Jualan Gudang Besar-besaran Benang Hijau
Jualan Gudang besar-besaran benang hijau, dengan harga runtuh sehingga 80% , ini namanya mencabar keimanan pantang nampak sale mesti beli, mana taknya sekarang harga makin naik ada sale boleh la jimat sikit duit, siapa yang tahu ada sale pasti tak akan lepaskan peluang.
Ini namanya sale gila-gila dari benang hijau. Lepas itu, bagi mereka yang terawal untuk 50 orang sahaja, boleh dapat promo BUY 1 FREE 1, bestkan. Masa aku pergi sebenarnya rasa tak puas memang naik gilalah, rasa nak borong semua je tau tapi tak bawak duit lebih takut habis. ini namanya tak kuat iman, Lagi pun design cantik harga murah siapa yang tak suka, semua orang suka.
Untuk pengetahuan korang Jualan gudang bagi orang Selangor sudah lepas, tapi jangan risau untuk negeri lain masih ada seperti Johor, Kelantan dan Terengganu. Tarikhnya boleh tengok banner dekat bawah, Lepas ini boleh save tarikh khas untuk memborong ajak la kawan-kawan korang ya. Kesian mereka, dorang pun nak jimat jugakan.
KENAPA PERLU DATANG AWAL KE WEREHOUSE SALE
- 50 pelanggan terawal akan dapat promosi BUY 1 FREE 1
- LUCKY DRAW untuk pembelian RM150 ke atas
- Mini kalender Benang Hijau PERCUMA untuk pembelian RM150 ke atas
- Bouncy Castle serta tempat duduk untuk anak-anak dan bapa-bapa yang penat menunggu.
Ini adalah promosi besar-besaran julung kalinya diadakan. pelbagai pakaian dah shawl yang di tawarkan untuk pelanggan. terdapat lebih 50 tudung dan shawl yang cantik dan murah. Harga sangat murah serendah RM5, werehouse sale iniadalah untuk penghabisan stock. Kalau tak habis korang jangan tanya lagi ada lagi ke tak, memang jawapannya takdelah ya.
untuk 10 dan 11 mac 2017, orang Johor pula serang werehouse sale benang hijau. Ni nak cakap sikit WAJIB pergi tau harga murah. Kalau lambat dan terlepas tarikh korang pergi la negeri lain pula ya,
Banyak lagi pakaian yang murah-murah untuk di borong.
Jangan lupa tag atau share dekat kawan-kawan korang yang berada di negeri tersebut. mana tau dorang nak pergi dan tempat korang takde werehouse sale, bolehlah order dekat depa. Beli lebih sikit untuk raya skali. Nanti tak payah la fikir nak beli baju raya dah kalau sudah ada.Banyak lagi pakaian yang murah-murah untuk di borong.
Tengok harganya tu, Rm5, Rm20, Rm50 pun ada. tak mahal pun. Korang nak apa semua ada, blouse, jubah, palazzo, ada... Nak shawl, dan tudung pun ada. tinggal pilih je corak dan design yang suka macam-macam ada.
SEBAB APA PERLU KE WEREHOUSE SALE BENANG HIJAU
1. Pelbagai koleksi yang menarik dari benang hijau
Rambang mata nak pilih semua cantik-cantik dari pakaian muslimah hinggalah tudung. Disebabkan aku ada tujuan nak beli apa jadi kena focus apa yang nak dibeli, kalau layan nafsu habis duit gaji ni. Bila di fikirkan balik dari dulu memang nak beli pakaian yang agak moden tapi masih nampak sopan serta mempunyai fesyen nampak berlainan sedikit.
Harga Blouse Dolly Rm20 dari Rm109, mesti korang rasa geramkan kalau tak dapat beli. Cuba bayangkan kalau korang beli masa SALE dah boleh dapat 5 pasang blouse DOLLY yang cute ni jimat RM9 pula tu. kan rugi kala tak beli semasa jualan Gudang ni.
Masa aku beli blouse Dolly ni pun saiz nak dekat habis, tinggal yang besar-besar je banyak. Memang puas hatilah dapat borong blouse yang rasa nak beli dulu tapi tak mampu. akhirnya tercapai juga hasrat nak memiliki blouse tersebut.
2. Harga yang sangat murah
Setiap orang inginkan pakaian yang selesa apabila dipakai, dekat benang hijau memang selesa harga runtuh pun murah. Jubah Mikayla harga asal Rm179 kini di werehouse sale cuma Rm50 je. wahhh boleh dapat 3 jubah ni kalau beli masa jualan gudang.
Banyak juga aku memborong, tapi bukan untuk aku je ada juga orang lain pesan. Depa pun nak jimat duit juga mestilah borong lebih sikit. nasib baik dorang pesan dan bagi duit bukan pesan guna air liur memang tak belilah kalau macam tu, beli untuk diri sendiri je.
Harga yang semakin orang mampu dapatkan koleksi benang hijau sebab mereka menawarkan harga runtuh. Orang yang dulu hanya mampu tengok je sekarang mampu beli, untungkan datang ke werehouse sale.
3. Bouncy Castle
Jarang aku tengok jualan gudang yang mempunyai Bouncy Castle, Mereka sangat prihatin terhadap kepentingan pelanggan. Bila ada aktiviti untuk anak takdelah budak bosan tunggu mak-mak shopping. Yang suami pula boleh tunggu di kerusi yang disediakan di samping elak letih menunggu.
Seronok je tengok budak-budak ni main, sampai tak ingat nak balik dah. yelah main dengan kawan mestilah lagi best daripada main sensorang tu yang tak ajak balik. Si suami boleh tengok-tengok anak mereka sambil main game di telephone.
4. Mudah membuat bayaran
Kalau korang terlupa bawa wang tunai jangan risau masih boleh shopping lagi sebab jualan gudang ini menawarkan pembayaran melalui kad kredit dan kad debit. Bergembiralah apabila shopping tanpa perlu risau duit tak cukup untuk bayar. Lagipun harga tengah murah rugi tak shopping waktu keemasan ini betul tak.
Inspirasi Wanita Angun
Benang hijau adalah kepkaran dalam menjual pakaian muslimah yang di jual untuk wanita muslim serta mereka yang gemar pakaian yang agak sopan. Si pemakai akan nampak cantik dan angun apabila memperagakan pakaian dari Benang Hijau tersebut.
Kualiti yang digunakan sangat bagus kerana mereka inginkan kepuasan untuk pelanggan serta keselesaan apabila dipakai. Permintaan yang tinggi terhadap reka bentuk terbaru membuatkan Benang Hijau mempunyai kedai pop up di seluruh Malaysia.
Ada berita baik untuk warga sungai petani dan Kuantan, benang hijau pun akan ada sale di sana. Jadi, korang boleh bersiap sedia serbu benang hijau ya. Tunggu je update dari benang hijau di Instagram atau di instagram @iuzira untuk mengetahui sale-sale terkini dari benang hijau.
Kalau korang tak tau alamat warehouse sale boleh klik lokasi benang hijau dari tempat-tempat yang ada sale hinggalah tidak ada. Cawangan benang hijau pun ada di tulis alamat dekat situ. Mana tau bezday korang nanti boleh redeem hadiah dari benang hijau dan dapatkan diskaun sehingga 20% untuk semua produk benang hijau.
Untuk maklumat lanjut dan tengok koleksi Benang Hijau boleh klik di bawah
Instagram : www.instagram.com/benanghijau
facebook : www.facebook.com/BenangHijau
Website : www.benanghijau.com
Best kan, haritu Alja borong banyakkkk. ini pun menyesal rasa nak beli lagiii. ya ampun, insoffff. hahaha
ReplyDelete