Jualan Werehouse Sale Benang Hijau X Mcc Harga Serendah RM5
Jualan werehouse sale benang hijau harga serendah Rm5, jualan besar-besaran ini jarang di buat oleh butik Benang Hijau x MCC. Butik yang sangat popular dengan rekaan yang berbeza serta menarik apabila melihatnya menjadi rebutan para wanita untuk mendapatkannya. Jualan gudang yang terletak di Bangi iaitu seksyen 13 Bandar Baru Bangi seksyen 13.
Jualan gudang ini Berlangsung selama 2 hari pada 25 dan 26 Februari 2017 pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Benang Hijau dan Mcc menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga yang sangat murah untuk penghabisan stock.
Selain itu, pelbagai jenis blouse, jubah dan palazzo yang ada terdapat 100 jenis. Harga boleh didapati serandah RM35 dan RM50 pada hari berkenaan. Tudung dan shawl yang di buat sangat selesa kerana materialnya lembut dan tidak panas apabila di pakai walaupun kain yang digunakan tebal.
Disamping penghabisan jualan stock yang ada, Benang hijau dan Mcc turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga yang begitu istimewa khas kepada para pengunjung yang hadir. Walaupun ia jualan gudang besar-besaran tetapi ramai juga kanak-kanak yang hadir ke Jualan ini tetapi bukan untuk memborong rekaan pakaian benang hijau tetapi pihak Benang hijau x Mcc telah membuat aktiviti untuk kanak-kanak.
Antara aktiviti yang disediakan ialah Hiburan watak animasi Didi & Friends. Patutlah kanak-kanak suka datang ke Jualan gudang Werehouse sale ini, ada watak animasi yang dorang tengok dekat Tv selama ada di dunia realiti. Maskot animasi Didi & Friends ni sangat comel suka betul kanak-kanak ni siap menari-nari dengan watak animasi ini.
Korang tengok Maskot dekat belakang tu comel sangat tengah layan kanak-kanak tu, ramai betul peminat Didi & Friends ni dikelilingi budak-budak, dengan kehadiran Didi and friends takde la budak-budak tu bosan. Pertandingan mewarna juga antara aktiviti yang telah diadakan bagi kanak-kanak yang hadir.
Pengunjung juga berpeluang mendapat cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. Mana tau dekat raya nak shopping lagi boleh beli dekat benang hijau dan guna baucar tersebut dah boleh jimat duit.
Ini adalah design dari Butik Benang Hijau memang sangat cantik, kain pun sedap je pakai. Pakaian Muslimah ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan design terkini. Terdapat juga pelbagai warna yang cantik mengikut minat pelanggan.
Ramai pengunjung yang rebut baju serta rekaan yang mereka inginkan takut kehabisan stock. Terdapat banyak pilihan dan corak di jualan gudang besar-besaran ini. Satu lagi kalau terlupa duit tak cukup tapi nak shopping juga serta tak mahu terlepas peluang dengan jualan gudang ini korang boleh guna kad kredit atau debit semasa buat bayaran tak payah sibuk cari mesin ATM untuk buat bayaran.
Selain itu, Ada belon permainan untuk kanak-kanak bermain bila Didi & Friensds balik mesti dorang bosan. Jadi mereka boleh main belon ini nanti takdelah dorang merengek nak balik rumah. Si suami boleh tengok-tengokan anak mereka bermain dan si isteri boleh shopping dengan rasa gembira serta boleh pilih pakaian dengan betul tanpa perlu rasa menyesal.
Kalau lapar korang boleh beli makanan dekat food truck datang ini pelbagai makanan yang dorang jual, antaranya ayam goreng, ais blende, air dan banyak lagi. Jadi tak payah cari kedai makan jauh-jauh beli je dekat Food truck tu lebih dekat. Datanglah beramai-ramai ke jualan gudang ini, masih sempat lagi nak serbu sebab ia sampai pukul 7 malam.
Maklumat lanjut :
Lokasi: No3, perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tarikh : 25 dan 26 Februari 2017
Masa: 10 pagi hingga 7 malam
Good promotion & marketing la Benang Hijau. Dengan buat aktiviti kanak2x dan adanya foodtruck pasti menarik perhatian ramai keluarga datang ke sini membeli-belah dengan perasan lebih selesa.Hihi. Terbaik. :)
ReplyDeleteBanyaknyaaaa pakaian murah-murah. Harap-harap ada lagi sale macam ni. Akak beli Tunic Valerie kat MCC. Hehehe.
ReplyDeleteWow.. bestnya shopping.. semua murah2 pulak tu..
ReplyDeleteAlah terlepas peluang, mungkin lain kali BH akan buat jualan MV akan pergi, insyaAllah
ReplyDelete