Header Ads

Pos Laju Versi Pejabat Pos Laju

Pos laju versi pejabat pos laju, bila tengok tajuk tentu ramai yang keliru sebab ada sesetengah orang anggap ia sama macam zira dulu. Pos laju tak sama dengan pejabat pos. 

Bila terjadi dekat diri sendiri baru kau tau apa bezanya dan mungkin ada yang tak tau langsung, nak di jadikan cerita sebelum ini zira ada order barang boleh di katakan awal bulan Julai juga, dan apa-apa barang yang zira order pasti akan target barang tu sampai berapa hari bulan, bila masuk bulan Ogos masih tak sampai. 



Mula risau sebab barang tak sampai lagi, bila check ada di POS LAJU Klang, lama juga barang dekat sana. Pada 30 Julai kebetulan dapat balik awal jadi zira singgah pos laju klang dengan harapan dapat ambil barang dengan segera sebab nak masuk 3 minggu tak sampai.

Jadi sampai sana try pergi pejabat pos laju mungkin ada di sana, untuk pengetahuan anda ini kali ke dua pergi pos laju klang sebab masa mula-mula pergi pos laju dah tutup, sedih sangat terpaksa redah jem semasa-mata nak ambil barang.



Bila kali ke dua pergi katanya barang dekat Pos laju kapar, lagilah kita geram sebab dekat sistem tak di update langsung barang dekat mana. Bila tengok facebook ramai juga yang complain sebab barang tak sampai ada yang dekat 4 minggu itu dah masuk sebulan ada juga barang hilang di Pos laju.

Pekerja pos laju kena juga jaga pelanggan update barang dah sampai mana. Masih tak puas hati barang tak dapat, pada 1 Ogos bila zira pergi Kapar dekat dengan Balai Polis katanya barang dekat Pos laju Kapar.


Sumber google Pejabat Pos Laju Klang 

Anda tau zira jenis yang sentiasa check number tracking, bila check barang dekat pos laju klang. Pos laju ni buat kita keliru tak update betul-betul. Zira pergi pejabat pos laju kapar waktu rehat memang tak sempat makan, dah la memang tengah lapar jadi terpaksa makan dekat kereta.

Masa tu beli mee rosak, mesti korang pelik macam mana makan mee rosak dalam kereta, di sebabkan lapar yakmat hantar sajalah makan janji kenyang lepas tu baru singgah surau solat itu pun dekat pukul 1.45 petang  masuk kerja pukul 2.00 petang. 


Sumber google Pos Laju Klang 

Kemudian, hati masih tak puas hati sebab barang tak dapat-dapat pergi pos laju klang kata dekat kapar, pergi kapar kata dekat pos laju kapar tapi dekat sistem Pos laju klang. Haa, pening tak baca belit-belitkan, zira sendiri confius.


Sumber google, Pejabat Pos Laju Kapar 

Masuk je ofis terus google lokasi POS LAJU KAPAR dekat dengan Aman Perdana, untuk pengetahuan semua rupanya Pos laju Klang berdekatan KTM dah pindah kapar jadi dekat sistem tetap pos laju klang tapi sebenarnya ia pos laju Kapar, itu yang membuatkan kita tak tahu di mana lokasi sebenar.

Kalau anda masih tak dapat barang dan ia masih berada di pos laju klang, jadi boleh pick di Pos laju Kapar kalau tunggu memang tak kan dapat sebab tak tau bila abang posmen nak hantar barang depan rumah kita. Alhamdulillah, nak balik je rumah singgah Pos laju kapar, biasa tutup pukul 6 petang jadi sempat nak singgah sana akhirnya setelah tunggu dekat 3 minggu dapat barang.


Pos Laju Kapar, di Klang telah berpindah ke Kapar tetapi di sistem pos laju Klang 

Bagi sesiapa yang ada masalah sama boleh terus pergi pickup sendiri dekat sana, lagi cepat dapat barang okey, kepada yang tak tahu lokasi zira ada share alamat senang anda nak waze atau google map, ia masih baru jadi tak ramai tau.

Pejabat pos laju klang 
Alamat : 41670, Jalan Stesen, kawasan 1, 41000 Klang, Selangor 
Tutup : 5.30 pm
No tel : 03-3371 5555 

Pos Laju Klang
Alamat : 44, Jalan Raya Timur, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor 
Tutup : 7.00 pm
No tel : 03-3371 1031

Pejabat Pos Laju Kapar
Alamat : Jkr1092, Jalan Besar, Taman Kapar, 42200 Klang, Selangor 
Tutup : 5.30 pm
No tel : 03-3250 8854

Pos Laju Kapar
Alamat : Pos Laju 6, jalan pelaburan, sungai Kapar indah industrial park, 42200 Kapar, Selangor
Tutup : 6.00 pm
No tel : 019-219 4514

19 comments:

  1. Allah.. Pening juga ye... Makin serabut pula Pos Laju sekarang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saya pening banyak kali pergi pejabat pos nak ambil brg tapi tak dpt2

      Delete
  2. Memang kena byk bersabar kalau melibatkan pos laju ni kan..
    Info yg bagus utk dikongsi ni bg mane2 yg tak taw lagi sal ni

    ReplyDelete
  3. Dulu masa mula2 bisnes wawa confuse poslaju dgn pejabat pos... Tp skrg servis poslaju pon xbrpe cekap mcm dlu kan.m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,sepatutnya di update brg kat mana senang nak tau

      Delete
  4. huru hara la kan klu barang x smapai..lagi2 byk sgt pos laju dan pejabat pos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa huru hara, nasib dekat dgn ofis pos laju ni

      Delete
  5. huish pening kepala..apala diaorang ni tak update sistem..ingat nak kesana senang ke..aiyakk..

    ReplyDelete
  6. Akak baca pun jadi pening sebab diorang tak update memang susahkan kita lah kan. Nak ke sana sini. Buang masa lagi

    ReplyDelete
  7. Now only i know the differences, its kind of hard to deal with them nowadays. My parcels sometimes missing or delayed.

    ReplyDelete
  8. huhuhu.. baca sampai abes.. migrain pulak tengok berpusing2 berulang alik.. jenuh nak tenpuh jammed lagi.. fuh complicated betul nak amik barang kat poslaju punya pasal yea.. TB pun selalu jadi camtu.. tapi hubby la jadi mangsa pi collect barang..

    ReplyDelete
  9. Adoi mesyi stress time tu kan. Hehe. Btw, saya pun baru tahu pasal pos laju dan pejabat pos laju bila baca tulisan ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, susah dekat klang pun di tulis pos laju klang itu yang kadang confius

      Delete
  10. Baca zira tulis ni pun naik pening zira. Haha.. Rupanya dh berpindah tempat. Tapi pakai nama tmpt lama ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 pun pening bila dah faham OK sikit

      Delete
  11. Konpius la...yang ambil brg tu dkt pos area pekan kapar atau yang dekat sungai kapar indah..huhu...sila bagi pencerahan..konpiushh niy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan kapar pun boleh tapi kena tengok tracking number kalau dia tulis cawangan pos laju kapar pekan kapar. Tapi kalau di tulis dekat pos laju klang Ambil dekat area sungai Kapar indah dekat dgn aman perdana

      Delete
  12. alamat dkat website poslaju dah update jd Kawasan Perindustrian Sungai Puloh..

    POS LAJU KLANG
    No.4, Jalan Pelaburan 6/KU6,
    Kawasan Perindustrian Sungai Puloh,
    42100 Klang, Selangor
    Tel: 03-32905092
    Tel: 03-32905467
    OPERATION DAY:
    Posting Hour:
    Monday - Friday: 8.30 pm - 7.00 pm
    Saturday: 8.30 am - 3.00 pm
    First Saturday & Sunday: Closed

    ReplyDelete
  13. dugaan dan cabaran betul lah di musim covid-19 ni tambah pula dibulan puasa.aku pergi ke pejabat pos beratur panjang hampir 3jam berdiri nk amik brg kalah perhimpunan sekolah last2 dia bagitahu brg aku kena ambil dekat pos laju,penyudahnya satu hari aku buang masa dekat pejabat pos laju ni..apalah nasibku ini haishh

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.