Header Ads

Kisah seram: Pelajar asrama sering di ganggu oleh makluk halus


Cerita yang agak lama, kira-kira 11 tahun yang lepas, ni bukan agak lama memang lama kisah ni tapi bukan senang nak lupa bila diri sendiri yang alami. Korang mesti ada kisah seram yang susah nak lupakan.

Masa aku asrama dulu, banyak benda yang aku tak terfikir akan berlaku kalau tau kat asrama ada benda-benda yang mengganggu ketenteraan aku memang tak lah nak duduk asrama. Sanggup ulang alik bangun pukul 5 pagi mandi lepas azan subuh gerak dan tunggu bas.

Bila dah masuk asrama tu, takde la pikir benda bukan-bukan, budak lagikan masa tu tak tau pape. Pada mulanya agak hairan kenapa sebelum tidur mesti kena baca pendinding, nak bagi kuat ke dinding tu. Memang kolot abis la pemikiran aku masa tu, orang tak tau pape bila akak senior suruh buat itu aku buat, buat ini aku buat. Baru nak belajar berdikari kita ikutkan je la.

Pendinding yang kitorang baca masa tu ialah ayat kursi, 3 kul dan ikomat. Nak bagi lebih kuat dinding tu yang boleh solat kena berdiri depan baru afdhal dan yang period berdiri belakang. Lepas baca pendinding kitorang di larang keluar bilik. Jadi, kau kenalah tahan sampai esok pagi kalau nak buang air kecil atau besar.

Nak tau kenapa kitorang di larang keluar? kalau lepas baca pendinding kitorang keluar abis la pendinding tu dah tak kuat. Lepas baca memang rasa selamat tapi ia juga bergantung kepada semangat kita sama ada kita lemah semangat atau kuat semangat.



Bilik yang aku duduk memang paling dekat dengan pokok pelam, pokok tu memang misteri. ishhh, nak cerita tetiba rasa meremang bulu roma. Sebab pokok tu ada benda duduk, walaupun buahnya ranum dan mengeliurkan tapi tak ada sapa yang berani jejak dan ambil buah pelam tu.

Ada pelajar penah nampak dekat pokok pelam tu ada benda melompat ( paham-paham je la apa benda tu) nak cerita lebih detail takut aku yang melompat terkejut tetiba lipas lalu masa type entry ni. Fuhhh, semangat.

Ada sorang kawan aku ni, dia jenis suka mandi awal budak pandai dan tak suka bersesak-sesak tunggu turn nak mandi. Dia biasa mandi pukul 3 pagi, mak ai... memang masa tu aku tidur lena di buai mimpi.

Dia ada cerita kawan saya bernama Nina, lepas kelas kejadian mandi pukul 3 pagi. Kebiasaannya dia akan kejutkan sorang rakan untuk teman mandi tapi tak taulah masa tu dia kejut siapa dan mata pun tengah mamai-mamai, lagi pun bilik sebelah tandas.

Nina kata dah kejut rakan saya, dan dia pun ambil tuala untuk mandi. Lepas beberapa minit mandi Nina kata nak balik bilik dulu, dan ada orang jawab pergilah dulu dia dengar orang itu masih membasuh baju di bilik air. Aku yang mendengar pengalaman orang lain pun rasa takut nak pergi tandas tapi kalau tak pergi tandas aku nak membuang dekat mana? dekat situlah aku melepaskan hajat.

Pada waktu subuh kira-kira jam 6.00 pagi, Nina rasa hairan dia berkata kepada rakan yang dia kejut tadi bernama Aminah. "Mina, bukan ke kau dah mandi dengan aku pagi tadi? " rajin betul kau mandi lagi. Eh, aku belum mandi lagilah ni baru nak mandi. berkata mina kepada Nina.

Habis, siapa mandi bilik air sebelah aku pagi tadi? siap cakap dengan aku suruh pergi dulu. Nina berasa agak cemas. Nasib baik dia jenis kuat semangat. Akak senior ada bagi nasihat kalau nak mandi sekurang-kurangnya mandilah pukul 5.00 atau 5.30 pagi. Kalau pukul 3.00 pagi memang terlalu awal, takut ada benda lain yang teman.

Selepas kejadian itu, tak ada sapa yang keluar bilik pukul 3.00 pagi, tambahan pula bilik berdekatan pokok pelam dan kolah iaitu tempat basuh baju. Boleh di katakan bilik aku tu agak keras sebab itu kena sentiasa baca pendinding dan dengar nasihat akak-akak senior yang lebih berpengalaman untuk elak benda yang tidak di ingini.

PMR dah dekat


masa itu aku masih tingkatan 1, kitorang budak baru nak belajar berdikari di wajibkan tidur pukul 10.00 malam. Memang masa tu kena tidurlah, kalau tak kena marah dengan akak senior, lagipun dorang nak baca buku untuk PMR.


Ketika aku hampir tidur lena, terdengar satu bunyi yang agak menakutkan dengar macam orang marah-marah. Sedangkan yang aku tahu semua sedang tidur dan ada yang sesetengah je yang baca buku. Aku nak toleh tak berani, di asrama katil memang double daker. Budak junior akan tidur katil atas.

Rupanya kak leya, di rasuk. Bunyi itu membuatkan ramai yang terjaga dari tidur. Kitorang yang tak tahu apa-apa agak cemas takut ia rasuk orang lain pula. Suasana yang agak menyeramkan itu, membuatkan aku terpaku menjadi kaku tak tahu nak pergi mana. Apabila warden datang, dia menyuruh kitorang tidur.

hanya mampu tidur-tidur ayam je la, sebab bunyi yang begitu lain membuatkan kitorang agak takut tambahan pula kak leya meracau. Sejak itu aku akan tidur awal takut jumpa benda yang bukan-bukan.



Sebenarnya nak cerita ini, kalau korang suka tengok cerita seram boleh tunggu filem Volkswagen Kuning di pawagam tayangan pada 22 September 2016.

Sinopsis Volkswagen Kuning

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila sesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan tersebut menyebabkan kemalangan dan sarah mula berubah.

Fuad di tahan di wad manakala sarah tidak mengalami kecederaan, Raudhah, kakak sarah datang untuk menjemput sarah pulang ke bandar. Sementara tunggu Fuad pulih seperti sedia kala, tanpa di duga sarah membawa pulang sesuatu bersamanya.


Jom saksikan filem seram yang bakal di tayangkan tak lama lagi


Kalau korang berani kena tengok Volkswegen kuning ni di pawagam, kalau aku memang dah kecut perut la melainkan ada teman suci tengok sama, barulah ada berani. #OppoF1s & #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetisdan tag @migonline @davidteo99 @broframestone

1 comment:

  1. terkejut tengok gambar tu T^T
    memang setiap asrama ada cerita seram sendiri XD

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.