Header Ads

Master Pasto Instant Spaghetti Ready-to-Eat in 3 minutes

Master Pasto instant spaghetti Ready-to-Eat in 3 minutes. Instant Spaghetti ni memang bagus buat stock waktu malam bila lapar, cuma panaskan je dah boleh makan. Selalu kalau lapar je mesti kita masak mee segera.

Tentu bosan lapar je mee segera jadi pilihan tapi tu dulu sekarang kita ada pilihan lain iaitu instant spaghetti dari Master Pasto ini. Ia adalah Makanan Halal Malaysia tanpa perlu simpan di peti ais, tanpa bahan perisa MSG & bahan pengawet. Selamat digunakan jadi tak perlu risau, zira pun hari tu dah makan nasi dekat periuk habis nak masak nasi lama, jadi instant Spaghetti jadi makanan waktu malam bila lapar.

Ada 3 jenis instant spaghetti iaitu :
1. Spaghetti Bolognese with Chicken
2. Spaghetti Aglio Olio with Chicken
3. Spaghetti Mushroom Cream Sauce

Cara penyediaaan instant Spaghetti ni mudah je. Ada 2 cara yang boleh kita guna.

  • Air panas mendidih (boiling water)
- masuk 2 pek aluminium yang berisi mee &amp sos ke dalam periuk/heater air panas mendidih selama 3 minit. Kemudian tuang  pek tersebut & sedia dihidang.

  • Ketuhar gelombang micro (microwave)
- Koyakkan dahulu 2 pek aluminium tersebut ke dalam pinggan &amp masukkan dalam microwave selama 1-3 minit & sedia dihidang.


Zira dah rasa speghetti dari master pasto Sosnya memang sedap sebab tu zira repeat makan speghetti instant. Memang bagus bagi mereka yang kaki travel boleh jimat kos makan dekat tempat orang kadang makanan ya mahal kita ni yang tak berapa kaya kena pandai jimat.



Jika anda nak dapatkan master Pasto really to eat, boleh beli di online nak berurusan dengan mereka sangat mudah.  Jika anda suka makan pedas aglio olio adalah pilihan terbaik. Rasa ayam pun sedap nak makan lepas manaskan pun boleh nak campur bahan lain seperti udang, sayur dan telur bagi nampak meriah pun boleh. 

Walaupun ia speghetti instant tapi rasanya macam masak sendiri kena sangat dengan tekak, nak repeat order pun tak rugi sebab sedap. Bagi kanak-kanak yang tak suka makan makanan pedas atau tak tahan makan pedas anda boleh beli speghetti bolognese sebab ia tak pedas dan rasanya berlemak-lemak sedikit kakak zira kata sedap. 


Apa yang best tentang instant Spaghetti ni, anda tak perlu simpan dalam peti sejuk. Boleh la susun cantik-cantik dekat rak, nak makan tinggal ambil je nak makan speghetti apa, budak 10 tahun pun boleh masak sendiri nanti takde la asik panggil kita je, lapar la. Bila dah ada speghetti ni tengok-tengok anak tengah makan, mudah sangat kerja mak-mak. 

Untuk maklumat lanjut mengenai @masterpasto :
Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: www.instagram.com/masterpasto
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.