spa chocolate: cantik persis selebriti
Serious, dah lama tak pergi SPA, muka ni makin kurang sihat, kebetulan dapat tau ada spa yang terdekat. Bila dah tau alamat, terus google map #wazebermasalah jarang lalu lorong tu. Bila ikut map jauh nau, satu Shah alam aku pusing sebenarnya dekat je dalam 20 minit boleh sampai, di sebabkan aku ikut google map sampai SPA dekat satu jam.
langkah selamat, lepas masuk lorong aku terus tengok signboard nasib baik jumpa. Bukan main besar lagi signboard, kalau ada yang sesat tak tau la. ia berdekatan dengan ICT bertempat di seksyen 7 Shah Alam.
lepas korang nampak signboard, boleh masuk Spa ni, kalau tak yakin boleh tengok banner yang di letakkan berdekatan tangga. Naik je tangga rasa tak sabar nak rehatkan muka dengan urutan manja dari staff Celebrity Spa.
Korang boleh naik tangga ini tanpa rasa was-was, kalau nampak banner ni betul la tempatnya.
Sementara menunggu, aku tengok pakej menarik yang di tawarkan di sini. antaranya:
- Back massage dan bekam
- corrective eye bag treatment
- eyelash perming treatment
- Aromatherapy full body massage
- Facial chocolate & eye bag treatment
- Rawatan Spa bridal
kalau korang nak tau pakej lain boleh datang seksyen 7 shah alam, harga yang di tawarkan sangat berpatutan. Tempat memang kemas dan bersih kalau buat rawatan di sini selesa sangat. layanan pun terbaik.
Aku di tawarkan membuat rawatan trial chocolate deluxe whitening facial, kalau ada masalah jerawat serius mereka akan tawarkan pakej lain. So, setelah di offer pakej chocolate dan sebelum rawatan mereka akan lihat masalah kulit kita.
mereka akan beri nasihat dan apa masalah yang kita hadapi, staff Celebrity Spa akan menganalisis jenis kulit dan kandungan air dalam kulit masalah muka aku adalah wajah kering.
Untuk menganalisis jenis kulit dan kandungan air, mereka menggunakan alat khas dan korang akan tau kandungan air di dahi, pipi dan dagu serta akan tau berapa banyak air yang perlu di minum dalam sehari agar kulit sentiasa sihat dan nampak segar sepanjang hari.
Inilah hasilnya semasa berfacial chocolate, terkejut tak? jangan pengsan ya. Sebelum treatment chocolate di lakukan staff Celebrity Spa buang whithead kat muka, sakit yakmat rasa nak jerit ja tapi suara tak keluar. Sakit tekak na jerit kat kelas sebab pelajar bising jadi aku rehdo je la.
Seterusnya, mereka ada menggunakan satu alat yang mengeluarkan wap, masa tu rasa panas sedikit muka. Nak tidur memang tak boleh la hanya mampu pejam mata dan tadah muka, selepas itu depa urut sekejap muka dan bahu bagi tegang-tegang ha, tang ni best bila di urut.
selesai urut muka, kali ini muka rasa sejuk je dah macam letak ais dekat muka, staff Celebrity Spa menggunakan alat khas untuk rawatan eye care treatment membantu menghilangkan kedutan di muka dan menegangkan wajah.
Memang best treatment ni. Sebelum itu mereka letakkan jaring di muka, masa staff Celebrity Spa sapu sikit chocolate dah bau aroma chocolate sedap ja. Aku mula memejamkan mata dan fefeling minum chocolate, makan chocolate, facial chocolate dan duduk rumah chocolate. Tak boleh belah semua berasaskan chocolate.
Sebenarnya aku risau juga, tengah feeling chocolate ada semut berminat dengan muka aku yang semanis gula. tak pasal-pasal kena gigit.
Sementara tunggu muka kering, aku baru nak cuba tidur tetiba telephone berdering tak tenang terus aku macam mana nak jawab telephone dalam keadaan yang sangat terbatas, muka berjaring ada pula chocolate dekat muka, nak buka mata pun tak boleh. j\Jadi, aku raba-raba je telephone. Fuh, nasib baik betul aku tekan.
Pernah cuba letak chocolate kat muka? mesti pelikkan, banyak khasiat rupanya, kulit rasa licin dan ringan je lepas berfacial. Bila aku tengok balik gambar masa tengah facial memang terkejut mengalahkan budak makan chocolate, kalau budak makan sampai ke pipi kita dah lap ni apatah lagi satu muka, betul tak?
CANTIK PERSIS SELEBRITI
Lokasi:
Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K
Seksyen 7, 40000, Shah Alam,
dah lama tak berspa
ReplyDeletesy pun sama
Deleteboleh makan ke tu hehehe...
ReplyDeletetak boleh sayang, ini dah di buat khas untuk facial
DeleteWahh mcm best nie.... lelaki leh buat ke kat cni? :)
ReplyDeleteboleh kalau nak la, boleh tengok testimoni lelaki di ig
Deletewohooo...like coklat
ReplyDeletei pun suka, sedap bau dia
Deletedulu2 time bujang rajin jugak p spa.. Skrg dah x de masa nk manjakan diri.. huk..
ReplyDeleteLea singgah ptg sini.. :)