Header Ads

Bukan Alasan Bagi Wanita Tidak Tahu Masak - Instant Nasi Lemak Salees

Instant Nasi Lemak Salees, Malaysia memang popular dengan nasi lemak bila orang luar rasa pasti mereka akan memuji makanan Malaysia terutamanya nasi lemak. Bagi mereka yang melancong ke luar negara pasti kadang-kadang rasa teringin nak makan makanan Malaysia bukan senang nak dapat.



Instant Nasi Lemak di cipta untuk memudahkan mereka yang makan makanan Malaysia, dan memudahkan kita untuk travel selain jimat dah perlu cari tempat makanan halal. Industri makanan halal, khususnya sangat penting bagi umat Islam di seluruh dunia kerana memastikan makanan dan minuman yang mereka makan sehari-hari adalah patuh syariah (halal toyyiban)

Permintaan dan keinginan yang sangat tinggi bagi pengembara sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendapatkan makanan yang di yakini halal. Hendak membuatkan ia lebih yakin ia telah diiktiraf halal oleh pihak berkuasa bertauliah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Kalau dah ada Instant nasi lemak ni orang yang tak reti buat pun automatik tau, mana taknya benda dah tinggal masak je semua dah ada. Kalau orang dulu-dulu nak kena cari santan, pandan, serai, bawang, lepas tu rebus cili kering. prosesnya ada rumit tapi walaupun rumit nasi lemak macam tulah sedap. 

Zaman sekarang bukan senang nak cari bahan mentah dan freshkan jadi takde pilihan dapatkanlah instant, sekurang-kurangnya hilang rasa mengidam nak makan sesuatu. Cik ira kalau mengidam nak juga dapatkan benda tu kalau tak teringat-ingat. Produk makanan segera jenama Salees semua bahan yang di gunakan adalah berkualiti tinggi.


CARA PENYEDIAAN
  1. Kosongkan katung nasi kering (A) ke dalam pek
  2. Masukkan 130ml air panas 
  3. Tunggu selama 5 minit
  4. Tambah serbuk kelapa (B) dan kacau
  5. Tambah pes sambal (C)  dan ikan bilis (D)
  6. Sedia untuk di hidang
Bukan saje nasi lemak, Saleees juga menjual nasi goreng untuk santapan ketika perut lapar. Nasi goreng menjadi pilihan orang Asia sebab dorang suka makan nasi dan sayur-sayuran. Sekarang semua senang nasi goreng pun instant, biasa benda yang senanglah kadang susah nak dapat. Dulu Cik Ira ingat nama "Instant ini untuk Shawl je" selalu dengar insant shawl rupanya sesuatu produk untuk jadilkan ia mudah dan pantas di panggil Instant.



Lepas ni korang boleh tukar menu, makan Mee Segera kepada Nasi Intant banyak pilihan yang korang boleh pilih. Pelajar yang nak jimat duit dan nak mengelakkan gestrik boleh simpan nasi instant ni dalam almari, kalau rasa lapar je boleh buat nasi lemak, nasi goreng kampung atau nasi goreng cina. 


Kepada yang nak dapatkannya boleh beli di Setia Walk Puchong atau order secara online tapi ia masih dalam maintenance jadi buat masa ini boleh ke Setia Walk. Jadi, lepas ni senang la nak pi travel bawak je makanan dari Malaysia.

Website        : www.salees.com.my
Nombor Tel : +603 79828688 / +603 70827688
Email           : inquiry@globaltradelink.com.my
Alamat         : Jalan Kuchai Lama, Taman Lian Hoe, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah              
                     Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
                        

8 comments:

  1. Mudah betul skrg ni!! Memang diperlukan. Acik ni dah la tak minat makan megi2. Kalau ada nasi macam ni, senang la. Thanks share ateh!

    ReplyDelete
  2. menarik ni...kena ada 2-3 pack letak kat opis..adakala x sempat nak sarapan / lunch kan...

    ReplyDelete
  3. Wahhhh senang la kalau macam ni =)

    ReplyDelete
  4. wah.. nasi lemak pun dah ad yang segera sekarang ni.. inovasi betul ni..

    ReplyDelete
  5. Bonde pernah review nasi lemak ni.. Nasi lemak ni sedap, sesuai bawa pi travel.. Alhamdullillah boleh juga dpt dekat 7E

    ReplyDelete
  6. Memang seronok zaman ni... hampir semua benda dah ada instant.. memang sesuai untuk gaya hidup yang sibuk.. dapat jimat masa dan tenaga

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.