Header Ads

Permata Hati Wilayah – Menyantuni Bayi Baru Lahir

Permata hati wilayah-Menyantuni bayi baru lahir, Kehadiran orang baru dalam sesebuah perkahwinan sangat mengembirakan bagi pasangan yang baru berumah tangga. Ia juga pelengkap bagi sesebuah keluarga dan perkembangan generasi serta keturunan.

Anak adalah insan yang akan membantu kita di hari tua jika kita tidak mampu bekerja lagi. Kita juga harus menjaga mereka dengan penuh kasih sayang supaya mereka tidak berasa tersisih dan rasa kurang kasih sayang. Kita sebagai ibu bapa harus bersedia dari segi fizikal dan mental menjaga insan baru kerana dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran.


Kebanyakannya pasangan yang baru kawin masih kekurangan duit simpanan kerana mereka telah menggunakan banyak duit untuk buat majlis perkahwinan. Walaupun anak itu anugerah yang berharga tetapi juga kita tidak bersedia mungkin ia akan jadi masalah sesebuah keluarga kerana masalah kewangan.

Sumbangan Lengkap Bayi Menerusi Program Permata Hati Wilayah

Jika pasangan suami isteri menimang cahaya mata, cabaran bagi mereka adalah perkakas bayi yang perlu di sediakan supaya bayi tersebut selesa dan tidak mudah dapat penyakit, tetapi barangan bayi sangat mahal dan perlu sediakan awal supaya tidak terasa beban untuk membeli barang keperluan tersebut.


Program Permata Hati Wilayah adalah program yang bertujuan meringankan beban serta membantu pasangan yang baru bersalin. Proses menerima cahaya mata baru khususnya golongan belia, dapat menyantuni para ibu ia juga dapat menceriakan pasangan bayi yang baru lahir.

Program ini adalah anjuran Wilayah Persekutuan yang di sokong oleh Puteri UMNO Titiwangsa. Program ini di lakukan di hospital-hospital terpilih, selain melawat ibu baru bersalin mereka juga memberi sumbangan barangan bayi dan peralatan selepas bersalin, di samping itu ia dapat meringankan beban ketua keluarga.


Keprihatinan dengan Program Permata Hati Wilayah ini, dengan kos yang semakin meningkat memberi kegembiraan pasangan baru lahir. Inisiatif ini juga dapat mengeratkan silatirrahim, semoga program seperti ini terus di adakan bukan sahaja di hospital terpilih malah di semua hospital bagi mereka berpendapatan rendah di seluruh Malaysia.

Kredit gambar google

11 comments:

  1. Bagus ada sumbangan macam nih. Sekurangnya membantu meringankan beban ibu bapa yang baru menimang cahya mata

    ReplyDelete
  2. Bagus program2 macam ni. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada Program Permata Hati ni.. Memang betul bukan semua ibu yang nak bersalin tu sudah betul2 cukup keperluan bayi nya. ada yang terpaksa guna apa yang ada je untuk sambut bayi mereka.. mujur ada program macam ni. pasti ibu2 suka

    ReplyDelete
  4. Bagus ada bantuan macam ni kan. Dapat ringankan sedikit beban.

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. Rezeki baby semoga program ini di perluaskan di semua hospital syok tu dapat kelengkapan bayi

    ReplyDelete
  7. rezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.

    ReplyDelete
  8. Mesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki ibu dan baby baru lahir

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah rezeki baby..teruskan sumbangan mcm ni

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki ibu dan anak

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.