Header Ads

Program Jom Pi Pasar, Bantu Ringankan Orang Kurang Kemampuan

Program Jom Pi Pasar, Bantu Ringankan Orang Kurang Kemampuan. Semua orang akui yang kehidupankinisemakin lama semakinmencabar. Takkisahlah dari segi kewangan ke segi kehidupan. Bagi yang tinggal di Bandar besar seperti Kuala Lumpur, mereka lagi banyak terkesan dengan persekitaran. Semuanya mahal –mahal belaka, tidak standing dengan gaji mereka.


Barangan keperluan asas seperti beras, ayam, ikan, sayur sayuran perlu dibeli setiap hari untuk keluarga. Takhairan la kalau ada yang hanya menjamah nasi dan telur setiap hari dalam meneruskan kehidupan hari-hari. Dengan mendengar keluhan penduduk, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencari inisiatif membantu mereka yang memerlukan dengan mewujudkan Program Pi Pasar.


APA ITU PROGRAM JOM PI PASAR? 

Program Jom Pi Pasar ini adalah inisiatif DBKL untuk membantu mereka di kawasan Kuala Lumpur yang memerlukan bantuan barangan keperluan. Dengan menumpukan kawasan pasar, DBKL mampu menjejaki mereka yang sangat memerlukan bantuan ini.Mereka yang berjimat cermat akan menjadikan pasar pagi, pasar malam, pasar tani atau pasar minggu tempat mereka berbelanja barangan dapur.

Program Jom Pi Pasar ini dijalankan sebulan sekali di kawasan terpilih dengan sasaran seramai 150 ke 300 orang. Mereka terpilih menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan sama ada barang basah atau kering. Program Jom Pi Pasar untuk penduduk Kuala Lumpur telah dijalankan semenjak bulan April 2017 lagi.


Mungkin nilai RM20 nampak sedikit dimata kita, tapi bagi mereka yang sangat memerlukan nilai RM20 adalah besar.Antara pihak yang terlibat menjalankan program “Jom Pi Pasar” adalah FAMA, PDNKK, LKIM, Econsave dan lain-lain.   

Program ini sangat bagus demi menjaga kebajikan penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan perlu di teruskan dengan sokongan dan bantuan semua pihak. Ianya akan dapat membantu bagi kaum ibu yang membeli barangan keperluan di pasar dan jika inisiatif ini di sentiasa diteruskan pasti mereka rasa gembira dapat meringankan beban dan duit belanja keluarga.


DBKL sebenarnya sentiasa prihatin dengan masalah rakyat serta akan mengutamakan kebajikan masyarakat di kawasan Kuala Lumpur. Program ini walaupun masih baru ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh penduduk sekitar Kuala Lumpur. Kerana dengan adanya agensi seperti KPDNKK pada program ini dapat membantu pengunjung pasar dengan memantau harga harga barangan keperluan ini di pasar. 

Zira sokong inisiatif ini di teruskan dan bangga dengan keprihatinan pihak atasan kerana mengadakan inisiatif untuk rakyat yang kurang berkemampuan. 

Kredit gambar google 

1 comment:

  1. alhamdulillah usaha yang baik patut diteruskan

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.