Header Ads

Tip Dengan Tukar Ayat Doa Boleh Ubah Hidup Selamanya

Dengan tukar ayat doa boleh ubah hidup selamanya, sebenarnya zira sedar sejak tukar cara doa ni rasa nak menangis ada nak meraung pun ada. Mana taknya lepas tukar cara berdoa rasa hidup macam berubah sikit bagi mereka yang sedar. Sebenarnya tip ini sangatlah mudah tapi ramai yang buat kesilapan termasuk zira.

Tips bila kita nak berdoa kepada Allah swt? InshaaAllah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik. Kita perlu doa dalam keadaan kita di gelombang Alpha. Gelombang Alpha akan berlaku pada waktu kita sedang mandi, bersin, waktu isteri bersalin, waktu azan, hujan, dan waktu Tahajud.




Sebelum ini kita selalu berdoa "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu maka Allah akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Siapa setuju? Kadang rasa kita tak mampu nak hadapi ujian ni tapi di sebabkan kita sendiri yang doa beri kekuatan maka kita kenalah hadapinya. Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku". Insha'Allah, segala kesulitan yang kita pernah hadapi ia akan berlalu dengan mudah tanpa ada kesulitan. Zira dulu sentiasa doa sebelum ini, permudahkan urusan. Alhamdulillah ia di makbulkan, nak tau dari dulu sampai sekarang bila zira kerja, apa yang zira buat semua mudah. 


Kerja yang bos bagi pun tak banyak yang kita sangka, siap boleh balas whatsapp pelanggan lagi nak order tisu. Tapi, pernah juga salah doa sebelum ini selalu berdoa nak diri sentiasa diberi kekuatan, jadi Allah akan uji kekuatan kita makin kita doa begitu makin kena jadi seorang yang kuat untuk hadapi segala ujian. 

Sebenarnya sekarang zira perasan Allah makbulkan doa zira satu persatu walaupun ia lambat setiap dugaan yang kita hadapi pasti ada sebabnya tersendiri. Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, 
"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..." 
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

Zira pun kadang buat silap sebab kita dah biasa dalam kehidupan harian, Contohnya zira nak team iuzira semakin ramai dan bertambah, jadi kena sentiasa doa dan terus berdoa dalam keadaan gelombang Alpha. Satu lagi yang bila berdoa, kita selalu dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini, "semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Jom kita semua amalkan bersama-sama . Nampak simple namun ianya sangat berkesan. Semoga dengan perkongsian ini sangat bermanfaat buat anda semua.




Yang sedang mencari jodoh doalah 'Kurniakanlah suami yang soleh atau isteri yang solehah" agar kehidupan kita berkat. Tip doa ini zira ada ternampak di status facebook Nur Alia, zira kenal dia masa dia jadi blogger dan pertama kali dia masuk televisyen pun zira ada bersama dalam rancangan usahawan cilik di RTM, masa tu zira jadi penonton je nak jadi tetamu belum buat apa-apa bisnes, produk imaan pun takde lagi pun masa tu kalau tak zira rasa kami akan naik sama-sama menuju kejayaan.

Yang bezanya, ni seorang yang berdikari dan tau hala tujunya. Zira pula masih berusaha untuk bila team dan majukan bisnes online. Pernah ada pengalaman buat bisnes offline, orang kata ia satu pengalaman berharga kadang rasa tak berbaloi bila buat offline duit sale yang masuk sikit kadang takde abis dekat sewe tapak. 

Bila nak joint buka booth kadang zira kena betulkan niat dan doa betul-betul supaya apa yang kita nak, capai target dan sale meningkat. Banyak lagi zira kena perbetulkan cara doa jika nak berjaya. Anda pula juga perlu perbetulkan doa supaya apa yang kita mahukan dalam hidup berjaya. Okey, yang berminat produk Imaan boleh whatsapp 019-3922261.

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.