Header Ads

Munafik 2

Munafik 2, ramai yang kata cerita ini best ia mengisahkan sebuah filem seram Malaysia 2018 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan filem munafik yang di tayangkan pada 2016.ia di bintangi oleh Syamsul sendiri sebagai ustaz Adam, dan pelakon lain ialah Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bill Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia Weni Panca.


Zira tak minat cerita seram tapi ramai yang update kata best ni yang teringin nak tengok tapi kena ada yang sudi teman tengok wayang, penakut nak tengok cerita seram memang tak tau cerita lah sebab tutup mata. Apa yang zira tau sinopsis cerita munafik ini ialah selepas 2 tahun cerita munafik kehidupan ustaz Adam kembali tenang selepas di hantu oleh kematian isteri dan anaknya. Ustaz Adam menjadi pendakwah bebas membantu mereka yang memerlukan pertolongannya yang terkena gangguan Jin.

Namun begitu, ustaz Adam sentiasa dihantui dengan imbasan kisah silam Maria, Adam juga sering di datangi wanita misteri yang mempersoalkan keimanan dan ketakdir than. Dalam masa sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (maya Karin) dan anak perempuannya Aini.


Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mempunyai penyakit misteri, kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya di tambah pula dia dan anaknya beberapa kali di ganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang di hadapi ya adalah berpunca dari Abu Jar (Nasir Bill Khan) seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan di geruni penduduk kampung.



Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar. Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa saja yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa yang berlaku kepada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Ha.. , kalau nak tau cerita selanjutnya kena tengok dekat wayang. Bila dah baca sinopsis rasa nak tau sangat apa yang terjadi dekat Ustaz Adam dengan keluarga Sakinah. Zira tak pasti ia di tayangkan sampai berapa hari bulan, rasa macam sing kat je kan tayangan cerita Munafik 2 dekat wayang. Ada ke yang tak tengok lagi? ke zira sorang je.

3 comments:

  1. TB lum tengok lagi zira.. ada la tengok preview masa menonton citer hantu kak limah ritu.. seram jugak kalau tengok kat panggung wayang zebab suasana gelap dan speaker yang kuat tu kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dr cerita kwn2, filem ni best. Tp xd peluang lg nk pegi tgk

    ReplyDelete
  3. I pun baca banyak review positive about this movie, if have time i will watch it also.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.