Bantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Memantau Harga Barang
Bantu kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan memantau harga barang. Di zaman yang semakin canggih ini, ramai orang sekarang ada yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bagi mereka yang gemar shopping dan sudah biasa beli barang harian, anda boleh pantau harga hanya dengan hujung jari. Canggihkan.
Biasa kita nak buat aduan sangat susah kena tunggu giliran, kena pergi pejabat semata-mata nak buat aduan. Sebelum itu, anda boleh bandingkan harga sama ada ia mahal atau murah. Kalau rasa ia sangat tidak berbaloi dan cekik darah, anda boleh buat aduan dengan segera supaya mereka yang mengambil kesempatan ini boleh di ambil tindakan yang sewajarnya.
CARA MENYEMAK HARGA KPDNKK
Setiap harga yang ingin kita beli, anda boleh menyemak harga terlebih dahulu menggunakan applikasi ini. Harga yang terdapat di applikasi ini sentiasa di kemas kini. anda bolehlah semak apa-apa barang yang di inginkan. Rajin-rajinlah tengok, supaya tidak tertipu dan duit pun jimat, boleh beli barang yang lain.
Keistimewaan applikasi ini anda boleh tau harga di kawasan rumah ia memaparkan harga di kawasan terdekat. jadi tak perlu pergi tempat jauh nak beli barang murah, bestkan. Mereka yang sudah berumah tangga tentu ingin beli barang yang banyak terutamanya keperluan baby, kos yang perlu di keluarkan terlalu banyak seperti susu, pempers, ubat, dan keperluan harian yang lain.
Perasaan seronok tak dapat di gambarkan bila kita dah tau macam mana nak jimatkan perbelanjaan tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Anda kena lalui sendiri, caranya kena download Applikasi paparan harga KPDNKK.
App Paparan harga Iop
https://itunes.apple.com/my/app/paparan-harga/id1249619299?mt=8
App Paparan Harga Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2
Senangkan zaman sekarang nak buat aduan pun di hujung jari, tinggal tulis apa yang anda ingin adukan je. Selain itu, yang ini buat aduan anda boleh download aplikasi Ez Adu KPDNKK, caranya ambil gambar sebagai bukti yang harga tersebut tidak berbaloi dan tidak munasabah.
APLIKASI FRIENDS OF KPDNKK
App Friends of KPDNKK ios
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8
App Friends of KPDNKK android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2
App Ez Adu KPDNKK ios
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8
App Ez Adu KPDNKK android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2
Dulu kalau nak dapatkan harga murah kena ada voucher atau sale, tapi sekarang dah tak perlu lagi nak tunggu sale. Nak tau macam mana? orang perempuan yang nak jimat dan suka shopping kena baca sampai habis artikal ini. Untuk jimat, anda perlu download app kad maya ini dan hanya perlu tunjukkan app ini di kaunter pembayaran, sangat mudah.
Selepas ini anda tak perlu simpan kad diskaun kepuk-kepuk di wallet tapi duit pun takde. Bila dah dapat jimat, duit pula yang kepuk-kepuk di wallet anda. seronok tak? jadi download app kad maya ini dengan segera.
Diharap selepas kewujudan aplikasi ini dapat kita sama-sama memantau harga barang dan sebagai pengguna kita harus ambil berat serta membuat aduan bagi mereka yang meletakkan harga yang tinggi. Kadang-kadang bila pergi pasaraya tengok harga terlebih dahulu, jika terlalu mahal terpaksa letak balik.
Fuh, berpeluh ketiak tengok harga yang terlampau tinggi dan tak berbaloi. Jika beli barang rasa kena budget-budget je, takut duit tak cukup. Semoga selepas ramai yang membuat aduan ada perubahan harga yang lebih murah dan diharapkan aplikasi ini dapat membantu anda membuat aduan dengan cepat.
Jika anda ingin harga yang terdapat di malaysia ini murah, anda WAJIB share artikal ini dengan rakan-rakan dan orang sekeliling. Selepas ini mereka yang duduk di kawasan kampung atau pedalaman mudah nak buat aduan dengan download aplikasi ini.
Wahhhh xsangka dah ada aplikasi mobile. lepas ni senang nak semak harga dan buat aduan.
ReplyDeleteBagus juga bila ada app macam ni. Senang nak rujuk dan buat repot pada KPDNKK. Mudah dan cepat. So maybe boleh cadangkan kat my mum untuk pakai app ni bila nak beli barang nanti.
ReplyDeleteWah bagusnya dah ada apps ni. Lebih mudah nak buat aduan. Sebelum ni fikir prosesnya rumit nak kena hadir ke pejabat mereka.
ReplyDeleteSng la nanti nk buat aduan.. guna henpon je
ReplyDeleteAah pengguna pun kena main peranan tlg pantau harga brg.
ReplyDeleteSenang lah mcm ni pengguna tidak lg ditipu dan senang nak bajet belanjawan
ReplyDeleteBagus ada aplikasi ni sekurang kurangnya kita bantu kpdnkk kawal hadga kan. Sekarang nih melampau sgt harga brg naik kan
ReplyDeleteBagus ada aplikasi mcm ni. Kita sbgai pengguna boleh bantu kpdnkk kawal harga barang yg naik harga
ReplyDelete