Header Ads

Pakej Perkahwinan Murah Serendah RM7,000

Pakej Perkahwinan Murah Serendah RM7,000. Sekali lagi zira nak memperkenalkan pakej perkahwinan yang murah kepada bakal pengantin yang ingin jimat kos dan ingin dapatkan pakej lengkap serta murah untuk majlis perkahwinan. 



Di sini nak beritahu Mega Wedding Malaysia telah mengadakan satu event yang zira rasa sudah popular di kalangan rakyat Malaysia, cuma mungkin ada beberapa orang sahaja tidak tahu pakej murah yang Mega Wedding Malaysia anjurkan. Rugi siapa yang tidak tahu tentang mega wedding kerana ia lengkap dari A hingga Z anda tidak perlu bersusah payah hendak cari tempat, pakaian, juru photo dan sebagainya.



Kebiasaannya zira sebagai orang kampung selalu akan buat gotong royong untuk mengadakan majlis tetapi kos perbelanjaannya memang banyak kerana kos yang di gunakan bukan termasuk pakej, harga baju lain, harga makanan juga lain jadi kita perlukan perbelanjaan yang banyak.

Bila datang ke majlis Mega Wedding tanya penganjur berapa kos untuk majlis di sini mereka mengatakan RM7000 bila dengar rasa "WOW" murahnya biasa orang buat majlis RM20k-30k tau sebab tu terkejut sikit ada ke majlis perkahwinan sekarang harga serendah itu dengan kos yang semakin mahal. 








Seronok tengok para mempelai bersanding dan tak perlu pening memikirkan majlis yang mahal, tak sangka majlis ini juga nampak grand dan exclusive boleh dapat harga murah. Bagi yang sedang merancang hendak mengadakan majlis perkahwinan anda boleh survey dan bandingkan harga di Mega Wedding dan pakej di tempat lain sangat berbeza tau. 

PAKEJ LENGKAP MAJLIS PERKAHWINAN MEGA WEDDING MALAYSIA RM7,000

  • Tajaan dan Pengurusan majlis pernikahan
  • 200 pax jemputan untuk setiap pegantin 
    •  (nak tambah pax lagi pun boleh)
  • Menu katering istimewa
  • Live show daripada band terpilih
  • Deejay jemputan dan PA system
  • "Door Gift" untuk setiap tetamu
  • Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  • Liputan khas daripada media
  • Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  • Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  • Pelamin gergasi eksklusif istimewa
  • Pelamin nikah di dalam cruise
  • Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  • Percuma kad kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  • Kek kahwin untuk semua pasangan
  • Parkir khas untuk pegantin
  • Hand bouquet setiap pasangan
  • Penginapan hotel satu malam di hotel 5 bintang (Putrajaya)

Wah, bestkan tengok semua pakej yang ada, duduk hotel tu mahai tau kalau duduk hotel sehari pun pastu naik cruise ala-ala omputih kawin naik cruise. Wow, kelas kau nampak mahal ja tengok semua pakejnya. Siap Kek dan live show di sediakan. Anda hanya perlu tunggu hari je nak kahwin tak payah beli barang doorgift semua tu, relak je.


Kahwin sekali jimat seumur hidup, duit lebih boleh pergi honeymoon. Bestnya, dapat jalan dengan yang tersayang tak payah susah-susah nak kemas, basuh periuk, gosok muntot kuali kerana itulah kerja pengantin selepas habis majlis, cuma layan tetamu yang hadir je.

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUI :-


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.