Header Ads

Engagement Day. Wanita Memang Akan Selalu Sabar Menunggu Tapi Tidak Bila Ada Yang Lebih Baik Dan Lebih Serius Dalam Ikatan Halal.

Engagement Day. Wanita Memang Akan Selalu Sabar Menunggu Tapi Tidak Bila Ada Yang Lebih Baik Dan Lebih Serius Dalam Ikatan Halal. Ni pesanan buat semua yang dalam hubungan yang serius ke alam perkahwinan, pernah dulu terfikir apa perasaan orang yang bercinta lepas nikah mesti malu-malu kucingkan. 

Pernah sebelum ni ada someone special orang kata masing-masing memang nak hubungan ni kekal sampai ke alam perkahwinan kerap wasap itu je cara untuk berhubung sebab masing-masing jauh. Zira memamg tabik la siapa yang cinta jarak jauh ni. Zira cuba bertahan tapi takde jodoh sampai 2 tahun lebih je dan dalam tempoh 1 tahun juga, dia senyap katanya nak berubah dan nak jadi lebih baik, selalu juga dengar lelaki kata macam tu. Masa kata nak berubah tu sebenarnya dah risau dan tak sedap hati. Bila kata nak berubah start tu dah jarang wasap, nak jumpa memang tak la sebab jauh. lama-lama hatinya pun berubah masa ni memang tak mampu buat apa-apa. 


Kredit Google 


Saja tanya balik still love me katanya zira tanya soalan cepumas. Allah sedih dengar sebenarnya tapi cuba sabar. Masa ni wasap pun sebenarnya nak tau perasaannya. Orang perempuan ni memang suka tanya pasangan diakan sama ada masih sayang ke tak.?? Cukup 3x tanya memang dah plan nak move on jer sebab penat tunggu buat apa kita tunggu bila hati dah tak suka, memang sia-sia. Zira tak kisah kalau tunggu pasangan sebab dah sayangkan tapi jangan senyap je. Mak abah pun bising dan sibuk carikan calon bila zira tak terima dorang pun bising nak macam mana lagi. Allah, memang stress la sebenarnya.

Bagi zira nak cari pasangan ni kena cari yang serasi bukan kerjaya je sebab kita yang kena hadap dengan perangai pasangan, kalau yang jenis suka keluar dengan member tapi lepas kawin buat macam bujang kita juga stress. Kenapa dalam masa singkat zira boleh terima tunang sedangkan zira memang cerewet bab pilih pasangan, antara sebabnya masa jumpa dia ada cakap nak jumpa parent zira sebelum berkenalan maksudnya nak minta izin kenal dengan zira. Kalau orang lain dah ajak keluar ini nak berkenalan je bukan minta izin nak kawin.

Kedua, dia jenis ingat pesan arwah ayahnya. Katanya dulu arwah ayahnya pesan jangan keluar dengan perempuan selagi tak ada ikatan. Masa ni dah mula terbuka hati. Eceh2, Biasa orang laki kadang lupa apa pesanan orang tua-tua, ada juga buat tak tau. Ada juga benda lain dia cakap yang membuatkan diri ni cuba terima. Dalam masa 2 bulan lebih dekat 3 bulan juga kenal dan plan nak tunang. Itu pun dia call abah zira minta izin nak tunang, sebenarnya adik beradik zira terkejut sebab tiba-tiba nak tunang. 

Kenal bulan puasa, bulan 7 jumpa parent dan bulan 8 terus tunang cepat gila. Barang pun beli last minit, masa beli cincin pun dia minta izin dekat abah zira nak ajak keluar. Masa majlis tunang semalam terkejut dia potong rambut sebab nampak lain rupanya katanya dia nazar sebab dapat jodoh dan buat korban. Alhamdulilah majlis berjalan lancar ucapan dari pakcik pun kejap je 20 minit macam tu. 


Masa ni zira makeup sendiri tak ada mak andam pun saja nak try, sebab selalu tengok video makeup jadi try apply ilmu yang ada, dah jimat sikit duit dekat situ tapi kening tak berapa elok nak betulkan orang dah ramai datang, tapi boleh la. Tak ada bunga tangan, biasa bunga tangan mak andam yang bagi tapi zira makeup sendiri jadi tak ada bunga tangan.

Di sebabkan kawan baik zira ni kreatif sangat dia suruh pegang bunga Sirih, hahaha cantik juga. Photographer pun tak ada pakai camera phone je dan pinjam camera kakak ipar cuci sendiri je nanti. Pelamin tu cantikkan di sebabkan kakak zira buat bisnes pelamin dapatlah diskaun sikit tak kan adik beradik tak bayar langsungkan. Siapa yang nak order pelamin boleh pm atau wasap, anda komen je dekat bawah atau tinggalkan number phone.

Okey, baju pula zira budget Rm100 je, banyak sebenarnya butik-butik jual baju cantik dan murah kena pandai pilih, corak simple jadi pilihan sebab boleh pakai balik dan tak nampak over, shawl half-moon dapat free masa beli baju nikah dekat Shah alam hari tu, cuma sewe veil je dekat butik pengantin. 



Inilah BFF zira sejak sekolah menengah lagi. Bagus dia ni kadang borak dengan dia rasa terhibur ada je benda nak di cerita. Tak sangka pula baju sama warna. 



Sekejap je dah jadi tunang orang, masa nak sarung cincin bakal mertua ada baca selawat sikit mungkin supaya untuk jodoh kekal lama dan dapat keberkatan, masa korang tunang ada tak mertua baca selawat? Atau sarung je cincin dan pihak laki kata taknak ikat lama-lama. Kita tengoklah macam mana nanti sebab bulan depan kakak zira pula tunang berderet bulan 10 kakak lagi sorang kawin. Kalau tak masa tunang semalam nak pilih tarikh bezday 10 ogos maksudnya minggu lepas tapi dekat raya aidiladha, jadi tunda minggu depan 18.8.2019. 

27 comments:

  1. Tahniah. Semoga dipermudahkan ke step seterusnya <3

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah. Tahniah. Cantik bakal pengantin. Dah boleh start enjin untuk preparation wedding ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, tu yg duk survey goodie walaupun plan majlis tahun depan

      Delete
  3. Waaaa tahniah hazirah. Dalam diam2.. Semoga dipermudahkan urusan hazirah dan pasangan ya 💕

    ReplyDelete
  4. Akk pun tak lama kenal dgn suami, terus bertunang, kahwin selepas setahun bertunang. Suami nk buat majlis sama dgn adiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... Buat majlis sama senangkan tp nenek sy tak bagi buat sekali kalau sama jantina maksudnya kalau kakak perempuan tak boleh tp kalau abg boleh katanya takut salah sorang tak jd.

      Delete
  5. tahniahhh.. wa.. lambat xpe, asal dpt yg terbiak buat kita

    ReplyDelete
  6. Wah tahniah zira.. Moga jodoh zira kekal hingga jannah..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Zira. Cantik make up dgn baju. Moga kekal hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Baju murah asal design cantik saya okey je.

      Delete
  8. Wah sweetnya pasangan zira.. Bgus mcm tu.. Apa pun tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi gaya dia sempoi je, takde nampak sweet

      Delete
  9. Alhamdulillah. Tahniah zira. Dah melangkah satu lagi alam baru. Bakal menuju ke alam rumahtangga.
    Berkawan jarak jauh tak salah. Cuma kena bagi komitmen betul betul. Mcm kitq, 8tahun kawan. Jarak jauh. Nak kata letak harapan tinggi tu tak juga. Tapi sebab kita tak berkawan serius dgn kwn lelaki lain, mak abh memang tanya depan depan hubungan kitaorg. Masa tu dia datang rumah. Tapi tu la pengalaman kan. Tak semua org sanggup nak kawan jarak jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Lama tu 8 tahun,tu la sy pernah jumpa parent ex tapi bila sy ajak jumpa parent sy dia banyk alasan. Just jumpa je kata syg kan. Tp takde jodoh

      Delete
  10. Wah tahniah zira.. Dalam diam dia ye.. Moga dipermudahkan urusan seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diam2 je takut tak jadi sebab kenal pun kejap sebab risau bila semua org tau nanti masing2 tanya kalau tak jd

      Delete
  11. Tahniah Zira.. semoga dipermudahkan semuanya ya..

    ReplyDelete
  12. Tahniah zira...semoga dipermudahkan untuk seterusnya dan seterusnya lagi..Aaminn

    ReplyDelete
  13. tahniah akak..kak doakan rabia dpt jodoh jgk ye..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.