Pembersih kewanitaan daun sirih sumber ayu kini berwajah baru
Memang dari dulu suka guna sumber ayu sampai sekarang sebab dapat menghilangkan bau yang tak menyenangkan. Lagi-lagi bau yang membuatkan orang lain tak selesa memang kita akan rasa segan nak duduk lama-lama.
Masa budak-budak dulu tak adalah masalah macam ni, makin kita dewasa makin menjadi pula, yang pasti majoriti semua wanita mempunyai masalah macam aku betol tak?
Bila pakai sumber ayu, lagi-lagi bau dia yang harum selesa je rasa selepas pakai ada enam bau yang berbeza seperti Orchid, Rose, Floral, Musk, Gambir, dan Fruity. Pernah tak korang rasa tak selesa bila hidu bau yang tak menyenangkan, begitu juga orang yang berada dengan kita apabila mereka hidu bau yang tak menyenangkan pasti tak selesa.
Aku memang cadangkan korang dapatkan sumber ayu dengan segera untuk selesaikan masalah ini. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Sumber Ayu penjagaan semula jadi untuk kawasan intim bersih dan sihat
Wajah baru sumber ayu ni nampak menarik sebab ia kelihatan slim body gitu. Serious, sesiapa yang tak pernah cuba memang tak akan tahu kenapa aku jatuh cinta dengan sumber ayu. Kalau korang dah cuba tentu tau sebab-sebabnya.
Dengan fomulasi daun sirih ia merupakan produk yang sesuai pagi setiap peringkat umur. Bakteria sentiasa ada di mana-mana dengan sumber ayu ia dapat melindungi kawasan intim daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing kerana itulah kadang-kadang ia mengeluarkan bau tak kurang menyenangkan.
Selain menghilangkan bau, ia juga dapat mengelakkan dari kegatalan serta keputihan. Membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air sahaja boleh mendedahkan kepada risiko jangkitan.
Nak tau sebab apa, ia mempunyai perlindungan khas penjagaan peribadi agar kawasan intim sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. Alang-alang mandi korang bersihkanlah kawasan intim sekali bukan susah nak jaga kebersihan, yang penting ada produk khas yang sentiasa melindungi diri kita dari jangkitan bakteria.
Korang boleh pilih mana-mana formula yang berkenan, semua formula aku suka, bila waktu pagi guna tengah hari bau takde ia membuatkan kita selesa apabila lakuka kerja seharian.
Pembersih kewanitaan yang tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi di hiasi dengan kemasan yang lebih cantik. ia juga di perakui Halal oleh jakim bagi manjaat para pengguna Muslimah.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
- Haruman segar dari kuntuman bunga orkid, membuat wangian terasa ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
- Wangian Mawar mekar yang manis memberikan aroma ketengan yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Khas untuk berjiwa romantik.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral
- Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan untuk wanita yang ceria dan funky.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk
- Bauan semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk mereka yang sentiasa positif
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
- Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang menghargai sentuhan alam didalam kehidupan.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity
- Aroma manis buah-buahan tropika yang mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan ini terbaik bagi gadis lincah yang sentiasa yakin.
Setiap kali mandi memang akan pakai pembersih sumber ayu untuk perlindungan kawasan intim agar jauhi segala bakteria. Rangkaian penjagaan ini dibawakan kepada oleh WIPRO UNZA. Ia boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM 5.80 (200ml).
saya pakai...dah lama...sekarang guna rose
ReplyDeleteOh.... bolehlah beli.... pernah pakai pembersih macam ni brand lain lah... sgt kering... terus reject.....
ReplyDeleteTeringin nak cuba pakai feminine wash... nanti nak try yang jenama ni.. mekaceh share ateh
ReplyDelete