Kempen Potongan Gaji Zakat (SKIM THOHIR 2018)
Kempen Potongan Gaji
Zakat (SKIM THOHIR 2018), Semua orang tau zakat
ini perkara wajib bagi orang islam, ia adalah salah satu rukun Islam. Untuk
memudahkan kita berzakat banyak kempen di lancarkan salah satu adalah Kempen
jom berzakat. Selain itu anda boleh lakukannya dengan buat potongan gaji jadi
tak perlu risau jika terlupa atau apabila anda sibuk kerana anda sudah membayar
zakat melalui potongan gaji.
Kempen ini telah di lancarkan oleh Pusat
Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) yang berlangsung selama 4 bulan mulai
1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Bagi yang masih tidak tahu, kempen ini
merupakan tahun ketiga di laksanakan. Ramai majikan yang mengambil peluang
untuk mendaftarkan pekerja mereka dalam kempen potongan gaji zakat tidak kira
syarikat swasta dan kerajaan, sambutan juga menggalakkan ketika itu.
Jika anda sertai kempen ini bukan sahaja dapat tunaikan zakat dengan segera, malah dapat berpeluang menangi pakej umrah dan pakej percutian lain seperti Beijing, Bangkok, Medan, Pekan Baru dan Jakarta. Percutian ini ditaja khas oleh Five Estec Travel Services Sdn Bhd. Kalau Zira memang memang seronok sebab bercuti orang yang taja, kita cuma laksanakan tanggujawab bayar zakat melalui potongan gaji je. Para pemenang kempen bakal di umumkan sewaktu karnival zakat pada bulan Desember akan datang.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMASUKI KEMPEN INI?
1.
Mereka
yang baru menunaikan zakat secara potongan gaji iaitu kali pertama mengisi
borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji.
2.
Mereka
yang membuat tambahan potongan ke atas potongan zakat sedia ada.
CARA SERTAI KEMPEN INI
Jika anda berminat sertai kempen ini, Ia sangat senang anda boleh pilih kaedah di bawah berdasarkan kesesuaian tuan/puan.
- Permohonan Online: www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
- Kaunter-kaunter PPZ.
- Hantar borang yg lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my
- Hubungi talian zakat 1-300-88-5757
Kempen pelancaran Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.
Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.
Seiring pelancaran kempen
Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa
syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini
disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi
mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,
manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP.
Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan
seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh
kempen berlangsung. Jika anda tidak mahu lepaskan peluang menjadi salah seorang
pemenang anda perlu bertindak sekarang, mana tahu dapat pakej umrah atau hadiah
tajaan yang lain. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi wakil PPZ-MAIWP.
Nur Hasliza Abd Rahman
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
012-5000 3547
Norazlina Mohd Nordin
Penolong Pengurus
Unit Komunikasi Korporat
019-728 3839
Nur Hasliza Abd Rahman
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
012-5000 3547
Norazlina Mohd Nordin
Penolong Pengurus
Unit Komunikasi Korporat
019-728 3839
Thk u for sharing
ReplyDeleteThk u for sharing
ReplyDeleteWahh menarik contest tu..sambil erzakat boleh menang hadiah..skrg dah ada zakat online ni..xpayah sibuk2 ke kauter dah kan
ReplyDeleteOh bagus jugak lah buat potongan zakat macam ni.. Siap ada peluang menang hadiah best tu
ReplyDeleteEh bestnya cmni. Sambil dftr utk konsisten bayar zakat tiap bulan, sambil ada peluang menang hadiah 😍
ReplyDeleteBagus sekarang ni kan. Dah dipermudahkan dalam urusan pembauaran zakat. Bila boleh keluarkan zakat, wajib bayar kan. Dapat tunaikan kewajipan tanggungjawab tu.
ReplyDeleteThis is a good move to collect zakat, therefore every month is soecial/
ReplyDeletekalau ada hebahan macam ni lah buat orang mula sedar betapa perlunya ber zakat..
ReplyDelete
ReplyDeleteAs indicated by Al-Hajj Talib 'Abdur-Rashid, imam of the Mosque of the Islamic Brotherhood in Harlem "the idea of jihad is a lovely one that has nothing to do with forceful fighting." Fasting Rules