Header Ads

Membongkar Mengenai Bagaimana Memiliki Rumah Baru, Terpakai, dan Lelong

Membongkar mengenai bagaimana memiliki rumah baru, terpakai, dan lelong mesti ramai yang nak tahu macam mana nak beli rumah untuk kita tinggal sebelum mula melabur dalam hartanah. Bagi mereka yang sedang mencari rumah kediaman kebiasaannya mereka akan pilih rumah mengikut budget, kemampuan atau keselesaan rumah yang ingin mereka tinggal.

Apakah pilihan yang kebiasaannya orang ramai inginkan bila telah buat keputusan? Nak tanya pendapat korang apa pilihan yang korang akan pilih untuk beli rumah? pertama beli rumah baru, kedua terpakai dan ketiga lelong? 

Siapa tahu maksud jenis rumah di atas? Kadang kala kita ada keinginan untuk memiliki rumah sendiri apabila sudah berkahwin. Sedih tak bila dah kahwin tapi duduk rumah sewe selamanya atau terpaksa duduk rumah mertua.

gambar sebagai hiasan

Siapa yang masih tak faham maksud beli rumah baru, meh sini aku nak cerita sikit. Membeli rumah baru bermakna korang membeli rumah baru terus daripada pemaju kepada sesiapa yang berminat rumah baru boleh klik new propert pelbagai pilihan rumah yang korang boleh pilih manakala rumah terpakai pula merujuk kepada hartanah yang telah mempunyai pemilik dan korang membelinya dari pemilik persendirian.  

Rumah lelong pula rumah yang dijual oleh pihak bank disebabkan kegagalan pemiliknya dalam menjelaskan pembayaran. Jadi, Korang rasa jenis hartanah manakah yang banyak memerlukan duit? Kalau tak pasti boleh baca pembiayaan dibawah. 

Rumah Baru

Kebiasaannya dikehendaki menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10% (tertakluk jika pembeli menerima 90% pembiayaan). Kemudian 10% lagi untuk yuran guaman, setem duti dan lain-lain walaupun kadang-kadang ditanggung pemaju. Korang perlu membuat bayaran secara bertingkat, maksudnya membayar faedah ansuran bulanan dan ia akan meningkat sehingga habis pembayaran.

Dalam perkara ini ia bergantung pada pemaju, potongan biasa adalah siapa cepat dia dapat, Bumiputera, Diskaun pekerja atau faedah ahli.  Sesetengah hartanah yang sedang dimajukan dilengkapi dengan perabot. Bagaimanapun, ada risiko yang perlu korang tahu. Seperti:- 
   
   o  Projek terbengkalai.
        o   Kelewatan.
        o   Tidak boleh jual sebelum siap.
        o   Persaingan yang sengit dalam sewa dan jualan sebelum serahan.
        o   Indah khabar dari rupa.

Jadi perlu berhati-hati apabila nak beli rumah, kalau nak beli biar rumah itu dah siap sepenuhnya kalau tak korang kenalah tanggung risikonya. 

gambar sebagai hiasan
Rumah Terpakai

Dalam perkara ini bayaran pendahuluan yang lebih tingi kerana nilai hartanah. Kos yang lebih tinggi untuk Perjanjian Jual Beli, yuran guaman, duti setem dan lain-lain. Pembayaran penuh biasanya dilakukan segera.

Tiada potongan, tetapi pembeli boleh tawar menawar dengan penjual. Ubahsuai perlu dilakukan lebih-lebih lagi untuk hartanah yang agak berusia jadi perlu banyak yang diperbaiki agar lebih cantik seperti rumah baru.

Setiap pembelian hartanah mempunyai risiko. Dalam kes ini, hartanah mungkin ada masalah seperti makhluk perosak, pendawaian elektrik atau pembetungan yang bermasalah, atau apa-apa masalah yang menelan belanja yang tinggi untuk dibaiki. inilah masalah yang perlu dihadapi apabila kita beli rumah terpakai.
gambar sebagai hiasan

Rumah Lelong

Pembayaran permulaan mungkin lebih dari 10% nilai hartanah, bergantung pada sebarang tunggakan oleh pemilik lama. Pembayaran penuh biasanya dilakukan segera. Tiada potongan, namun biasanya lebih murah dari harga pasaran sebab pembeli perlu jelaskan bayaran yang tertunggak. 

Ubahsuai perlu dilakukan kerana biasanya hartanah lelongan kurang diselenggarakan atau dibiarkan kosong pada masa yang lama. Antara risiko membeli rumah lelong adalah:
       
   o   Masalah mengosongkan pemilik lama dari rumah yang dibeli.
        o   Tidak boleh melihat rumah secara penuh sebelum membeli.
        o   Harga mungkin lebih tinggi dari nilai pasaran mengikut keluasan rumah

Seseorang yang ingin memiliki rumah bergantung kepada keperluan seseorang, setiap jenis hartanah mempunyai kebaikan dan keburukan jadi kalau korang nak beli rumah pilihlah yang elok dan mengikut budget. Sebagai contoh, seorang yang suka mengubah suai dan menjual hartanah amat sesuai membeli rumah lelong.

Kepada mereka yang baru bekerja dan mempunyai duit lebih mereka boleh beli, rumah baru (new property) adalah pilihan yang tepat bagi mengurangkan beban pembayaran pendahuluan. Akhir sekali, untuk mereka mahukan kehidupan lebih selesa dan ingin membeli hartanah yang jelas, mereka boleh beli hartanah terpakai ini adalah pilihan terbaik untuk mengetahui tentang rumah.

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.