Header Ads

Hidangan Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam

Hidangan Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, bulan puasa lagi sebulan je ada ke yang masih mencari tempat-tempat untuk berbuka puasa. Bulan puasa adalan bulan yang membuatkan kita ingat kepada mereka yang memerlukan, bila kita merasa lapar dan dahaga, pasti sedikit sebanyak memberi kesan pada diri bagaimana mereka yang tiada makanan atau minuman untuk mengalas perut.



Jika janganlah membazir makanan apabila bulan Ramadan menjelang dan makan perlu perpada-pada bila berbuka puasa. Seperti tahun sebelum ini, Laman Kayangan telah membuat prebiu supaya para pelanggan dapat mengetahui masa ada berbaloi ke tidak untuk buka puasa di sana. Kalau makanan tak sedap mesti kita rasa rugi dan tak berbaloi. 






Untuk pengetahuan semua, juadah yang di promosikan semasa prebiu begitu istimewa dan ia akan di hidangkan semasa bulan Ramadan tak lama lagi. Banyak hidangan yang di sediakan dan terdapat 88 menu yang anda boleh pilih menu yang akan di sediakan di bufet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan 2018. 


Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara 'signature dish' yang bakal menjadi tarikan utama pada tahun ini bagi pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan. Bagi yang tak tahu nak buka di mana, anda boleh datang Seksyen 7 Shah Alam, Laman Kayangan hidangan yang pasti membuatkan anda terliur dan tak sabar untuk buka puasa. 






Antara menu lain di hidangkan ialah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang akan membuatkan anda rambang mata nak tau juadah lain apa yang ada, anda perlu datang dan buka puasa di Laman Kayangan untuk melihat menu lain yang pasti dapat mengenyangkan perut anda. 











Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.
HARGA BUFET RAMADAN 2018
  • Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
    • RM50 Dewasa
    • RM35 Kanak-kanak dan warga emas
  • Harga Normal
    • RM65 Dewasa
    • RM35 Kanak-kanak dan Warga Emas
  • Pakej Korporat 
    • Beli 50 Meja PERCUMA
    • 500 Cenderahati istimewa
    • 5 Hamper PA System & amp; Projector
  • Beli 10 meja PERCUMA 1 Meja
    • 100 cenderahati istimewa

Jangan lupa tulis dalam list Laman
Kayangn untuk juadah buka puasa tahun ini. Lagipun lokasi menarik dan selesa sebab terdapat kemudahan di sediakan seperti parking secara percuma,surau, berhawa dingin dan tidak padat serta sesak. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :


Pn Hasmal : 019 2503090 / 012 2533973
En Azahari : 019 2331351

4 comments:

  1. Cantik dan luas jgk ya laman kayangan ni..nk ramadan ni.. Sesekali makan luar boleh la tempah makan kat buffet ramadan mcm ni bawak family :)

    ReplyDelete
  2. menu wajib semua buffet ramadan kambing golek..nais tempat makan dia..

    ReplyDelete
  3. memang terliur tengok sajian kat sini...mmg sedap.

    singgah dari http://www.umifuzy.com/2018/04/bufet-ramadan-kembara-selera-memikat.html

    ReplyDelete
  4. TB suka tengok suasana dia.. macam selesa dan tenang je nak makan situ

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.