Header Ads

Cara Beli Barang Murah Dari China Di SGShop Malaysia

Cara beli barang murah dari China di SGShop Malaysia, Ramai kata barang dari China ni murah dan ada juga dengar sesiapa yang nak berniaga boleh beli barang dari China lebih murah dan menguntungkan. Kalau anda perasan memang popular barang-barang "made in China" betulkan. Apa kata jika anda nak jimat beli sendiri dari China, harga murah walaupun anda tidak beli borong tetap boleh dapatkan harga murah, itu yang best.

Bila peniaga jual barang semula dari China tentu mereka nak untung juga, jadi mereka perlu naikkan harga untuk dapat untung, ada juga yang naikkan sedikit dan ada yang naikkan dua kali ganda ia bergantung kepada penjual. Terdapat pelbagai barang yang anda boleh dapatkan di laman web SGShop dengan harga murah.




CARA UNTUK DAPATKAN HARGA MURAH DARI CHINA.

Anda boleh buka laman web SGShop Malaysia, bagi yang tak biasa atau tak tahu tentang laman web ini anda boleh tengok atau survey harga di SGShop Malaysia ia seperti orang tengah, mereka tak jual apa-apa barang. Mereka hanya memperkenalkan produk peniaga kepada pelanggan. Untuk lebih faham, anda beli 10 jenis barang di kedai yang berbeza, jika semua barang dah sampai di werehouse China barang tersebut baru akan di hantar ke alamat kita.


Jika ada barang yang tak ada stock, SGshop akan refund semula duit kita dan jika ada barang berbeza warna tak seperti apa yang kita nak pihak SGShop akan beritahu kita  jika kita tak kisah terima warna lain mereka akan teruskan penghantaran kalau kita taknak, mereka akan refund semula duit kita.




Ini adalah pengumuman cuti di China, Zira ada order barang masa nak pilih pihak SGShop bagitau mereka akan cuti sempena Hari Kebangsaan China jadi ambil masa dekat seminggu untuk tahu barang yang telah di order ada stock ke tak, kalau tak ada anda perlu cari barang lain dan pihak SGShop refund semula duit kita bermakna tiada stock. Sebenarnya banyak barang yang Zira nak tak ada stock, jadi kena cari barang lain.


KELEBIHAN WEBSITE SGSHOP MALAYSIA


Apa yang Zira suka tentang website ni, dan membuatkan seronok nak shopping dekat sini ialah :-


Categories


  • Di sini anda boleh cari apa sahaja barang yang anda nak mengikut kategori yang di kehendaki.

Member

  • Di bahagian member, anda boleh tengok point berapa kita akan dapat jika kita beli barang. Credit balance, reward, masej, withdraw money, topup, dan banyak lagi.




Perbezaan buy for me dan ship for me


Buy for me ialah jika anda pilih buy for me anda hanya perlu berurusan dengan SGshop sahaja, kemudian SGshop akan berurusan dengan supplier pembayaran pertama dan ke dua hanya di SGshop. Kenapa ada dua bayaran sebab supplier akan post ke werehouse ke SGshop (kos bayaran pertama) kalau nak jimat anda cari free shipping RM0.00 jadi tak perlu bayar penghantaran pertama. Bayaran ke dua kos ke alamat kita.


Ship for me pula ialah anda perlu register dengan SGshop dan E-commerce yang lain. Anda perlu deal sendiri dengan supplier untuk beli barang. Ini juga dua pembayaran, pembayaran pertama anda perlu bayar direct dengan supplier dan pembayaran ke dua dengan SGshop.






Ini zira bagi contoh gambar pertama anda perlu buat pembayaran pertama makanan kucing tu domestic shipping rm3.34 dan gambar ke dua domestic shipping RM0 jadi ia lebih jimat.




Selain itu, terdapat juga logo Smartshop, Jika anda pilih logo smartshop ia dah termasuk shipping cost jadi tak perlu bayar dua kali hanya perlu buat bayaran ke dua saja. Ia lebih kurang domestic RM0 tak perlu bayar cost pertama tapi nak cari logo smartshop ni susah sikit kena teliti.


Cara Jimat Wang, Hanya Beli Barang Dari China Di SGShop 


Ramai yang cari barang murah tapi berkualiti, bukan saja jimat malah berbaloi. Zira nak kongsikan dengan anda cara shopping di SGshop.




Pertama anda perlu buka website sgshop iaitu www.sgshoop.com.my dan register dahulu sebelum shopping. Kemudian akan keluar maklumat yang di perlukan seperti username, email, password dan number phone anda juga perlu klik button check box accept term and condition untuk dapatkan validation code. Anda boleh register mana-mana sahaja sama ada dekat komputer atau handphone.




Selepas selesai register anda sudah boleh shopping dan borong barang dari SGshop dengan segera. Anda boleh mula cari barang



Di sini anda boleh tengok username, point, balance duit kita ada berapa dan reward dari sgshop. Bestkan shopping pun dapat reward.



Jika anda sudah tahu nak beli apa, boleh search button yang ada di ruang "please enter keyword or produk URL" boleh types website barang yang anda nak atau copy paste link website Taobao atau Tmall tapi kalau nak survey harga boleh klik category, contoh nak cari baju klik women's fashion akan keluar semua harga dan baju yang anda nak.


Buat Pilihan Barang


Selepas anda pilih barang tersebut, anda perlu buat pilihan barang. Anda boleh pilih design, saiz, warna, kuantiti barang, kalau nak tambah apa-apa dekat supplier boleh type dekat remark.




Contoh, anda pilih seluar di sini terdapat pilihan untuk anda.

  • Pilihan saiz
  • Pilihan warna tapi yang ini ada satu warna sahaja. 
  • Kuantili nak borong berapa 1,2,10,20 pun boleh 
  • Tulis remark kalau nak tinggalkan note untuk supplier. 
Bila sudah buat pilihan yang tepat, anda boleh klik button "Add To Card". Kalau nak shopping lagi boleh klik seperti cari iaitu category tapi jika dah siap shopping boleh klik "My Chart" di bahagian kanan atas dan klik "View Chart" di situ anda boleh tengok barang yang anda sudah beli. 

Di situ juga anda boleh tau Jumlah yang anda perlu bayar. Kemudian klik "Next" sampai jumpa button "Pay Order".

Buat Pembayaran Pertama. 

Untuk bayaran pertama anda perlu buat bayaran harga barang dan cost domestic ke werehouse SGshop. Pembayaran pertama iaitu harga barang dan  domestic shopping (jika ada).


Dekat sini anda boleh pilih pembayaran yang anda nak. Pilih sama ada nak guna:-
  • Account balance : boleh topup atau withdraw guna Atm transfer atau Online banking. 
  • Visa Mastercard : ada transection fee, 2.35% atau Rm0.50 yang mana lebih tinggi. 
  • FPX : ada transection fee RM2.00.
  • Online Banking: ada transection fee 2.35% atau Rm0.80 
Bila sudah pilih jenis bayaran, klik button "Next" dan anda akan ke page pembayaran. Apabila sudah buat bayaran anda akan dapat notifications melalui email dan SMS. Setiap kali barang sampai ke werehouse SGshop anda akan dapat notifications melalui email dan sms. Dengan cara ini kita akan lega dan tahu barang kita berada di mana. Jika anda pilih barang tersebut mahal dan perap dekat add2-3 hari baru buat bayaran, tiba-tiba supplier bagi harga baru turunkan barang. 

Jadi, SGshop akan ikut harga baru dan refund duit kita di akaun dalam bentuk kredit. Ada juga barang naik, sama seperti tadi yang ini sgshop akan beri notification problematic order untuk anda buat pilihan sama ada nak refund atau proseed order. 

Ada kes, zira punya lah lama pilih barang dan survey juga harga bila nak buat bayaran SGshop bagitau "Out Of Stock" kalau yang ni SGshop terus refund dalam bentuk kredit. Jika anda nak tau barang apa yang dah sampai ke werehouse SGshop, anda boleh klik "Member - My Order" di situ mereka akan update barang kita. 

Order My Status
Kalau ada order status yang kurang faham, anda boleh rujuk  dekat sini - Order Status Shop. Jika nak tengok barang yang sudah sampai ke werehouse anda boleh klik "Member-My Order-Arrived China Werehouse". 

Buat Bayaran kedua
Dalam 1 hingga 5 hari, kesemua bayaran barang yang anda pilih akan di hantar dan di kumpulkan di werehouse sgshop. Kesemua barang akan di perisa supaya tiada kerosakan. 

Bila kesemua barang sudah sampai di werehouse anda boleh klik "Submit Delivery" masa ni anda perlu buat pembayaran ke dua. Bayaran ke dua termasuk International shipping fee, service charge dan clearance fee untuk pihak sgshop. 

Kemudian, anda akan ke page seterusnya, di situ anda boleh check betul-betul barang cukup ke tak. Untuk dapatkan barang tersebut anda perlu letak alamat di Malaysia dan pilih shipping yang anda suka yang paling murah Sea shipping tapi lambat sikit sampai. Apabila sudah confirm klik button next. 

Antara shipping yang anda boleh pilih ialah:-
  1. Express Air
  2. Economy Air
  3. Special Air
  4. Sea Shipping 


Gambar di atas ialah harga dan masa penghantaran. Jika anda pilih Air penghantaran lebih cepat tapi agak mahal. bila anda tekan shipping method akan keluar berapa jumlah yang anda perlu bayar termasuk kos shipping. Bila scroll ke bawah sikit akan keluar amount payable ini adalah jumlah yang anda perlu bayar. Untuk pembayaran kedua anda boleh tengok je jumlahnya tak perlu kira sebab diaorang dah kira siap-siap. 

Pembayaran kedua: International shipping fee + service charge + clearance fee 


Bila dah selesai buat pembayaran, anda boleh rileks dan tunggu barang korang sampai dalam 3 minggu hingga sebulan juga masa yang di ambil, sebab pihak werehouse SgShop nak pastikan barang yang kita order akan sampai dalam keadaan baik. Waktu ini, dalam sehari barang-barang korang akan di'repack' untuk dihantar ke Malaysia. Kalau nak tengok status atau checj traking, anda boleh pergi ke Member - My Order - My Collection.




Bila dah selesai semua, anda boleh tengok status supaya kita tau barang kita berada di mana. Untuk pengetahuan semua Sgshop ada buat promosi 1111 treasurehunt nampak bestkan. Shopping pun ada aktiviti treasurehunt, menarik sangat. 






Aktiviti ini, macam mencari harta karun, tapi ada kelainan tersendiri ada tarikh tertentu yang anda akan dapat bila shopping mengikut tarikh yang di tetapkan. Contoh seperti 2 Nov-10 Nov Sgreward share. nak tahu lebih lanjut boleh klik je website tersebut. Zira dah shopping barang dekat SGshop memang berbaloi sangat nak tau apa yang zira beli boleh ke akaun youtube "iuzira" jangan lupa set tarikh untuk shopping.




6 comments:

  1. suka jugak beli kat sgshop! murah dan kualiti okayyy sangat!

    ReplyDelete
  2. Mudah jugak membeli di SGShop ni. Selalu tertanya macam mana lah nak beli barang dari SGShop ni. Terima kasih diatas perkongsian ini :)

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  3. best kan shopping sini...kalau dulu macam susah sikit sbb susah nak cari yg writing in English...skrg mudah dan lebih simplified...tak susah nak buat pilihan...susah nk byr je sbb xde duit...kahkah!

    ReplyDelete
  4. nak kena baca betul- betul sebelum shopping.. thank you Zira untuk tips ni...

    ReplyDelete
  5. Pernha juga shopping di sgshop ni. Barang banyak cantik dan murah kan. Lama tak terjah

    ReplyDelete
  6. Tutorial penuh ni. Selalu guna Shopee je.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.