Header Ads

Tempahan Online Homestay Tanah Rata Cameron Highlands Pahang

Tempahan Online Homestay Tanah Rata Cameron Highlands Pahang, Bila musin cuti sekolah mesti ramai yang nak pergi bercuti, ibu bapa siap dah tembah cuti awal sebab nak pergi bercuti bersama keluarga. Cameron Highlands juga antara menjadi tumpuan tempat bercuti rakyat Malaysia kerana tempat yang sejuk dan makanan di sana lebih murah dan segar.

Bagi yang nak bercuti pasti ingin mencari tempat tinggal untuk hirup udara segar lebih lama di sana serta rehat sepuas-puasnya setelah penat bekerja. Ingat lagi pertama kali pergi Cameron rasa teruja sangat walaupun muntah-muntah, mana taknya jalan pusing-pusing dengan tak rasa makin pening di buatnya, habis sarapan pagi nasi ayam semua terkeluar balik.


Anda tak perlu risau jika pandu perlahan-lahan pasti semua keadaan baik, mungkin cara pemanduan pemandu masa tu kurang cermat masa tu pun zira tumpang orang nak cakap lebih-lebih nanti kata apa pula. Tapi bercuti dengan keluargalah baling best. Zira suka pergi cameron pun sebab dapat makan strawberry banyak-banyak puas tau dapat makan strawberry ni.


TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

  1. Ladang Tea Boh Sungai Palas
  2. Big Red Strawberry Farm
  3. Pasar malam Cameron Highlands
  4. Fragrance Nursery
  5. Puncak Gunung Brinchang & Mossy Forest
  6. Ladang lebah Eu Feng Gu (bee farm)
  7. Kea Farm
  8. Cactus Point
  9. Kebun Anggur Bertam Velley
Banyak tempat menarik dekat Cameron ni, kalau anda bercuti dekat Cameron bersama keluarga boleh sewe homestay dekat Tanah Rata Cameron Highlands Pahang sewe yang di tawarkan berpatutan dan mudah jika bercuti satu keluarga deposit hanya RM50 jika nak harga murah boleh pergi hari biasa hanya RM150 sahaja 1 malam jika 3 hari 2 malam RM280.

Harga untuk cuti umum adalah 1 malam RM250 dan RM450 untuk 3 hari 2 malam deposit tetap sama RM50. Homestay tersebut memang popular di situ sebab mudah pergi ke tempat menarik di Cameron, bukan itu saja homestay tersebut berdekatan dengan Apartment Royal Lily, Tanah Rata. 


Homestay ini menawarkan penginapan dalam persekitaran bersih dan suasana yang selesa. Serta diawasi kamera litar tertutup jadi anda tak perlu risau, okey. Percutian bersama keluarga dan honeymoon sangat sesuai, jarak nak pergi ke bandar Tanah Rata memang dekat cuma 3 mint je. Fuh, jimat minyakkan tak payah pergi jauh-jauh.

Anda boleh la pergi bank, kedai, hotel, klinik, Marrybrown, dan lain-lain dengan senang hati. Nak pergi tempat-tempat menarik dekat sana pun dekat antara 5-15 minit je. Bilik air homestay tersebut juga di lengkapi dengan heater jadi boleh mandi walaupun suasana sejuk. 



Bersihkan tandasnya, tak ada pun lumut, mesti anda akan mandi lama di bilik air, maklumlah cuaca sejuk seronok mandi air panas sambil cuci rambut. Jangan ada yang tak mandi pergi pasar pagi sudahlah rugi tau tak mandi air panas best.


Bilik ke dua pun besar ,juga di lengkapi sejadah untuk memudahkan anda solat dengan menggunakan sejadah. Untuk bilik ke tidak adalah katil single, seterika juga di sediakan untuk memudahkan penyewa menggosok baju.

Bahagian dapur pula di lengkapi dapur gas, elektrik kettle, periuk nasi elektrik, multi cooker, blander, microwave, peti sejuk, periuk/kuali dan pinggan mangkuk/cawan. Peralatan lengkap dapur memudahkan penyewa menggunakannya jika ingin membuat air panas atau sebagainya. Selain itu terdapat juga mesen basuh dan juga penyidai kain. Untuk info lengkap boleh klik Tanah Rata Cameron Highlands Pahang

Kredit gambar google

1 comment:

  1. Dh lama x ke cameron.memang tercari2 homestay kat sana terutamanya homestay muslim.last time sewa homestay non muslim...agak was2 nk pakai dapur pinggan mangkuk dia.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.