Header Ads

BioPearl Spa Muslimah Di Setia Alam

BioPearl Spa Muslimah Di Setia Alam, Sekarang lambakan produk yang kita kurang tahu bahan-bahannya boleh menyebabkan masalah pada wajah, tak macam dulu kurang produk kecantikan dan kita kurang pendedahan dengan media sosial tetapi dengan perkembangan teknologi kita juga boleh tahu produk apa yang sesuai dengan kulit muka.

Jika anda rasa tak sesuai produk kecantikan tersebut dengan muka, lebih baik berhenti sebab kita taknak muka jadi breakout teruk, nak atasi masalah kulit muka ni bukan mudah. Ambil masa yang lama untuk pulih, dan perlu sedikit pantang agar cepat sembuh. Bila ada masalah muka ni kadang kita hilang keyakinan.



Semua orang ada masalah kulit muka cuma teruk atau tak je. Okey, bagi muka Zira ni ada masalah bekas jerawat  jerawat, permentation, sedikit garisan halus, tona tak sekata, mata panda dan kalau tak rawat dengan cepat boleh timbul jeragat. Eh, tiba-tiba banyak pula masalah kulit. Zira juga ada masalah kulit berminyak. Jadi untuk kurangkan beberapa masalah sabtu lepas 11.11.2018 hari single's day buat rawatan dekat Spa.

Memang best buat rawatan, sekali sekala orang belai muka kita, syok juga kita hanya tada muka je tapi bila rawatan whitehead,memang mengucap panjang. "subahanaullahhh..." depa buang whitehead sampai habis tapi kena tahan la sakit sampai tak terkata. Memang dah boleh bayangkan hidung macam badut sarkes merah sebab buang whitehead. Betul la orang cakap "cantik itu sakit".



Bila rawatan pembersihan muka selesai, mereka mula buat treatment, ini yang di tunggu-tunggu. Zira ada buat treatment iaitu "Deep Clensing Facial" rawatan ini mereka akan cuci muka sampai bersih ke dalam kulit anda. Apa yang bagusnya bila buat rawatan dekat Spa ni ialah segala barang untuk treatment adalah lengkap sebab tu kita di galakkn buat rawatan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Selepas rawatan deep cleansing facial selesai, rawatan seterusnya "Oxygen + Facial" rawatan ini mereka akan masukkan oxygen ke dalam kulit, kenapa kita perlu masukkan oxygen kerana kulit wanita yang sering terdedah dengan cahaya matahari dan cuaca tidak menentu boleh menyebabkan kulit kusam, kulit kering dan kulit berminyak dan akhirnya muncul jerawat dan jeragat singgah di muka anda.



kawasan bersih dan selesa

Rawatan oxygen adalah salah satu cara mencegah dari ia muncul. Proses ini tidak sakit tapi masa proses memasukkan oxygen zira baru sedar bila oxygen terkena leher rasa geli. Ya Allah, punya nak tahan geli terpaksa cubit diri sendiri risau pula kalau tergelak besar mesti staf tu terkejut.

Untuk mempercepatkan proses ini direct masuk oxygen ke dalam kulit di lakukan caranya tembak masuk oxygen, kulit kita juga perlukan makanan tambahan untuk kekal sihat dan cantik. Ini adalah treatment paling hot dekat BioPearl. Proses ini tidak terlalu memakan masa yang lama. Terdapat juga promo pada bulan ini antaranya :-
  1. Oxygen + facial (rm180.00 promo rm123.00)
  2. Deep cleansing facial (rm49.00) 
  3. Double mask iaitu moisturising + Whitening facial (rm99.00)
  4. Body massage (Rm79.00)
  5. Dan banyak lagi promo untuk bulan ini
Jika anda tak pasti nak pilih treatment apa, anda boleh pilih rawatan mengikut masalah kulit anda. 

Skin tag, oil cyst and Acne 
  • Membersihkan pori-pori 
  • Membuang kutil
  • Membuang gumpalan minyak di bawah lapisan kulit
  • Merawat jerawat 
Oxyfusion
  • Membuatkan kulit sihat, segar dan bertenaga 
  • Membantu merangsang mengeluarkan kolegen dan pertumbuhan elastin
  • Kulit kelihatan cerah 
Vacubration
  • Membantu membuang sel-sel kulit mati yang degil
  • Merangsang pengeluarannya kolegen dan sel kulit baru 
  • Memberi pencerahan pada kulit
  • Kulit kelihatan berseri dan glowing 
GlamGlow (Micro Needle) 
  • Membantu penyerapan produk jauh lebih ke dalam
  • Memasukkan kolegen ke kulit
  • Membuat kulit cerah berseri 
  • Mengecilkan pori-pori
RF/SRF (Wellbox) 
  • Untuk menegang dan membentuk shape muka
  • Mengurangkan sembab mata
  • Melancarkan perjalanan darah


Bagi mereka yang mempunyai masalah skin tag juga, anda boleh buat rawatan di sini. Skin tag ini ialah merawat biji di muka seperti di bawah mata. Rawatan ini adalah untuk menghilangkan biji yang tumbuk jelas di muka supaya muka kelihatan bersih dan flawless. Rawatan ini juga untuk menghilangkan biji-biji kecil di wajah anda.

Selain itu, mereka juga ia juga dapat membuang whitehead, blackhead dan mampu menegangkan kulit muka. Rawatan di sini bukan sahaja ada treatment wajah tapi mereka ada services potong rambut, seperti potong straight, layer, dan cuci rambut. Perkakas untuk dandannan rambut pun lengkap tapi mereka buat service basic sahaja, kalau nak rebonding takde dekat sini. Service memang tiotop zira rasa nak potong rambut tapi sayang pula rambut pun dah pendek nak tunggu panjang bukan main lama lagi.



Service ini untuk perempuan je okey, jadi aurat terpelihara sikit bila kita ambil service dekat sini. Tempat pun selesa pekerja mereka layan elok je jadi selesa bila datang sini. Untuk pengetahuan semua BioPearl Spa Muslimah ada 3 cawangan sahaja, satu di Setia Alam dan lagi dua di Bangi. Mereka menggunakan produk sendiri untuk rawatan di Spa, Jika anda ingin dapatkannya boleh datang di Spa atau Boleh beli online dari HQ sahaja sebab tiada di kedai kosmetik atau di pasaraya. Mereka juga banyak produk antaranya pelembap, scrub, pencuci muka dan banyak lagi.

Terima kasih kepada staf BioPearl Muslimah, layanan pun okey tak kasar. Jika anda ingin buat rawatan di sini anda boleh buat appoiment atau walkin terus. ia berdekatan MK Fatimah kedai makan selang dua kedai dah boleh nampak Spa ni. ramai juga pelanggan tetap mereka yang datang. Untuk maklimat lanjut anda boleh hubungi info di bawah:-

Waktu operasi adalah seperti berikut:


Isnin - Jumaat : 10.00 am - 7.00 pm

Sabtu : 9am - 4pm
Ahad : 9am - 6pm


Alamat : SPA BIOPEARL:
No.29-1-1, Jalan Setia Prima A, U13/A 
Setia Alam 40170, Selangor .


Whatspp l 60182168548


6 comments:

  1. Teringin gak nak gi spa.. Nak dapatkan rawatan masalah kulit berjerawat ni..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang ade satu persepsi kalau org melayu bukak spa...sbb pernah terkena spa tak berjaga lg...tp Biopearl ni nmpk kemas dan up to date!

    ReplyDelete
  3. setakat ni tak pernah buat apa-apa rawatan wajah di spa.. teringin juga sebenarnya. tapi kenalah cari betul-betul,kan. takut tersalah pilih, muka ada masalah pula...

    ReplyDelete
  4. Memang ok kalau ada spa for muslimah, more relax.

    ReplyDelete
  5. Best ni rawat-rawat wajah, jerawat pun blh lenyap haha

    ReplyDelete
  6. Menariklah spa ni. suasana pun best dan harga sangat berpatuttan.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.