Header Ads

Petua Menghilangkan Kelemumur Dan Mengelakkan Ia Datang Kembali

Petua menghilangkan kelemumur dan mengelakkan Ia datang kembali, tentu ramai yang berasa risau pelbagai produk telah di gunakan tetapi kelemumur tetap ada walaupun sudah guna produk untuk menghilangkan kelemumur. Jika ada masa boleh guna petua ini untuk hilangkan kelemumur tanpa menggunakan syampu.

Kadang kala cara tradisional lebih berkesan kerana ia menggunakan bahan semula jadi tanda mempunyai bahan lain di dalamnya. Korang boleh pilih salah satu petua tersebut atau cuba kesemuanya, nampak tamak nak semua petua. Aku pun kadang-kadang try semua jenis petua yang ada sebab jika A tak berkesan boleh try yang B kalau B tak berkesan boleh try C dan seterusnya, benda yang paling penting ialah konsisten.


Jangan baru try seminggu cakap tak berkesan, kenalah try lama sikit. barulah nampak hasilnya ia berkesan ke tak pada kulit kepala kita. Apa-apa benda yang kita nak cuba adalah konsisten itu sangat penting.



  • PETUA PERTAMA
Ambil limau nipis kemudian belah kepada dua bahagian, ramas di atas kulit kepala sehingga mengeluarkan air. Lalukan dengan kerap untuk lihat hasilnya sebaiknya lakunya selepas syampu rambut. Aku pernah try petua ini ya Allah sedapnya kepala kurang gatal-gatal, rasa lega sangat tapi sekarang tengah busy tak sempat nak buat, bagi yang free boleh try petua ni.

gambar hiasan
  • PETUA KE DUA
Ambil belimbing buluh dan cincang halus-halus campur dengan santan. korang boleh guna belimbing buluh 10-11 biji nak lebih pun boleh mengikut panjang rambut. Ratakan ke kulit kepala dan rambut, biarkan 5 -10 minit supaya ia meresap kemudia bilas dengan bersih. Amalkan semingu sekali untuk menghilangkan kelemumur.
  • PETUA KE TIGA
Menggunakan santan kelapa. basahkan kepala dan ratakan santan ke seluruh kepala kemudian biarkan beberapa minit dan cuci sehingga bersih. Amalkan selalu supaya rambut korang sentiasa bersih dan bersih daripada kelemumur.


  • PETUA KE EMPAT
Guna buah mengkudu masak, ini kebiasaannya orang buat ubat tatapi kali ni kita guna untuk hilangkan kelemumur. Ambil buah menkudu dan tumbuk sehingga hancur pastikan buat tersebut bersih. Kemudian gosok di kepala sehingga rata, korang boleh amalkan 2 kali sebelum mandi.

gambar hiasan
  • PETUA KE LIMA
Ambil 2 biji limau nipis dan 3 batang serai, Kemudian tapis dan ambil patinya, sapu seluruh rambut korang boleh jadikan ia seperti syampoo jimat kos nak hilangkan kelemumur ni sebenarnya kalau kita guna petua orang dulu-dulu. Gosok sehingga rata kemudian bia sehingga 15 minit, amalkan 2 kali seminggu.
  • PETUA KE ENAM
Randam halba dan kacang hijau selama setengah jam kemudia tumbuk sehingga hancur. Campurkan santan kemudian ratakan di pd rambut dan biar dalam 15-20 minit supaya ia menyerap ke kulit kepala.
  • PETUA KE TUJUH
Ini biasa orang buat masakan tapi kali ini nak guna untuk hilangkan kelemumur. Ambil daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Campur dengan air dan tapiskan ia kemudia usap di kepala diarkan beberapa minit dan bilas sehingga bersih.


gambar hiasan
  • PETUA KE LAPAN
ambil segenggam jerami padi dan bakar sehingga hangus di campur dengan semangkuk santan dan jus limau nipis. Campur bahan tersebut sehingga rata, Sapukan di kepala dan bunggus ramput selama 30 minit kemudia cuci sehingga bersih. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur yang agak terus lakukan 2 kali seminggu.
  • PETUA KE SEMBILAN
Ambil bebrapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam bekas dan ramas daun tersebut menggunakan air, Gunakan air ramasan daun nangka dan durian tersebut sapukan di kepala lakukan seperti syampu. 

Ada yang mengatakan takut tak menjadi tapi korang kena yakin dan lakukan dengan konsisten. Masalah orang kita ni baru buat 2 ke 3 bulan terus malaskan. Kebiasaannya kulit kita pun memerlukan masa dengan perkara yang kita jarang buat, jadi korang kena buat dengan konsisten ya. 

25 comments:

  1. Bagus ni byk petua boleh pilih mana yg berkenan. Tq

    ReplyDelete
  2. wahhh boleh cuba nie,
    BV memang ada masalah kelemumur siap pakej rambut gugur lagi :D

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah petua ni. Ada yang tak pernah tahu pun, hahaha. Thanks for sharing. Nice info

    ReplyDelete
  4. Akak selalu ikut petua ni..seminggu 3 kali untuk elakkan kelemumur dan gatal kepala

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar petua ni.. tapi belum cuba...rasa senang nak buat sebab banyak ingredients dah ada dalam rumah

    ReplyDelete
  6. Ni e sharing...pernah buat yg limau tu...pedih sikit kulit kepala...tapi hilang gatal

    ReplyDelete
  7. petua yang bagus...rajin dengan tak rajin la kan nak buat...hihi...semua benda alami je...xyah modal besar2 pun

    ReplyDelete
  8. Dulu rambut banyak kelemumur... Sekarang, macam susah pula nak jumpa.. tak tahu mana dia menghilang hahahah

    ReplyDelete
  9. Itulah masalah nya kalau buat petua orang-orang lama ni. Dia ambil masa lama sangat lepas tu kite ni pulak tak konsisten huhuhuh

    ReplyDelete
  10. Limau nipis ni memang selalu sgt Alja buat. Bila gatal je tonyoh limau nipis memang rasa lega lepastu. Tp tak tahu pulak banyak petua lain. Nanti boleh try sbb daun pandan pun banyak kat rumah Alja. Hehe Tq!

    ReplyDelete
  11. Pernah try petua pertama tu. Tapi agak pedih jugak lah kulit kepala ☺

    ReplyDelete
  12. Cara ni akak dah guna dari zaman sekolah. Memang terbaik. Walaupun pedih sangat. Cara akak, akak guna limau aje. Gosok2 kat kulit kepala. Menangis buat. Sebab masalah kelemumur yg teruk juga masa tu

    ReplyDelete
  13. Baguslah petua ni. Limau purut tu bagus kan. Kdg stress bila kelemumur byk. Thank you info and sharing

    ReplyDelete
  14. Yesss, pernah try guna limau nipis, memang menjadi!

    ReplyDelete
  15. Yeayyyy! tq for the tips dear!

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing these tips, would try them out too since natural remedies are always the best

    ReplyDelete
  17. Nice sharing.. skrg nie pun tgah survey tips utk hilangkan kelemumur

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips, I tried the limau nipis and it works.

    ReplyDelete
  19. Tq dear.... blog yang informative.. jemput singgah blog Killa juga ye? syakilla.my

    ReplyDelete
  20. bagusnya petua ni..boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  21. terima kasih share sis! elsa memang ada masalah kelemumur huhu

    ReplyDelete
  22. tip yang menarik untuk dipraktikkan. bnyak juga bahan2 natural yg blh kita guna untuk menghilangkan kelemumur. saya selalu gunakan limau nipis untuk mencuci rambut.

    ReplyDelete
  23. good info .. mrs pip dtg melawat ..
    selalu guna limau nipis kalau kelemumur degil dtg menyerang,
    and guna santan agar rambut kekal bermaya :) ...
    #afbdotmy

    ReplyDelete
  24. Ramai org cakap pakai limau nipis ni menjadi..kalau macam ni kena cuba jugak la..terima kasih atas petua ni

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.