Header Ads

Carlifornia Raisins Hidangan Utama Menjadi Pilihan Dalam Masakan

Carlifornia raisins hidangan utama menjadi pilihan dalam masakan. Bila cakap tentang kismis, ramai yang dah tahu ia bagus untuk minda kita. Pernah masa sekolah dulu ustaz siap jual kismis lepas tu siapa yang tak hafal surah kena denda bayar RM0.50 tau tapi ustaz tu bagi kismis.

Nampak tak taktik bisnes ustaz ni, cara dia menjual, sebenarnya bukan nak duit sangat tapi lebih kepada membantu anak murid ingat menhafal, orang kata kismis ni bagus untuk minda sebab tu ustaz nak anak-anak muridnya ingat apa yang kita dah hafal.

Zira dulu tak tau pun kismis ni boleh buat macam-macam hidangan sebab pernah makan kek buah dan ada kismis ingatkan sesuai untuk kek dan roti saja rupanya macam-macam kita boleh masak dan hidangan dengan kismis ni dan ada benda yang tak di sangka pun boleh di jadikan hidangan utama.



Khamis lepas ada pertandingan masak dan hidangan utama kismis di sebab zira ni pernah buat biskut raya dan kismis jadi cadang nak buat tu tapi ada yang cadangkan nak buat lain jadi ikut je lagipun ni pertama kali masuk pertandingan masak. Nervous, risau pula ada yang kuali hangus.. dapur orang mestilah risau.

Okey, team zira cadang nak buat black raisins briyani in pineapple ni pertama kali buat seronok sangat masak dekat dapur tu walaupun pertama kali masak sama-sama. Ala, zira cuma pembantu je tolong potong-potong, jadilah hahaha. Cara bekerja sama dekat dapur tu memang zira suka sebab semua saling bantu membantu.





Sebelum mula masak, mereka ada terangkan proses kismis tu, memang teruja sangat rupanya cara dorang proses tak sama apa yang zira bayangkan ingatkan petik satu-satu anggur rupanya pakai mesin sekejap je siap, ye la pernah terfikir juga kalau petik anggur pakai mesin tak hancur ke pokok.

Nak proses tu agak makan masa lama juga, yang penting kemanisan kismis tu asli jadi nak makan banyak sebagai kudapan pun boleh. Zira cadangkan lebih baik anda bagi anak makan kismis daripada makan gula-gula.





Lepas di terangkan proses membuat kismis, dah boleh masuk dapur dan mula masak, perkakas semua lengkap ada juga beberapa barang yang bawa sendiri sebab susah nak share barang dan nak buat kerja lagi masa pun suntuk 1 jam sahaja.









Masa ni memang focus buat kerja sebab risau tak cukup masa, bagi zira 1 jam tak cukup sebab dekat rumah masa pun lama jadi tak boleh la intai jiran sebelah masak apa. Cuma boleh intai jiran depan je, dorang pun masak benda sama nasi briyani.

Masa buat nasi briyani, tak terfikir pun nak buat jus nanas tapi di sebabkan nanas tu manis terus keluar idea buat jus nanas + kismis tak letak gula pun dah sedap. Ini memang rasa asli manis tak puas pula minum 1 cawan kalau minum lebih nanti juri tak dapat rasa pula.





Bila dah siap masak, masa untuk hidangan dekat juri, memang nervous sangat. Zira dah la tak reti terangkan kalau cakap bahasa melayu boleh lagi jadi mampu diam je dan hidangan air dekat juri. Alhamdulilah semua selesai, decoration pun okey cuma rezeki tak berpihak kepada kami tapi memang seronok masak sama-sama dekat dapur.



Bila tengok balik sesuai buat untuk tema hawai, daun pisang, nanas dan bunga pun ada. Holala..





Lepas masak, giliran chef pula masak kita tengok orang pakar masak, memang cepat dan pantas mereka buat. Makanan pun sedap, chef pun buat nasi briyani tau. Sempat juga tengok dan dengar tip dari chef memang berbaloi dapat ilmu free,boleh apply dekat dapur.





Chef buat dua hidangan, nasi briyani dan ala-ala roti tapi zira tak ingat namanya memang sedap sangat dan yang penting dalam tu ada kismis. Nampak tak kismis dekat situ? Hidangan apa pun bila letak kismis memang sedap.



Sebagai majlis penutup, ambil gambar ramai-ramai bila tengok balik rasa macam dah dekat raya pula sebab ada yang pakai baju melayu, ada yang berkain batik.



Ini pula adalah pemenang untuk tahun 2019, yang zira tak sangka kuah kacang pun campur kismis. Sedap sate dia orang masak. Tahniah kepada pemenang. Semua pakar masak jadi memang tak heran la dia orang menang. 

1 comment:

  1. Wah, happeningnya! Kismis ni memang boleh jadi penyedap dalam banyak masakan. Saya suka guna kismis untuk nasi goreng nanas.Yumm yumm.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.