Header Ads

Tips Kecantikan l Makeup Bagi Wajah Yang Berminyak

Tips Kecantikan, makeup bagi wajah yang berminyak. Zira nak share kepada sesiapa yang gemar makeup tapi tetap tak nampak natural mungkin teknik anda guna tidak sesuai atau ada yang silap. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi anda. Terdapat 6 Tips yang anda boleh lakukan.



1. Pastikan wajah anda di cuci terlebih supaya kotoran hilang sebelum makeup, Apabila anda membasuh muka ia dapat menanggalkan kotoran, elakkan menggunakan air terlalu sejuk atau panas untuk mengelakkan kulit kemerahan. 


2. Jangan lupa tuam ais pada wajah untuk menenangkan dan menyegarkan kalenjar minyak. Sekurang-kurangnya sekejap sebelum  waktu kita nak bersiap makeup. 

3. Primer sebagai base adalah wajib. Ini kerana primer berfungsi sebagai penyerap minyak, mengecilkan pori, membuat wajah lebih matte dan foundation lebih lama.

4. Pilih foundation yang sesuai. Untuk kulit berminyak pastikan ciri-ciri perkataan seperti ‘oil free’ atau ‘oil control’ ada terpapar pada botol foundation. Juga perlu cari yang berlabel ‘long lasting’ ‘water resistant’ atau ‘water proof’.

5. Bedak tabur sangat sesuai bagi wajah berminyak. Ini kerana bedak tabur dapat menyerap minyak dengan baik pada wajah sehingga wajah tak akan kelihatan berminyak. Sementara sesetengah bedak padat mengandung minyak yang boleh membuat wajah semakin bercapuk dan tidak rata.

6. Wajib hukumnya untuk membawa kertas minyak. Walaupon sudah memakai bedak atau pelembab yang dapat menyerap minyak, bukan bermaksud wajah akan benar-benar terbebas dari minyak ya. Jadi sebagai persediaan kita guna kertas minyak ni. Cara dia hanya dap dap pada muka jangan gosok. Mekap tak akan terjejas pon cuma muka akan nampak kembali matte.


Kredit tips Nana Robil

7 comments:

  1. Dulu pnh gak kulit bmnyk teruk.. Skg dh xberapa.. Tak tau la mcm mana ia bkurang..


    Teknik yg ke 2 guna ais tu zaza blm try lagi

    ReplyDelete
  2. Bagusnya tips ni.. memang kena pilih betul-betul foundation tu. Tersalah pilih nanti bercapuk muka.

    ReplyDelete
  3. kulit muka sy jenis yg berminyak dan mudah naik jerawat..tq aats perkongsian sis

    ReplyDelete
  4. Kulit muka akak je is mudah berpeluh dan verminyak di T zone.memang pakai fd jenis matte.tkut nak pakai yg jenis oil and moist.bedak tabur memg sgt membantu bila kulit muka minyak

    ReplyDelete
  5. o.. tuam dengan ais yea untuk kurangkan minyak diwajah sebelum apply makeup.. ok ok tq for this tips.. banyak rupanya tips untuk kulit berminyak

    ReplyDelete
  6. Tuam dgn air tu sllu dgr. Tapi malasan nak buat. Hehe

    ReplyDelete
  7. lisa pakai foundation ammema.. dh tk kuar minyak2 ... heehehe..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.