Header Ads

Bagaimana Cara Menang Contest Atau Giveaway

Cara menang contest atau giveaway , untuk pengetahuan semua apabila ada contest atau giveaway mesti ada syarat yang perlu kita ikut. Sebenarnya baru seminggu amalkan tip ni sebab baru dapat tahu kalau tak memang dah lama amalkan dan menjadi pemenang tiap minggu.

Korang akan muak tengok nama aku di setiap contest atau giveaway sebagai pemenang, kalau pemenang di pilih secara rawak itu bergantung tuah korang, "Siapa yang kena".

boleh tengok contoh syarat CONTEST yang di anjurkan oleh penganjur. Kebiasaannya penganjur akan beri syarat kepada pemenang untuk peserta memenagi hadiah yang di sediakan. Kalau takde syarat macam mana nak pilih pemenang. Betul tak, lagi satu tak ada orang anjurkan contest saja-saja tanpa sebab.


Gambar sebagai hiasan

Syaratnya korang boleh tengok contoh CONTEST apa yang mereka inginkan. Contest/ giveaway untuk event besar kebiasaannya akan beri tajuk khas untuk artikal kita, jadi korang jangan pandai-pandai ubah tajuk yang di beri. Tajuk dah lain confirm terus keluar dari senarai pemenang.

Biasaanya artikal nak 300 patah perkataan, aku sebenarnya tak pernah kita berapa patah perkataan yang aku tulis. Agak-agak panjang, lebih kurang 300 la tu nak lagi panjang dan banyak idea cerita sikit pengalaman korang.

Jika ada penganjur untuk event besar mesti ada sponsorkan, jadi korang kena letak LINK sponsor, itu lebih kurang bodek namanya. Kalau rajin letak semua link letaklah, kalau tak rajin letak dua ke tiga link pun dah cukup yang penting menepati syarat yang di kehendaki.

Benda paling penting ialah masukkan senarai penaja di dalam artikel, kalau tak letak senarai nama penaja korang akan di tendang keluar dari list pemenang. Rugi-rugi, artikal dah cantik di sebabkan tak letak senarai penaja terus tak terpilih.

Kalau nak menang mestilah kena promot artikal, korang share la kat mana-mana selagi boleh group, facebook, instagram, wechat, telegram, blog, page ke atau apa-apa media sosial yang ada. 

Selain itu, kenalah follow media sosial penganjur, kalau tak follow tak tau pula perkembangan event yang di anjurkan tak tau bila di umumkan pemenang. Ada juga beberapa hastag kena buat dekat media sosial, ala... tak banyak pun dalam empat ke lima hastag je. Nak lagi cantik dan nampak kelainan hastag tu korang tambah la ayat sikit. 

Contah hastag #WAJIBDATANG ayatnya nak tau apa yang menarik festival kali ini anda #WAJIBDATANG kerana ini adalah festival paling istimewa pada tahun ini.

Lepas dah siap semua, jangan lupa hantar penyertaan kepada penganjur, nak tu sebelum tarikh tutup penyertaan kalau selepas terbatal, yang aku highlight korang kena amalkan sebab itu benda wajib. Sebelum aku terlupa korang kenalah letak gambar bagi nampak menarik sikit. Nak tengok contoh artikal boleh klik ARTIKAL INI  kena tulis dari hati baru pembaca rasa lebih seronok nak baca, Semoga berjaya dan selamat mencuba. 

6 comments:

  1. wahh..tq for sharing this tips...good luck and all the best whatever u do

    ReplyDelete
  2. info yang sangat berguna !
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tips ateh.. boleh aplikasikan lepas ni

    ReplyDelete
  4. Haa, selalu yang join contest/giveaway kena la ikut syarat yang ditetapkan...kalau tak memang disqualified la kan...hehe

    ReplyDelete
  5. hi zira..maaflaa baru follow..xperasan belum folow awk..baru folow ni..hihi...nice blog zira
    jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.