Header Ads

koleksi kebaya di rumah kebaya bangsar


Memang dari dulu suka tengok baju kebaya, designnya cantik lagipun cerita dulu-dulu memang para pelakon wanita menggayakan kebaya, tak kiralah sama ada berada di rumah mahupun di pekan. Memang berkenan sangatlah tengok kebaya ni, tapi jenis kain macam mana nak tau sesuai ke tak?

Banyak jenis kain yang kita tak tau selesa ke tak bila pakai, tengok orang lain pakai cantik jer. betul tak? Sekarang sudah tak ramai yang menggayakan kebaya ni, kebanyakkannya kita tengok ramai yang lebih selesa pakai t-shirt berbanding kebaya. Mungkin antara faktornya adalah dah biasa, lebih mudah berjalan atau lebih selesa.

Kini kita lihat ramai yang jarang memakai kebaya, apatah lagi untuk digayakan. Kebaya dulu berbeza dengan sekarang. Nak tau apa bezanya:-

DULU
- kelihatan ketat
- jalan terbatas
- terlalu menampakkan susuk tubuh

SEKARANG
- lebih selesa (longgar)
- mudah jalan
- sesuai digayakan di majlis makan malam atau perkhawinan
- lebih sopan

Kredit blogger2u

Baru-baru ini aku ada hadir satu pelancaran rumah kebaya bangsar, iaitu di mana banyak baju kebaya yang cantik-cantik dan nampak sopan. Inilah design kebaya yang aku cari selama ni, korang kena datang sini mungkin ada beberapa pasang yang menjadi idaman korang selama ini.

Duta Fasha Sandha iaitu pelakon dalam cerita Lara Aishah, Apa kata Fasha Sandha kenapa beliau minat jadi duta kepada koleksi SYUS KEBAYA?  antara sebabnya adalah:-

  • tak panas apabila pakai
  • mudah di gosok
  • tidak mudah renyuk
  • kain yang sejuk dan lembut
  • kebaya jenis labuh

Fasha Sandha tengah layan tetamu, sebenarnya tak tau nak pilih mana satu bila Fasha suruh rasa kain baju kebaya ni memang lembut dan sejuk je pegang. Kredit blogger2u

Terdapat pelbagai jenis baju kebaya antaranya kebaya riau dan mini. Baju kebaya yang labuh di panggil riau, macam Fasha sandha pakai nampak sopan je, ia ada sedikit corak garis-garis kebawah sesuai di pakai dengan tudung atau shawl yang bercorak sebab corak baju kebaya tersebut tidak terlalu nampak serabut dan penuh.

Untuk kebaya mini pula, ia boleh di gayakan di majlis hari jadi juga walaupun namanya kebaya mini tetapi kebaya mini tidak terlalu singkat.  Rumah kebaya bangsar juga menyediakan baju untuk kanak-kanak yang berminat memakai kebaya terdapat saiz S, M, L, XL dan XXL.



Rumah kebaya bangsar ini juga menyediakan koleksi untuk para jejaka, jadi kalau korang datang dengan pasangan boleh shopping sama-sama dan pilih baju sedondon, so sweet.


Sebelum beli biasanya aku pastikan kain tu lembut agar senang di pakai, dekat sini ada yang jenis yang keras sedikit dan ada yang lembut ikut keselesaan korang suka yang mana. kain yang jenis keras sedikit orang suka sebab ia sentiasa terbentuk dan nampak kemas, yang jenis lembut pula selesa pakai dan digayakan.


Selain koleksi kebaya, shawl dari benang hijau juga ada sambil pilih baju boleh beli sekali shawl lengkapkan satu pakej, senang tak payah pergi butik lain.

facebook              : rumah kebaya bangsar
waktu urus niaga :12 tengahari hingga 8.30 malam
alamat                  : no 47, jalan Maarof bangsar

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.