Header Ads

Cara Bakar Kalori

Cara Bakar Kalori. Lepas raya ni mesti ramai yang tak jaga makan, mestilah dah orang hidang makan sedap-sedap tak kan ambil bau je macam cerita P-Ramli kan tak kenyanglah perut macam tu. Perut pun dah mula bising kalau tak di isi.


Kalau anda tak tau macam mana nak bakar kolori yang semakin bertambah dalam badan kita ni, boleh rujuk gambar. Senang je rupanya nak bakar kalori cuma nak buat atau tak je, kadang kita tak ada masa nak buat sebab banyak sangat kerja kena buat.

Bila tengok rendang  ayam, ketupat, dodol rasa nak makan semua je kan walaupun kita tau itu semua ada kalori. Susah tau nak kawal nafsu bila makanan sedap-sedap terhidang depan mata.


Masa Inilah nak makan banyak sebab free kalau hari biasa susah nak jumpa orang jual ketupat, rendang, kuah kacang semua ni. Sebenarnya tak perlu ambil masa yang lama nak bakar kalori cukup 10-20 minit.


Cara bakar kalori ialah dengan keluarkan peluh, tak susah pun nak keluarkan peluh tapi tak perlulah jogging dekat ofis dan aircornd atas kepala tak keluar peluh. Ia cuma dapat regangkan otot kalau macam tu.

Boleh rujuk gambar-gambar yang zira share untuk bakar kolori selepas kita dah melantak pelbagai makanan ketika hari raya. Sekarang pun masih hari raya banyak pula open house makin banyak lah kalori kalau kita tak bakar. Apa lagi ikut tip yang zira share ni.


Kalau korang rasa tak mau tambah kalori tapi ada jemputan rumah terbuka. Korang jangan cakap tengah tengah diet mesti akan ada yang cakap tak yah la diet, dah kurus. Kita nak diet bukan sahaja untuk kurus tapi untuk kesihatan kita juga jadi jawab lah ada hal atau tak free masa tu dan jawab elok-elok.

3 comments:

  1. terbaek.. sedap2 ni susah kalau x makan. hehe

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. bagusnya entri ni.. macam tau2 je Tab pun tengah nak diet n try to bakar kalori hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau fikir kalori mmg takut nak makan, tapi bila fikir sedap terus hadap je..hahahaha..tak nak diettttt tak nak!

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.