Pameran Pengantin Yang Sangat Popular Jika Sebut
Pameran Pengantin yang sangat popular jika sebut MEFA. Kau orang pun tahu setiap tahun pasti akan ada pameran pengantin cuma tarikh je yang tak tau. Kini Festivel Pengantin yang paling popular kini kembali iaitu Malaysia Wedding Festivel (MEFA). Aku walaupun kerap pergi pameran pengantin tapi kawin tak tau bila duk survey memanjang. T_T
Doa-doakan na aku di murahkan rezki dan kawin cepat. Pameran ini bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada tarikh 12-14 Mei 2017 perjalanan nak ke Shah Alam juma 30 minit je, Kenapa aku suka datang ke pameran ni sebab nak tengok perbezaan pameran pengantin yang sebelum ini ada tak perbezaannya dan tawaran yang di beri masa pameran di jalankan.
Akibatnya aku menyesal datang tanpa pasangan sebab jodoh jauh, tabah la hati. Kalau tak boleh pilih pakej yang mereka tawarkan dan bandingkan harga. Tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam. Wow, siapa yang tak teruja dapat jimat duit sehingga 70% kan.
Festival pengantin ini memudahkan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi.
Bila semua dah ada korang tak payah pening tinggal tunggu tarikh hari bahagia je, korang pun pasti akan rasa bahagian tak perlu fikir benda yang remeh-temeh nak buat itu ini. Datang ke pameran ni semua serba serbi lengkap.
Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi, jadi yang duduk jauh pun boleh survey dan boleh cari wedding planer yang berdekatan dengan kawasan rumah jimat kos takde la nanti kena tambah kos minyak depa.
CARA NAK LEBIH JIMAT SEMASA HADIR KE MEFA
Amboi-amboi sabar na tau la masing-masing teruja tahap nak kawin esok. Meh nak terangkan sikit cara nak jimat, apa menarik tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurangkurangkan coklat. Yang penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah.
Bagi yang suka tengok pertunjukan fesyen, dan pertandingan makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad. Jadi korang kena datang pada tarikh yang di tetapkan, datang dengan pasangan tau barulah best.
Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi En Azahari di talian 012 – 387 1775.
Website: www.mefa.my
Facebook: www.fb.com/mefaevent
Instagram: www.instagram.com/mefapengantin
Tak pernah pergi... teringin nak pergi festival ni.. nak buat survey untuk majlis nanti.. hiks
ReplyDelete