Masak bersama chef Muluk di Lazada x Nestle Maggi Workshop
Nak berterima kasih kepada LAZADA beri peluang kepada aku tengok live chef Muluk masak di Nestle HQ melalui Lazada x Nestle Maggi Workshop atas jemputan involve.asia , Ini pertama kali aku tengok para blogger masak bersama walaupun tak kenal antara satu sama lain.
Sebenarnya, aku sedikit sedih sebab tak dapat sertai aktiviti masak-memasak ini kerana datang lambat, alamat yang aku dapat tak boleh detact oleh waze jadi kena la tunggu pihak Lazada whatapp, di sebabkan aku tak dapat sertai aktiviti memasak aku jadi Tv bergerak agar semua orang boleh tengok "apa tu?" aku buat live update macam wartawan gitu.
Semua team aku terjah, kretive betul dorang ni. Macam-macam idea dorang curahkan nak masak apa, bahan yang penting iaitu guna jenama MAGGIE tak kisahlah nak guna sos ke, perencah ke, maggie ke yang penting bahannya berasaskan jenama maggis.
Bukan sahaja peserta menggunakan bahan penama MAGGIE mereka juga menggunakan perkakas dapur dari TAFEL. Dalan satu group ada tiga ke empat orang blogger, masa yang di beri 45 minit.
DEMO MASAKAN DARIPADA CHEF MULUK
Demo masakan juga menggunakan perkakas TAFEL dan bahan utama iaitu jenama MAGGIE, chef Muluk memasak dua hidangan makanan iaitu Seafood Paella dengan Cajun Chicken Oatmee Salad, dengar nama masakan pun macam susah je nak masak, nak sebut pun terbelit-belit lidah nak sebut, kalau aku masak kat rumah macam ni, mesti mak aku bising. Benda pelik-pelik nak masak, kalau orang tak biasa memang susah nak masuk tekak.
Ada juga beberapa tip masakan yang chef beritahu, seperti masak jangan terlalu lama untuk mengekalkan kesedapannya. Selepas chef selesai masak baru peserta mula aktiviti memasak. Setiap peserta perlu memasak berunsur protein dan sayur-sayuran.
Kumpulan yang menang dapat barangan TAFEL dan stock MAGGIE, bestkan. Stock makanan sapa yang tak suka, boleh jimat selama sebulan. barangan TAFEL pula mesti lepas ni dorang semangat membara nak masak.
KENAPA PERLU DAPATKAN PERKAKAS TAFEL?
Produk yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan para Chef memasak di dapur, ia juga bagus digunakan selain mempercepatkan proses memasak. Produk yang mudah di masak sangat disukai para pengguna serta jimat minyak.
MAGGIE MENYEDAPKAN RASA MASAKAN
Menyedapkan rasa masakan apabila menggunakannya, rasa dan tekstur masakan lebih sedap dengan menggunakan produk maggie. Masakan menjadi lebih baik dan disukai ramai. Menyekatakan rasa makanan yang kurang dalam masakan. Ini antara masakan yang dimasak oleh peserta menggunakan produk maggie.
Produk maggie boleh diletakkan dalam semua jenis masakan sama ada, makanan laut, darat mahupun steamboat. Produk ini mudah didapati di semua pasaraya berdekatan atau kedai runcit.
Tahniah kepada pemenang yang bertungkus lumus memasak di dapur panas, mana taknya masing-masing tengah sibut masak aku pun pergi terjah dorang. nak tengok masakan setiap kumpulan masak katakan.
Untuk membeli barang yang digunakan oleh Chef Muluk, boleh ke laman web Lazada; Nestle Maggi & Tefal.
tetiba rasa lapar pulak baca entri ni.
ReplyDeleteBlogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html
fuhh..
ReplyDeletemacam sedap aje apa chef muluk tu masak.
wow.. maggie n tefal.. kaum suri x akan lepas peluang utk dapatkan produk2 ni..
ReplyDeletetahniah sis