Header Ads

I-City Waterpark

I-City Waterpark, Dah lama zira rancang nak pergi i-City, Sabtu lepas baru berkesempatan pergi spontan cakap dekat kakak jom pergi i-City. Mula-mula survey nak pergi dekat Snow tapi ticket mahal pula dekat Rm70 jugalah sekepala, tahun lepas Zira survey RM25 mungkin masa tu ada promo tak ingat pula. Bila ticket mahal tak jadi pergi snow.

Survey pula harga ticket waterpark RM25 agak murah juga kalau beli online akan dapat diskaun Rm2 tapi nak masuk tu agak leceh sikit kena login pasward yang pihak i-City bagi dekat email untuk screen ticket baru boleh masuk. Masa tu first time Zira datang jadi taktau apa-apa ingatkan tunjuk ticket dah boleh masuk rupanya kena download juga apps I-City untuk login.

Ambil masa 30 minit juga la nak buka apps tu sebab zira punya Internet slow nak tengok email pun susah. Dekat kaunter pula tak boleh buka Internet hanya boleh order tiket je bagi zira pihak i-City di setiap kaunter perlu ada Internet untuk memudahkan pembayaran secara online yang customer sudah buat bayaran.


Tak perlu nak screen sebab mereka tentu dah ada record pembayaran yang customer sudah buat. Okey, bila semua dah settle pergi kat kaunter untuk ambil kunci loker harga RM10 satu loker. Nak bagitau siapa yang beli tiket masa walkin anda tak boleh bayar menggunakan duit RM5 walaupun tiket harga RM25 anda kena bayar menggunakan Wang keras Rm20 dan RM10 sahaja baki RM5 tu anda boleh guna untuk beli makanan jadi kena bayar RM30.

Jika walkin dan ada partner boleh bayar Rm20 "2 keping" dan RM10 "1 keping". Kalau Rm5 tak pakai rugikan burn macam tu je kalau anda terlupa nak beli makanan sebab dah seronok sangat main air anda boleh beli cendera hati di kedai cenderahati anggaplah hadiah pergi bercuti.

Masa mula-mula masuk of course yang teruja anak buah, memang dia orang tunggu lama sebelum masuk tadi. Lepas letak beg anak buah zira pergi mandi dulu, zira pula tunggu kakak lagi sorang namanya Nita dia datang lambat sikit sebab mengajar tuition dekat setia alam. Bila semua dah sampai memang enjoi la mandi nak ambil gambar tak sempat sebab tak sabar nk main air, telefon pun dah simpan kat loker.

Yang bestnya anda boleh main apa saja tanpa perlu sewa pelampung sebab free, ada sesetengah tempat pelampung kena bayar sewe. Mula-mula main tempat yang macam pantai. Kalau mak-mak taknak mandi boleh pantau anak-anak sambil berangan tengah bercuti kat Hawai dekat situ ada di sediakan kerusi malas.


Lepas tu, zira main permainan macam superman tak taulah namanya apa, bila main ni tetiba teringat running man. Mula-mula naik macam seram ye la, nak turun tu bukan main laju lagi bila dah sampai bawah seronok pula. Haha.. Zira naik lagi 4 ke 5 kali jugalah syok sangat walaupun kaki ni penat nak naik tangga, makin Kurus naik tangga.

Sebenarnya tak puas lagi jadi superman tapi zira nak try permainan lain pula, main yang kat sebelahnya pula. Kali ni naik pelambung tapi sorang-sorang naik mula-mula ingatkan turun macam biasa rasa teruja jugakan nak gelongsor sekali staf kat situ pusingkan pelambungnya. Adehh pening pula gelongsor sambil pusing sekali je Zira main tu, tobat.

Kredit gambar Google 

Bila kau dah rasa tobat, main lain pula amboi, tak serik.. kali ni gelongsor air yang ini cuma bawa diri je tak perlu angkut pelampung, gelongsorlah macam biasa, tapi laju juga masa gelongsor tu. Zira main banyak kali juga. Puas dapat main air, memang dah lama tak pergi waterpark mula-mula taknak jerit tapi automatic jerit, Allah sakit tekak pula asik jerit bila main automotic jerit.

Kemudian, Zira ada nampak satu terowong besar bentuk macam kon, orang panggil "Tornado" sebelum anda main ada berat khas kalau kurang berat tak boleh joint, takut ada risiko. Mula-mula tengok macam kurang berat rupanya Zira boleh joint main 4 orang. Mula-mula excited nak main ye la, nampak macam seronok.

Bila dah mula nak turun, Allahu akbar.. rasa nak gugur jantung seram rasanya macam melayang-layang masa nak turun dah la tepi tu tak tutup takut melayang je. Kalau anda perasan dekat tornado tu ada macam batang paip, Zira masa tu buka mata rasa boleh capai batang paip tapi tak kan nak pegang. Tak ke gila nak pegang batang paip nanti Zira pula melayang, memang berdebar sangat naik turun, naik turun pelampung masa tu.


Pegang pelampung memang kuat lah, takut terlepas yang kakak Zira pula katanya dia genggam pelampung tu sambil pejam mata terus tak berani tengok. Ini pun tobat nak main, cukuplah sekali seumur hidup dupdap-dupdap jantung. Bila dah sampai bawah, fuh lega alhamdulilah turun dengan selamat.

Waktu dah petang anak buah bagitau ada ombak dekat bahagian pantai. Jadi, Zira pergilah situ best juga ombak datang dan pergi tapi yang tak syoknya sekejap je tak puas main ombak. Waktu dekat pukul 5.30 Zira main lagi gelonggor superman yang kak Nita naik banyak kali, masa tu dah tak larat Zira terus tukar baju. Tempat untuk budak-budak pun ada banyak gelonggor yang diaorang boleh main.



Nanti tak adalah budak-budak bosan, ada juga permainan dia orang boleh main. Gelonggor pusing ada, gelongsor katak ada, nak main yang straight pun ada. Lepas tukar baju baru ambil gambar itu pun dekat dengan ais. Anda yang nak datang sini boleh search je i-City nanti sampai la. Sebenarnya dekat i-City ni banyak tempat best boleh lawat. Kalau ada rezeki Zira nak masuk snow pula.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.