juga sangat mudah sebab ada signboard besar warna hijau dengan tulisan The Lanai Space.

ALAMAT:
The Lanai Event Space
No 36 & 38, Jalan Pelaburan A23/A,
Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor.

Di sini mereka menyediakan hidangan buffet untuk para tetamu, mereka menyediakan hidangan  berhadapan di pintu masuk. Zira akan kongsikan pakej yang di sediakan jika anda berminat untuk buat tempahan seperti pakej Akad nikah & bertunang, pakej aqiqah dan pakej hari jadi.


Sumber Facebook

1) Pakej Aqiqah

Untuk pakej ini mereka menyediakan 10 meja sekali dengan meja 100 kerusi chivari, 1 set buffet station. Mudah sangat semua sudah di sediakan. Dan menu yang ada ialah nasi briyani / minyak, white rice, ayam masak merah/dendang/palembang, vegetables dalca/mix vage, papadom, fruit, cordial water5, plain water.

Selain itu ada yang anda akan dapat ialah standard audio system, usage of one rostrum, usage of one stage6, experience banquet server with casual uniform.




2). Pakej birthday party

Untuk pakej ini mereka menyediakan 10 meja sekali dengan meja 100 kerusi chivari, 1 set buffet station. Makanan untuk buffet pula ialah nasi butter /nasi pilaf / nasi goreng cina, ayam roasted / ayam stew / ayam parmigiana, sayur ratatouille /stir fly long bean dengan telur / sayur campur masak sos tiram, coffee and tea, air cordial dan air kosong.

Selain itu, pencuci mulut pula fresh green salad, assorted cake & pastries / cream caramel6, buah-buahan yang segar. Birthday decoration dan special entrance decoration adalah percuma.

Sumber Facebook 


3) Pakej tunang dan akad nikah

Minimum 200 pax,  hall yang di sediakan 10 meja sekalj dengan alas meja. 100 kerusi
Chivari dan 1 set buffet station.  Makanan buffet pula mereka menyediakan nasi briyani / nasi hujan panas / nasi putih, ayam masak merah / Kari / kurma, daging masak hitam, dendang, palembang, dalca, sayur campur, papadom, buah-buahan, air cordial, air kosong, tea tarik dan kuih muih.

DETAIL THE LANAI EVENT SPACE SHAH ALAM

Untuk sebarang pertanyaaan untuk booking bagi meraikan majlks atau ingin mengetahui lebih lanjut info mengenai pakej boleh hubungi pihak the lanai.

Facebook | Instagram | Website | No. Tel

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.