Header Ads

Iris Khairi Tak Macam Budak 10 Tahun Makeup

Iris Khairi Tak Macam Budak 10 Tahun Makeup. Tak sangka badan kecik molek ni makeup lagi power dari orang biasa. Katanya dia suka tengok MUA Bella makeup dan juga dia belajar makeup dari youtube tengok video mat salleh makeup.

Zira pernah tengok juga video mat salleh makeup tapi tak ada rasa feel nak belajar makeup cuma rasa nak tau macam mana dorang makeup. Ada juga tengok video orang kita makeup ada yang zira suka ada yang tak suka sebab dorang bercakap kadang macam jerit-jerit sakit telinga dengar.


Kredit iris Khairi look barbie dool

Tapi sejak jadi follower adik Iris ni zira jadi berminat nak belajar makeup cara dia bercakap pun agak sopan. Sekarang cuti sekolah banyak kali juga dia buat live makeup dekat facebook. Zira suka tengok hasilnya bila dah siap makeup.

Bila perhati teknik-teknik dia makeup lebih kurang je tapi hasilnya sangat berbeza. Cara makeup pun simple dan tak susah nak ikut. Itu yang menyebabkan zira minat nak belajar makeup walaupun tak suka makeup sampai siap beli makeup dekat shopee tau bersemangat nak belajar makeup.



Nak remove makeup zira tak risau sebab ada tisu imaan mudah je nak tanggal makeup walaupun tebal. Bagi yang nak dapatkan tisu imaan boleh komen atau contact zira. Banyak look yang adik iris ajar dan cara shading hidung nak nampak mancung.

Antara look makeup yang dia pernah tunjuk ialah barbie, rock, look mata hijau, gilter pun ada. Nak tengok adik iris makeup follow je Facebook Iris Khairi. Siapa sangka budak 10 tahun boleh makeup macam professional ini bakat yang kita boleh asah, mungkin anak anda ada bakat juga kena tanya mereka untuk asah bakat lebih mudah kita nak ajar anak bila dah tau minat mereka.







Zaman sekarang kalau kita tau bakat anak dari kecil. Mereka boleh buat duit melalui bakat sahaja dan duit tu mereka boleh simpan untuk masa depan. Lagipun zaman akan datang sangat mencabar kos sara hidup juga makin meningkat.

Bila dah besar sebenarnya kita sukar nak cari kerja dengan ekonomi tak menentu jadi bakat boleh membantu diri anak anda mencari duit sampingan, mereka juga boleh belajar tentang bisnes dan pengurusan wang jika ada duit Selain bantu ibubapa. 

2 comments:

  1. hebatnya dia. makeup dia memang cantik

    ReplyDelete
  2. Wah kecik-kecik dah pandai makeup power tu.Rabia ni baru start nak kenal nama-nama peralatan mekap
    Nak belajar dan kenal look makeup dulu.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.