Header Ads

Kelab Tasik Putrajaya Tempat Sesuai Untuk Beriadah Seisi Keluarga

Kelab Tasik Putrajaya tempat sesuai beriadah seisi keluarga, ialah tempat yang penyelaras rancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. tujuan di tubuhkan adalah untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh luar negara, dengan wujudnya Kelab Tasik Putrajaya ia dapat menjana pertubuhan ekonomi yang berterusan.



Di Kelab Tasik Putrajaya  juga banyak kemudahan lengkap yang kita boleh lakukan, aktiviti bersama keluarga dan rakan juga boleh di lakukan di sini. Antara aktiviti yang anda boleh luangkan masa bersama yang tersayang ialah berkayak, menaiki perahu panjang, berbasikal, kemudahan gimnasium dan bermain permainan tradisional. Kelab Tasik Putrajaya juga pernah mengadakan aktiviti yang menarik, seperti sukan air, pertandingan renang, dan kelas memasak.



Kemudahan yang disediakan di kelab berkenaan hanya untuk ahlinya sahaja, namun kini sebahagian kemudahan dan peralatannya dibuka untuk kegunaan orang awam. Dari jauh masa nak masuk dah nampak tasik, nampak seronok je bila ada keluarga yang luangkan masa bersama anak-anak di Tasik Putrajaya. kemudahan yang dibuka untuk kegunaan orang awam adalah kafe, kayak, basikal dan bilik mesyuarat.



Kemudahan ini boleh digunakan setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 6 petang, kalau dekat dengan rumah zira memang ajak kawan buat aktiviti dekat sini, selain luangkan bersama rakan boleh juga eratkan silaturrahin. Umur semakin meningkat jadi nak jumpa kawan pun susah bila masing-masing ada komitment sendiri dengan keluarga.

Bagi yang berminat nak berkayak bayaran RM20 seorang. Sekali sekala berkayak tak salahkan lagipun kayak dapat menguatkan stamina. Bukan senang nak kayang zira pernah kayak nak ke depan kadang salah pusing ke tepi jadi berlanggarlah dengan orang sebelah maka berlakulah perlanggaran. Kalau anda tidak bercaya boleh cuba di Kelab Tasik Putrajaya tapi memang seronok berkayak. Had umur untuk kayak adalah 13 tahun ke atas.




Terdapat juga Cafe di Tasik Putrajaya, kalau perut lapar dan bunyi perut macam nak bagi orang keliling dengar anda boleh terus pergi Cafe tersebut. Makanan di Cafe juga sangat sedap, ada juga makanan yang simple dan berat. Zira suka Kue Tiau dan samosa, bila makan waktu petang sangat sesuai kerana tak terlalu berat.




Selain itu, ada juga Mee udang, popia dan pisang goreang. Jika anda ingin melihat menu lain boleh ke klik food Malaysia. Cafe juga bersih memang selesa makan dekat situ dengan permandangan tasik dan angin sepoi-sepoi bahasa rasa tenang je.



Kepada yang ingin menjadi ahli kelab bayaran sekali seumur hidup tau, untuk kakitangan kerajaan RM1000 manakala swasta RM2000. Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa swasta mahal? Kakitangan swasta separuh daripada bayaran akan dipulangkan sekiranya mereka tidak mahu lagi menjadi ahli.



Kemudahan untuk ahli kelab lain ialah kolam renang, gimnasium, permainan dalaman seperti congkak, karom dan dart, kayak, perahu panjang, basikal, bilik mesyuarat, serta kafe. Kelab tasik Putrajaya akan sambut hari lahir ahli tiga bulan sekali sebagai penghargaan. Jika anda ingin menggunakan kemudahan yang di sediakan anda boleh daftar sebagai ahli, anda  juga boleh membuat majlis perkhawinan di Kelab Tasik Putrajaya. 

Alamat : 2, Jalan P8, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia 
Nombor tel+60 3-8889 5008 
Waktu di buka pada : 8AM–10PM

7 comments:

  1. Bestnya kalau bawa family datang hujung minggu atau petang-petang kan..

    ReplyDelete
  2. Emi ada pergi haritu waktu malam. Meriah kot malam kat situ, bawak anak2 buah. Suka betul dorang.

    ReplyDelete
  3. tak pernah pi sini lagi tapi tengok macam best je tempatnya.. boleh la ajak sape2 pi jalan2 ke sana nanti .. bawak harraz sekali

    ReplyDelete
  4. Kt putrajaya eh? Mcm x eprasan je jln2 kt situ dlu.. boleh la singgah klu gi sne

    ReplyDelete
  5. Best ni.. Bleh bawak anak jenjalan sini nanti

    ReplyDelete
  6. Dah lama xpergi putrajaya..dulu bljr dkt nilai sllu pergi sbb dkt ... Best dpt riadah tme cuti2 ni kan..

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya ada kayak. Ni kira mcm tasik dlm bandar gituu.. best2

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.