Header Ads

Siti Jamumall Mendapat Tajaan Majlis Perkahwinan Sebanyak RM500 Ribu!

Siti Jamumall Mendapat Tajaan Majlis Perkahwinan sebanyak RM500 Ribu! Bila kita rancang nak buat majlis biasa-biasa dan ikut kemampuan secara tiba-tiba seperti dapat durian runtuh, siapa yang tak seronokkan. Mendapat tajaan di majlis perkahwinan mesti happy.

Zaman sekarang nak jimat kos biasa kita akan jemput rakan di facebook, begitu juga Siti Jamumall, siapa sangka setelah memuat naik status di facebook tentang majlis perkahwinan terus mendapat wasap dan call bertalu-talu, dari pengasas produk, pemilik kedai dan bermacam-macam lagi untuk sponsor beliau.


Kalau buat majlis sebesar ini mesti perlu kos yang banyak, untung Siti Suriani mendapat tajaan yang hampir 100 syarikat dari pelbagai produk berminat untuk sponsor dan paling tak sangka mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pun berminat sponsor.



Dapat tajaan untuk majlis perkahwinan memang terharu, kalau zira dapat tajaan juga tentu terharu. Berkat usaha selama 3 tahun beliau membuatkan hasil, Siti menjadi promoter atau host untuk Jamumall.com telah menjual pelbagai produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.

Dulu zira tak kenal pun Siti ni, tapi page Jamumall asik keluar dekat Wall je dan dengar lah celoteh Siti, dari situ kenal Siti Suriani. Dengar celoteh Siti ni dah tahu siapa yang tengah cakap tak payah tengok. Bukan senang nak jadi promoter kena ada sifat berani dan idea nak cakap apa.



Sedap sangat makan aiskrim waktu cuaca panas, yang ni perisa vanilla, keladi dan apple mint ada juga perisa lain macam capocino, apple, coklat. Layan sangat lah makan aiskrim waktu macam ni, bukan saja ada aiskrim potong ada juga aiskrim lain seperti con dan cup. Meriahkan majlis ni.


Zira makan sate dia pun layan, sedap sangat makan panas-panas rasa kuah kacang dia, pergh... macam nak order je untuk wedding zira nanti, confirm tetamu pun suka makan.


Sebelum masuk dewan ni, dah bau kambing menusuk hidung rasa nak terus beratur je ambil daging kambing tu nasib baik sabar, dan dapat juga me rasa daging kambing ni. Nak tau apa yang pelik bila zira dapat daging ni? Mula-mula ingatkan rojak, mana taknya bahan untuk buat rojak ada dalam bekas tu tapi bila makan daging kambing memang superb dan uniq la, bahan rojak dan kambing bakar di satukan dalam satu bekas.


Antara menu lain ialah sata dan otak-otak, yang ni kalau nak makan kena beratur cepat je habis. Baru masak laju je orang sambar laku keras otak-otak ni.


Dengan keikhlasan yang selama ini Siti promot dan sampai di kenali dengan viral sampai ramai sanggup sponsor dari nikah, pre wedding  majlis berinai, sampai ke honeymoon pakej. Inilah namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Zira suka tengok baju Siti Jamumall kembang-kembang macam princess. baju tersebut di taja oleh Dlia Jean Bridal, deco majlis dan pelamin pun cantik dan kemas, kalau anda nak deco macam tu dan nak tau ia dari siapa deco tersebut di taja oleh wedding by emma.


Selain itu, kek pula di taja oleh Grand Cake dari Mad About Cake. Kalau anda tengok hiasa kek tersebut pun cantik dan kemas, tinggi pula tu kek Siti untuk majlis dia. Apa yang zira paling suka ialah menu makanan Vip menu, sedap-sedap rasa macam tak boleh berhenti ia di taja oleh Rumpun Selera. Coffee Es-cream dari Ana Zahra Beauty.

Jamu pula di taja oleh Seri Lady Empire Resources, beliau juga ada bridesmaid tau tudung bawal bridesmades dari Gallery Bawal, kain pasang diamond pula dari irahsukri. Siapa yang suka tengok makeup Siti Jamumall? Nak tau makeup set siti ni dari Zacthira Navillionniza memang cantik, nampak natural je.


Telekung dari pretty Aini, scaft dari scarf by mehrun, printed box dari Art Creation printing, perfume dari Luce Essencia Resources, dan Package Honeymoon dari Arwarna Resort ini adalah antara penaja utama majlis perkahwinan Siti Jamumall. Ini baru sikit belum penaja yang lain lagi. Seronokkan dapat tajaan, ada ke yang berangan nak dapat tajaan macam Siti ni? Ha, kena jadi berani dan jadi lain dari yang lain maksudnya jadi diri sendiri nak jadikan Siti Jamumall sebagai inspirasi pun boleh.

11 comments:

  1. Seronoknya dapat tajaan untuk kahwin~~

    ReplyDelete
  2. wahh rezeki. tajaan rm500k.. meriah majlisnya.. macam-macam juadah ada :)

    ReplyDelete
  3. wahh meriah gile weeding dia... tahniah.. semuanye cantik²..

    ReplyDelete
  4. Besar nilai tajaan yang dia dapat kan. Rezeki sungguh. Kalau kita baik dengan orang begitulah kan orang membalasnya. Tahniah buat pengantin.

    ReplyDelete
  5. Beruntungnya rezeki dia.. Tahniah untuk dia dan pasangan. Meriah sgt majlis. Suka tgk deco pelamin dan warna tema yg memang lawaa sgt

    ReplyDelete
  6. untungnya jadi dia.. cantik. lps tu dpt tajaan.. pemes plk tu.. fuhhh.. teringin nak macam dia

    ReplyDelete
  7. banyak yang pergi majlis kahwin siti jamumall ni cerita dapat goodies yang macam2.. fuh.. tengoklah pulak sponsornya ya.. 500 ribu kot

    ReplyDelete
  8. Pergh grand betul perkahwinan dia.. Rezeki dia dapat tajaan sebanyak tu.. Meriah juga.. Pelabagi makanan ada tu.. Nampak sedap..

    ReplyDelete
  9. Kita kalau ada sorang je sponsor pun dah cukup happy kan? Hehe. Tahniah dan selamat pengantin baru siti. Beruntung sungguh siti ni.

    ReplyDelete
  10. Banyaknya dapat Tajaan sampai RM500k

    ReplyDelete
  11. Wahhh dengan tajaan sebanyak ini, wedding jadi perfect seprti impian setiap orang. Tahniah pengantin.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.