Hotel Le Meridien Kuala Lumpur
Hotel Le Meridien Kuala Lumpur , ramai yang tidak tahu hotel ni ada macam-macam kemudahan. Kalau yang duduk jauh tu korang kena stay Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Tempat pun nampak mewah, boleh la felling macam orang kaya sekejap stay hotel mewah tapi bayarannya mampu milik, sesiapa je boleh stay sini.
Ia tak terlalu mahal, biasa orang kata dekat Kuala Lumpur ni hotel mahal banyak duit kena keluar, kalau korang pandai pilih mesti boleh jimat.
Hotel Le Meridien Kuala Lumpur tak susah pun nak cari lagi pun ia bersebelahan Hotel Hilton, Nak tahu bagus ke tak service dekat sini. Korang boleh cari pengalaman sendiri dan datang ke hotel mewah ni, Pengalaman bukan boleh di beli kita kena cari dan alami sendiri baru kenangan manis tu kita dapat rasa. Tempat pun nampak kemas je tak rasa serabut, boleh relek sambil tenangkan fikiran.
KEMUDAHAN PENGANGKUTAN
Tempat yang sangat strategik kerana ia dekat dengan KL Sentral jadi mudah korang pergi ke mana saja. Kemudahan dah ada turun dah sampai, kalau nak pergi Times Quare boleh turun dekat monorel station Imbi. Dengar kata baju dekat situ pun murah boleh la borong sikit baju.
Selain itu, kalau naik kemudahan awam korang tak perlu bersesak-sesak dekat jalan raya dan nak bayar tol lagi, kan lebih baik naik kemudahan awam. Jimat masa, tunggu je station yang korang nak turun terus sampai, menara Kuala Lumpur lagilah senang memang dah ada station Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang bercuti naik flight, dari KLIA dan KLIA 2 tak ambil masa yang lama untuk sampai ke Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit naik je KLIA Exspres nak ekses hotel sangat mudah. Kalau bercuti dekat KL mesti cepat je korang explore kawasan Kuala Lumpur ni, nak felling jadi seorang traveler pun boleh.
KOLAM RENANG
kolam renang bentuk bebas yang terbesar di bandar ini terletak di tingkat ke-8. Tengok view dari atas ni cantik je, korang perasan tak bentuknya macam sotong, nampak sedap je kan. Kolam renang adalah tempat kesukaan kanak-kanak bermain air, dengan gelongsor air, kolam percikan dan kemudahan bermain, The Pool Bar & Grill @ 8 tawaran minuman yang menyegarkan dan pilihan makanan yang menarik.
Walaupun kemudahan yang ada di kongsi dengan pengunjungn Hotel Hilton tetapi service yang diberikan tetap terbaik. Kolam renang pun bersih je, mereka sentiasa peka dengan persekitaran supaya pengunjung selesa bila datang ke sini.
JENIS-JENIS DAN KEMUDAHAN BILIK
Terdapat 420 bilik yang dibahagikan beberapa jenis, iaitu superior, deluxe, premier, le meridian club, le meridian suite dan presidential suite. Okey, korang boleh pilih mana-mana bilik mengikut kemampuan dan keselesaan, kalau stay sorang pilih superior pun dah cukup luas tau. memang selesa la nak tidur.
Disamping itu, terdapat juga memudahan smart TV yang mempunyai pelbagai siaran. Penyediaan selimut dan bantal juga sangat selesa kerana ia lembut dan lena je bila dapat tidur. Pelbagai kemudahan lain disediakan seperti meja, seterika, mini peti sejuk, dan breakfast juga boleh di nikmati oleh pengunjung.
WIFI yang disediakan juga sangat memuaskan kerana ia sangat laju, nak download apa-apa movie cepat je. Memang syok la kalau dapat download cerita yang kita nak.
MAKANAN
Makanan yang terdapat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur sangat sedap, dengar cerita japanese restaurant popular kerana servicenya bagus dan cepat. Penyediaan makanannya terbaik, bagi mereka yang tak tahu, restoran Ginza Sushimasa ini adalah sebuah restaurant sushi yang terletak di tingkat 7, ia menawarkan pelbagai jenis sushi antaranya sushi dari Pasar Tsujiki yang terkenal di Jepun.
Hiasan yang terdapat di sushi tersebut juga sangat menarik perhatian. Lagipun, Reka bentuk dalaman restaurant amat menarik dengan hiasan kayu import dan perabutnya mencerminkan gaya budaya Jepun. Hiasannya cukup menarik perhatian orang ramai yang ingin berkunjung ke sini. Kalau korang makan dekat sini terasa sikit berada di Jepun, stay bilik mewah mestilah nak felling duduk dekat oversea.
Kalau tekak tak boleh masuk sushi, korang boleh pilih restaurant lain seperti Favola, yang menawarkan hidangan Itali termasuklah pasta, pizza dan juga makanan laut. Hidangannya memang lazat jarang jumpa makanan seperti ini, Tiba-tiba terliur pula, baru bayangkan belum makan lagi. Restaurant Favola juga menyediakan hidangan Porcini Mushroom Risotto, Calzone, Italian, Tiramisu, Salmon dan Sea Bass Carpaccio dan banyak lagi.
Nak makan makanan yang berpanggang atau grill pun boleh pergi je ke tingkat 8, iaitu Restaurant Pool Bar & Grill@8 di mana korang boleh menikmati makanan berpanggang di tepi kolam renang sambil menikmati view yang cantik. Ada lagi tempat yang korang boleh pilih seperti Gastrol Sentral, Latest Recipe, dan Latitude 03.
THE SPA DAN GYM
Spa dan urut ada disediakan untuk tetamu yang terletak bersebelahan dengan kolam renang. The Spa menawarkan kemudahan seperti jakuzi, sauna, bilik wap dan enam bilik rawatan. lelaki dan bilik wanita juga di sediakan perkhidmatan spa bilik juga berasingan. Para tetamu yang minat terhadap Gym juga boleh ke bilik yang di sediakan.
Secara keseluruhannya, perkhidmatan Hotel Le Meridien Kuala Lumpur sangat memuaskan, Kalau ada event boleh la stay dekat hotel ni. Kesemua kemudahan dan service tiptop, pelayan tidak jemu melayan tetamu yang berkunjung, mereka sangat ramah dan mesra. Harap korang dapat alaminya sendiri dan bercuti di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Berminat, boleh buat tempahan di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur dengan segera.
Post a Comment