Header Ads

Hiking Di Setia Alam Selangor - Peak Garden, Setia Ecopark

Hiking Di Setia Alam Selangor - Peak Garden, Setia Ecopark, Ramai yang tak tahu di Setia Alam ada tempat hikingkan, bagi yang tidak tahu di mana sebenarnya tempat hiking ini bersebelahan Setia City Mall. Wow, tentu anda terkejut tak sangka pusat membeli belah dekat dengan tempat mendaki.



Anda janganlah terlalu nak membeli belah je sekali sekala keluarkan peluh menikmati keindahan alamkan best. Zira ni kurang sikit berjoging tapi hobi suka hiking, pelikkan beza joging ni kita berlari keliling tasik atau taman tapi bila hiking bagi zira sangat berbeza sebab boleh tengok keindalan alam dengan tenang, udara pun segar.




Masa mula-mula nak datang memang sesat gerak pukul 7 pagi tapi, pukul 8 tak sampai-sampai, apa lagi kakak dah bising dekat kereta katanya orang hiking lepas subuh tapi ni matahari nak tegak tak jumpa tempatnya semangatnya nak memanjat hampa. Zira pun tak putus-putus sibuk google nama tempat hiking setia alamlah, hiking di selangorlah masih tak jumpa, last sekali try google Peak Garden, setia Ecopark baru jumpa itu pun jumpa blog orang lain dulu.

Lepas dah jumpa tu, Zira cakap dekat kakak ini last kalau tak jumpa juga kita balik sangat menghampakan apatah lagi anak sedara bula cakap balik je terus tak semangat. Akhirnya kami jumpa juga tempat hiking di Setia Alam.



Anda tak kan jumpa tempat ini jika tak type di google dengan betul dan tempat ini juga bersebelahannya juga sedang buat pembangunan mungkin akan datang ia terserok sedikit. Rupanya ramai yang datang lambat untuk hiking kami sampai pun pukul 8.30. Terdapat 2 jalan untuk naik anda boleh naik mana-mana jalan tetap jumpa di puncak yang sama.

Sebenarnya ini tempat pertama bukit yang zira hiking sebelum ini hiking naik gunung je, nampak tak? orang belajar hiking naik bukit dulu tapi zira naik gunung. Masa nak naik tu memang nampak Setia City Mall tapi best sangat lama tak hiking.



Waktu nak sampai puncak pun takde lama sangat berbanding naik gunung yang hampir setengah hari. Jalan ke puncak mencabar juga sebab licin dan terdapat lopak air. Kali ini pendakian takde lelaki yang boleh menjaga zira sebab ia pendakian dengan kakak dan anak buah yang berumur 11 dan 7 tahun nak suruh dorang lotong macam mana. Depa nak naik pun payah tapi anak buah umur 7 tahun laju je naik.

Semasa naik jalan yang lurus kami berkesempatan mengambil gambar tapi banyak gambar yang silau akibat cahaya matahari. Kami masih teruskan pendakian terdapat juga pokok yang tumbang sebab dah tua atau sudah tidak kukuh lagi. Di sebabkan dah habis belajar, hobi mendaki susah nak buat sebab zira tak tahu nak pergi dengan sapa nasib baik kakak ajak pergi daki memang seronok sangat ada juga tempat mendaki yang dekat dengan rumah.



Bila dah sampai puncak memang ramai dekat sana, kitorang pun rehat sekejap dan nikmati permandangan atas puncak. Isi perut sikit makan roti, kalau mendaki korang bawalah makanan sikit yang mudah di bawa janganlah bantai bawa nasi ayam ke nasi arab ke dah macam nak pergi berkelah pula susah nak daki nanti beban berat.

Lepas rehat dekat puncak , kitorang balik tapi ikut jalan lain kengkonon nak tau tempat sama je tapi bila ada dua jalan tersalah pilih jalan, sesat lagi. Adehh, nasib baik jumpa sorang pendaki china so ikut dia turun bawah. Ingatkan nak balik kena turun je jalannya rupanya ada kena daki juga 2 ke 3 kali jugalah lenguh kaki.



Kemudian ada simpang lagi jumpa pendaki lain yang nak turun so, kitorang turun sama-sama. Bila sampai je bawah dah nampak pembangunan yang belum sia ini bermakna nak sampai bawah. Alhamdulillah akhirnya misi mendaki dekat Setia Alam tercapai. Sempat juga bergambar dengan bendera Malaysia masa dekat atas.

Facebook l Peta 

21 comments:

  1. bestnya menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rasa segar je udara pun nyaman

      Delete
  2. Wah tak pernah hiking lg nampak best jer nanti boleh buat list tahun mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, kat sini paling dekat dgn rumah. Best hiking katanya kat Puncak Alam pun ada juga namanya bukit BOTAK tu zira tak pernah pergi lagi

      Delete
  3. Serius terkejut setia alam ada tempat hiking hahaha.Thnaks for information! Zira boleh tak bg details mcm berapa lama nak hiking.And gambar dkt puncak tu mcm nna hehe. Kalau boleh nak tau exact location. Thankyou soo much

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je sampai dalam 1 jam , dekat bahagian bawah sekali ada location boleh klik

      Delete
  4. aktiviti hujung minggu hiking dengan family or kawan - kawan best kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, best sama-sama buat aktiviti keluarkan peluh syok sngat

      Delete
  5. bestnya dpt hiking... Dh lama xhiking..
    Asal nk hiking je hujan..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rezeki hiking , kena tunggu musim tak hujan

      Delete
  6. wah best aktiviti mcm ni.. org yang selalu suka aktiviti hiking dan adventure macam ni selalunya sihat dan cergas je orangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka hiking berbanding jogging sbb boleh explore hutan

      Delete
  7. Bestnya hiking kat setia alam eco park. Akak pernah sampai sekali ja.

    ReplyDelete
  8. Menarik boleh hiking pulak lepas ne selain main bubble Dan shopping di setia alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, pergi pagi okey. Kalau petang takut tak sedar tiba2 hari malam

      Delete
  9. Wuhuuu, emi lama dah tak hiking. Nak kena start balik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a, kalau dah biasa seronok tau pergi hiking

      Delete
  10. Macam tak larat nak naik bukit saya. Penat Ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a, ni pun banyak kali berhenti tak sampai2. Masa nak balik pula sesat nasib jumpa org yang nak balik juga

      Delete
  11. penah jugak tertanya2 dekat suami sini ada tempat hiking ke.. last2 btl mmg ada.. tnya suami dia ckp xtahu.. huhuhuhuhu.... thnk you information kak... lps nie tiap2 mggu boleh la hi,ing g sini... dekat dengan umah.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, good luck. best tau hiking ni.. Tapi waktu pagi licin sikit

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.