Header Ads

Imaan Hi-Tea at Palace Of The Golden Horses Kuala Lumpur

Imaan Hi-Tea at Palace Of The Golden Horses Kuala Lumpur, hari ni pertama kali Imaan Suci World buat hi-tea, jadi zira teringin juga nak tengok suasana hi-tea orang-orang bisnes buat, selalu hi-tea blogger je kan. Zira orang terakhir yang datang, nak kata malu memang malu sebab masa nak masuk tu kebetulan Puan Wawa yang nak bagi ucapan apa lagi beliau telah buat pengumuman ala-ala "VIP" kini ketibaan "Angel" iaitu Hazirah di jemput duduk di tempat yang di sediakan, malu wey. ( jalan sambil tunduk kepala)



Sudah, semua orang duk pandang je rasa macam orang penting nasib baik takde kena buat ucapan. Hi-tea ini memang simple ia untuk bagi penganugerahan kepada leader-leader dan top stokis. Rasa terbakar tak dapat award mampu tengok je, Mohon semua doakan zira di limpahkan rezeki yang luas supaya dapat juga award dan peluang pergi melancong serta team yang rajin.



Kemudian pengumuman award. life facebook yang kerap share, award siapa yang sporting, award yang sentiasa update pasal produk. Lepas semua award selesai sesi tukar hadiah pula, sebenarnya rasa serba salah pun ada sebab tak bawa hadiah rasa terlepas pandang tak perasan kena bawa hadiah, masa taknya dalam group banyak sangat orang share.

Nasib baik ada yang bawa lebih hadiah, sekurang-kurangnya semua orang dapat hadiah kesian pula kalau ada yang tak dapat. Anda nak tau apa hadiah dorang bawa semua sama je tapi, design, bentuk je lain ini biasa orang yang kawin akan dapat kalau rakan-rakan anda bagi hadiah. 



Rupanya temanya baju tidur maka, pelbagai jenis baju tidurlah yang dorang dapat yang lawaknya ada yang dapat baju tidur super seksi sampai tak tau nak pakai macam mana, " gelaklah satu dewan tu tengok baju tidur yang dorang dapat.

Kawasan Palace Of The Golden Horses memang mengagumkan, sebelum nak masuk ada kuda emas seperti sedang bersedia nak berperang, bentuk dan rekaannya sangan unik. Terpesona sekejap persekitarannya pun cantik dan kemas sesuai untuk event hi-tea, pelancaran produk dan wedding , tentu semua orang yang datang akan bergambar dengan kuda emas kenangan yang manis bila dapat bergambar dengan kuda tersebut.

Mungkin satu hari nanti kita dapat emas takpun dapat hantaran emas. Wah, seronok tu boleh simpan untuk melabur masa akan datang. Aktiviti terakhir ialah sesi bergambar, bab bergambar memang takkan di lepaskan sebab semua duduk jauh jadi susah nak jumpa inilah masa nak bergambar dengan stokis-stokis imaan dari angel manager, angel director hinggalah chief.



Ini pula stokis jari jauh iaitu dari Singapora, biasa datang berdua tapi lagi sorang tengah berpantang pula. Suka tengok cara stokis ni memang humble je orangnya.



Minum petang dengan makanan yang super omputih chees, tard, sosej, air pula mestilah teh nama pun Hi-tea ada juga air kopi, nak pilih mana-mana pun boleh.



Ini zira punya leader, kadang cerita masalah dekat leader beliau sentiasa beri semangat dan tak terlalu memaksa dalam jualan imaan dan sentiasa beri nasihat. 



Ini bergambar Puan Misi, dulu dialah model tisu wipes masa pelancaran imaan



Tak dapat pergi bangkok, ambil gambar jadilah " mood sedih" tahun lepas leader yang sampai target pergi Indonesia, ya allah seronok sangat tengok dorang nikmati suasana di negara orang. Sesiapa yang nak joint Imaan boleh pm ya 019-3922261 ada peluang sama-sama kita melancong.



Sempat juga bergambar dengan kuda emas, tak perasan pula zira rupanya pegang montot kuda, ini kalau hidup mau terbang kena tendang "hahaha". kuda ni kula gaya macam nak pergi perang, Kalau kuda perang memang kuatlahkan nak pergi perang. 



Bersama Pengasas Imaan suci world, banyak perkara yang Puan Wawa kongsikan kadang-kadang terasa down sangat bila baca semua status puan wawa baru rasa semangat semula, sebelum ni tak pernah kenal puan wawa pertama kali tengok profile puan dan katanya nak survey untuk lancarkan produk dan sedang mencari agent terus Pm takde nak fikir 2 ke 3 kali sebab produk puan takde lagi yang ada di pasaran "TISU WIPES" biasa skincare kan yang cari agent.



Inilah real Imaan, anak Puan Wawa, Ikutkan je zira nak bergambar memang masa ni Imaan macam retis masing-masing tunggu giliran nak bergambar dengan Imaan. 


Nasib baik dapat baju tidur yang boleh pakai dekat rumah, kalau dapat baju tidur orang lepas kawin, ayoyooo kena simpan buat pekasam dululah baru boleh pakai. Mana taknya, kalau dapat yang seksi + seksa risau pula nak pakai walaupun dengan mahram kena juga jaga pamakaian kita dekat rumah, yang nak tengok angel lain dapat baju apa boleh tengok video Ini .

No. Tel : +603-8946-4888
Email : enquiry@pgh.mines.com.my
Alamat : Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor 

8 comments:

  1. Replies
    1. aah, best sangat tapi saya datang lambat.

      Delete
  2. Bestnya dpt jumpa leader2 dan kawan2 bisnes.. Zaza doakan hazirah sentiasa suksess okay..

    ReplyDelete
  3. wah bestnye sis..imaan ade jual produk ape lagi sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tisu basah
      serum
      syampoo dan treatment
      foundation
      detox

      kalau nak boleh wasap 0193922261 :)

      Delete
  4. Wah...bestnya buat hi tea di palace golden horses.

    ReplyDelete
  5. Bestnya zira. Siap ada event semua. Memang terbaik la..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.