Header Ads

Pengalaman Berjumpa MUA Muda Iris Khairi

Pengalaman Berjumpa MUA Muda Iris Khairi. Zira selalu tengok live adek iris ni, dari tak tau lukis kening alhamdulillah sekarang dah pandai sikit walaupun tak sama, tapi semua tu boleh belajar yang penting kena praktis selalu jangan sekejap je lepas tu dah tak buat. Jadi, tak herankan adek iris ni pandai makeup di usia muda sebab dia selalu praktis.



Zira sebenarnya dulu tak tau sangat kegunaan barang-barang makeup ni apa yang tau foundation, lipstick dengan blusher, itu je asal nampak pipi merah sikit dah rasa diri tu cantik. Haha nampak sangat diri tu kuat perasan. Zira memang suka tengok orang makeup tapi tak semua tengok, bila ada orang kongsikan pasal makeup ada yang buat live suaranya nyaring sakit telinga dengar, ada yang live suara slow.



Adek iris ni pula dia, tengah-tengah jadi okey la tengok dia live makeup, sampai sekarang. Barang-barang mekeup pun dah tau sikit-sikit kegunaannya macam primer, counselor, shading, shimmer, hilithing, corrector, eye shadow, maskara, brown cara, eye liner. Tu dia, banyak rupanya kegunaan makeup ni patutlah selama ni makeup tak nampak natural.

Zira ada buat review produk, sajalah nak makeup sikit jadi masa tu try buat look barbie doll jadi tau, zira sendiri pun macam tak percara tapi masih nampak natural eyeshadow tu buat cut cress nampak sikit macam mata anak patung walaupun adalah comot sikit sebab tak betul foundation.



Masa minggu lepas dapat tau adek iris nak turun KL, sebab dia ada slot rancangan Pa&Ma ada juga pm dekat masanger nak jumpa tapi mak iris reply tak pasti shotting tu hari apa sebab dia belum confirmkan. Sedih juga masa ni sebab takndapat jumpa adek iris tapi ada baca satu posting dekat FB stokis AS lagecy iaitu produk Dato' Alif nak buat kelas makeup dan tetamu jemputan Adek iris.


Ini makeup look simple yang adek iris makeup, nice kan makeup macam ni.

Masa tu dekat pukul 2.30 petang baru adek iris dan keluarga sampai, yang bagusnya adek iris salam semua orang yang dekat bilik tu. Sebelum mula mereka terangkan serba sedikit tentang produk kosmetik AS lagecy. Lepas tu baru sesi belajar makeup masa kelas buat look simple. Comel je adek iris bila jumpa live. 

Siapa yang nak keluar jalan boleh la buat look simple, walaupun simple tapi cantik makeup ni nak buat pi kenduri pun cantik, tak adalah over sangat. Zira pun dah plan bila tunang nak makeup sendiri ada juga survey harga makeup, sekali makeup dah RM150 harga ni kan boleh beli set makeup dan kita boleh makeup bila-bila je. Cuma wedding je nak orang makeupkan, pejam mata sambil keluar air liur basi buka mata dah siap. Hahah (gurau-gurau) 

4 comments:

  1. Wah bestnya dapat jumpa mua Adik iris ni

    ReplyDelete
  2. Akak pun selalu tengok tuto mekap iris...xsangka muda sangat lagi dia. Sama umur anak akak. Anak akak pun hingusan lagi...hahaha

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.