Header Ads

Tip Kecantikan

Tip kecantikan kulit, Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza, tentu ramai yang tanya macam-macam produk dah cuba sama ada harga mahal hinggalah murah. Kenapa tak cantik, kenapa tak floless anda perasan tak, ada orang yang di lahirkan kulit cantik dan ada juga tak itu tengok gen masing-masing.

Untuk dapatkan kulit yang cantik pastikan kulit itu sihat, ramai yang nak kulit cantik bila ambil gambar nampak floless tapi hakikatnya kulit kita bermasalah dan teruk, tona tak sekata, jerawat, kulit kering, sebenarnya semua itu ada penyelesaiannya anda tak perlu risau sebab sekarang dah banyak Medispa anda boleh tanya pakar kulit, apa penyelesaian untuk dapatkan kulit sihat.



Kalau dulu kita hanya boleh buat facial, tapi itu luaran tapi sekarang kita boleh buat secara dalaman untuk dapatkan kulit cantik dan sihat. Anda perlu percaya kalau kulit kita tak bersih pakai apa-apa produk kalau kulit tak bersih zat tersebut tidak akan menyerap dalam kulit kita, betul tak? jadi nak tau apa amalah-amalan yang kita boleh dapatkan kulit sihat ia ada 7 cara.

Benda paling penting untuk dapatkan kulit sihat adalah kelembapan dapat kulit. Jadi anda perlu banyak minum air setiap hari sekurang-kurangnya dalam sehari 3 liter. Sekarang dah senang nak tau air itu berapa banyak anda boleh beli botol yang ada sukatannya jadi boleh tau berapa liter anda dah minum dalam sehari. Wajib minum air banyak untuk nak tau kulit sihat anda boleh tau melalui air kencing.



Apa pula kaitan air kencing dengan kulit sihat? okey, kalau anda nak tau kalau air kencing kita jernih maknanya kulit kita sihat. Kedua Hadkan wajah kita kena cahaya matahari, habis tentu anda tertanya-tanya macam mana nak keluar kerja kalau tak kena matahari. Tak kan duduk rumah goyang kaki mana nak dapat duit demi sesuap nasi. Sebenarnya matahari ini okey, sebab ada vitamin D tapi ia juga boleh membahayakan untuk kulit.

Cara untuk cegah anda boleh pakai pelindung matahari, contohnya anda boleh pakai foundation yang ada SPF yang boleh melindungi kulit kita agar kulit kita sentiasa sihat. Anda juga perlu jaga lingkaran mata dengan memakai cermin mata hitam, bukan hanya untuk bergaya sahaja tetapi ia dapat lindung mata.




Wanita ni yang boleh membuatkan atau menampakkan kita cepat tua adalah 2 perkara yang pertama apabila kita ada banyak line bawah mata itu yang menyebabkan kita nampak cepat tua macam 50 tahun jadi anda perlu pakai krim mata biasa orang panggil mata panda. Yang ke dua ialah bawah dagu elakkan ia double line inilah yang menampakkan kita lebih berumur dari umur sebenar. 



Makanan juga anda perlu jaga, cari yang anti oksida sekarang banyak suplement yang anti oksida dan bagus-bagus untuk badan. Selain itu, anda boleh letak satu pokok hidup di pejabat atau rumah untuk dapatkan oksigen sebab manusia mengeluarkan carbon di oksida jadi kita boleh dapatkan kitaran yang bersih daripada pokok hidup. 



Banyakkan ambil vitamin C, sama ada kita makan atau ada sesetengah orang inject vitamin C untuk dapatkan kulit cantik sebab vitamin c ini boleh membina kolegen untuk kulit sihat supaya kulit kita lebih anjal, membantu memulihkan resdung waktu pagi, meningkatkan pertahanan sistem dalam badan. Kemudia anda perlu juga detox sebab kita ni kadang makan makanan ringan yang banyak mengandungi toksik kadang kita tak sedar kita minum atau makan racun.

Cara untuk sihat dengan berdetox, anda boleh google cara detox atau minum lemon atau cara mudah minum mana-mana tea detox yang boleh melawaskan badan kita, nak bersenam pun boleh tapi kita karang takde masa nak bersenam jadi caranya dengan detox. Nak cantik kena ada usaha sebab kita tak di lahirkan terus cantik. Sekarang nak detox senang je cari je dekat pasaraya ke atau di online banyak yang jual produk detox tak nak rasa detox pahit boleh try detox buah.



Pernah tak anda pergi facial? Sebenarnya facial ni penting untuk penjagaan kulit kita kalau takde masa sangat anda boleh buat di rumah, kalau di spa mungkin lebih detail sikit cara rawatannya. Jika di rumah nak tahu kulit cantik anda tengok cermin dan lihat hidung, kenapa kulit kita berbintik-bintik mungkin sebab black head kalau tak pasti anda boleh rasa dengans sentuh hidung rasa ke tak? kalau kulit kita licin baru cantik bila kita nak apply foundation.

Kalau kasar kulit anda tak bersih, kadang kala kulit kita berpengaruh terhadap hormon dan keluar jerawat di bahagian dahi atau dagu. So, apa yang perlu kita buat, anda perlu keluarkannya kalau buat facial mereka akan tekan hingga keluar jerawat supaya ia tak block kulit kita. Kalau nak muka bersih kena deep cleansing caranya ambil makeup remover kemudian bersihkan makeup sebelum ini pakai yang cecair lepas tu ambil pula pencuci muka bersihkan muka.



Sekarang dah senang, anda boleh pakai tisu Imaan yang deep cleansing dan non alkohol. Biru untuk kulit berminyak orang yang ada jerawat boleh pakai yang biru. bagi yang kulit kering dan sensitive boleh pakai yang pink sebab ada argan oil jadi kulit lebih sihat. Bila muka dah bersih kita letak apa-apa jenis makeup atau produk dekat muka, wajah kita tetap cantik. 

Kita tak naklah nampak cantik dengan guna beauty camera tapi reality kulit tak floless. Hidup kita perlu jujur untuk nampak cantik. perkongsian ini dari pengasas imaan world jadi zira share bagi sesiapa yang tak tau, sebab bagus sangat tak susah nak nampak cantik cuma perlu itu tip atau cara yang betul baru kulit kita sihat. Untuk dapatkan produk imaan type " nak imaan" ke 0193922261

7 comments:

  1. Good sharing.umur meningkat ni memang kena banyak amalkan vitamin c utk kulit muka

    ReplyDelete
  2. Thanks hazirah bg tip ni.. Skg ni pun zaza rajin pakai pelembap muka dan mmg jrg keluar rumah.. Mnum air tu nk kena konsisten la nanti sbb zaza jarang minum hehe..

    ReplyDelete
  3. thank you zira dengan tips kecantikan ni...semoga ia bermanfaat untuk mereka yang sentiasa ingin tampil cantik, sihat dan menawam

    ReplyDelete
  4. Wah...menarik info.. Btul tu..muka ni amat memerlukan penjagaan yg btul spya tidak nmpk terlalu tua akan dtg nnti..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.