Header Ads

Bisnes Yang Saya Ingin Mulakan

Bisnes yang saya ingin mulakan, walaupun zira dah mula bisnes ni sejak ia dilancarkan lagi tapi masih perlu banyak belajar. Bisnes ni kita perlu tau apa yang diri kita inginkan yang paling penting apa bisnes yang kita ingin mulakan.

Dari situ kita boleh tau apa matlamat yang kita perlu buat, bukan setakat target je malah perlu tau ciri-ciri produk, kesan, packaging, minat dan lain-lain. Banyak sebenarnya kita perlu tau tentang bisnes ini.

Sumber google 

Bisnes ni banyak kategori, jika anda minat bisnes perlu tau kategori apa yang anda minat dari situ kita tak akan bosan untuk teroka bidang bisnes, makin nak tau macam mana kembangkan bisnes tau. Antara kategorinya ialah :-

1. Perkhidmatan
2. Produk

Macam zira bisnes yang tengah buat sekarang ialah produk, walaupun sekadar agent tapi kena tau kesan kepada pengguna bagus ke tidak baru kita rasa yakin nak jual kepada orang ramai. Bila kita minat sesuatu produk baru seronok nak cerita dekat orang lain.

Macam kakak zira pula buat bisnes service iaitu buat pelamin jadi dia cuma perlu tau jenis design yang pelanggan inginkan  dan apa design yang trend yang orang ramai suka supaya mereka puas hati dengan service kita. Bagi yang ingin mulakan bisnes anda perlu tahu beberapa benda iaitu :-

1. Sentiasa cari peluang

Cuba lihat diri kita apa yang kita mampu lakukan, kalau kita gemar design cuba cari peluang tawarkan reka bentuk logo kepada syarikat lain. Selain itu, jika anda rasa imeginasi anda luas anda boleh terbitkan buku atau karang cerita dan hantar soft copy kepada penerbit buku.

2. Senaraikan nama yang anda kenal

Mulakan berjumpa mereka yang anda kenal, jumpa setiap hari dan cerita sedikit sebanyak tentang bisnes anda kepada mereka supaya mereka tau anda buat bisnes.

3. Belajar dari bawah

Kadang kita mesti terfikir nak mulakan bisnes tapi tak ada modal. Anda jangan risau, mulakan sahaja mengikut kebolahan anda dengan promot barang orang jadi agent atau dropship. Ramai yang sebenarnya boleh promot produk atau services cuma masalahnya tak yakin

Macam zira memang tak yakin boleh promot barang, sebab takde ilmu marketing dan tak berapa tau cara-cara follow up walaupun dah macam-macam orang tunjuk masih tak berjaya. Kadang rasa down pun ada sebab banyak pesaing, tapi kita kadang lupa rezeki Allah yang turunkan.

Bila dah rasa yakin, mesti rasa semangat nak promot dan lebih yakin lagi dengan keberkesanan produk yang kita jual. Rasa seronok nak cerita dengan orang ramai, apa kelebihannya jika kita amalkan produk ini.

Orang kata SEO penting untuk kita jual produk, tapi zira masih lemah bab ini dan masih tak faham. Macam mana nak tingkatkan SEO biasa kalau SEO paling atas berapa ramai yang contact kita? Selalu tertanya-tanya tengok orang berjaya dalam bisnes sebab SEO yang teratas tapi zira masih belum berjaya pun.

Bila tengok website The usahawan  ada contest hadiah di tawarkan basic SEO, rasa seronok sangat tapi ia untuk pemenang pertama sahaja. Jadi, bertuah siapa yang terpilih tu. Dengar kata nak belajar SEO ini agak mahal juga.

Bagi yang ingin teroka lagi tentang bisnes boleh follow the usahawan  rapat-rapat terdapat macam-macam teknik untuk maju dan berjaya dalam bisnes, ada juga di kongsikan tentang peluang perniagaan francais dengan modal rendah, strategi pemasaran power, Cara mulakan perniagaan keropok lekor dan bermacam-macam lagi. 

Jadi anda tak akan rugi jika ikut tips dan follow website ini, untuk kembangkan bisnes dan mulakan bisnes yang anda rasa tak pasti. Boleh juga tanya mereka jika ada apa-apa soalan. Selamat maju jaya. 

10 comments:

  1. Betul... Nak berjaya dalam bisnes memang kena belajar dan terus belajar.
    InsyaAllah semoga berjaya zira..

    ReplyDelete
  2. terbaek.. semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  3. Sebelum mulakan sesuatu kena ada perancangan dahulu. Tak boleh main redah je jika nak kejayaan yang berterusan :)

    ReplyDelete
  4. seronok tengok orang berkecimpung dalam bisness ni..kami pun minat bisness tp tak usaha sungguh2..malas..semoga bisness iuzira maju jaya..nanti kami boleh masuk the usahawan tu

    ReplyDelete
  5. Zaza pun kadangk rasa down.. Ada la jgk buat dropship skg ni.. Bab marketing pun zaza tak berapa reti jgk.. Mmg nk kena bljr bnda2 tu semua..xpelah, doakan semoga hazirah pun suksess

    ReplyDelete
  6. Sempat lagi ke kalau akak nak join.. hihi

    ReplyDelete
  7. Shad agree dengan part belajar dari bawah tu.. Tengok org berjaya, nampak mudah tapi kita tak tau dia pun mula dengan satu langkah yg pertama.

    ReplyDelete
  8. banyak ilmu perlu ditimba sebelum memulakan sesuatu bisnes dan paling penting kena ada minat dengan apa jua bisnes yamg ingin diceburi..

    ReplyDelete
  9. Saya juga nak belajar macam mana nak tingkatkan SEO, harap harap dapat pencerahan.

    ReplyDelete
  10. Trime kasih, Iuzira kerana join contest kami. Bagi rakan blogger yang lain, join skali jom. Matlumat contest ble dpt di sini:
    https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.